Bab 4

88 8 0
                                    

Pintu bilik Jennie dipecahkan.
Mata biru Youngmin memandang sekeliling...setiap pelusuk bilik.
Kosong.
"Kenapa ni hyung..." tanya Kwangmin.
Kwangmin melihat sekeliling tiada apa apa yang berlaku pun.
"Kau lepaskan dia..." kata Youngmin.
Kwangmin memandang Youngmin pelik dengan siapa kembarnya bercakap.
"Tak sangka kita jumpa lagi.." kata Mino.Mino mula menunjukkan diri.
"Kau nampak aku...menarik nampaknya penglihatan kau masih kuat macam dulu.."
Kwangmin terkejut.Bukan dia sudah dihapuskan ke oleh Donghyun dan Youngmin.Mustahil dia ada lagi.
"Jennie jangan bergerak.." kata Kwangmin.Silap pergerakkan Jennie mungkin boleh terluka.
Mata Jennie mula berkaca.
"Kau lepaskan dia aku akan ikut cakap kau.." kata Youngmin.

"Hyung...kenapa pula ni..." Kwangmin cemas jarang kembarnya berkata begitu kepada musuh.
"Okay...kerana mood aku baik..aku lepaskan manusia ni...kau kena ikut arahan aku.." Mino melepaskan Jennie.Jennie berlari mendapatkan Kwangmin.Kwangmin memeluk Jennie.
Youngmin berjalan menuju ke Mino.
"Hari ni kau jadi anjing aku.." kata Mino jahat.
Satu cakaran singgah ke muka Mino. Mino terjatuh.
"Kau ingat senang senag aku nak ikut arahan kau...kau silap.." Tubuh belakang Mino dicakar lagi.Mino mengerang kesakitan.
"Kau tunggu Youngmin aku akan buat perhintungan dengan kau.." Mino terus lesap dari pandangan.

Youngmin memandang Jennie yang berada dipelukan Kwangmin.
Trauma jadinya.
Badan Jennie menggigil ketakutan.

"Macam mana dia boleh datang sampai sini...bukan kau dengan Donghyun dah hapuskan ke...?" tanya Jeongmin.
"Tu yang aku pelik..tapi macam mana dia tahu yang villa ni ada manusia.." kata Youngmin pelik.
"Manusia tu okay kan..?" tanya Donghyun.Youngmin mengangguk.
"Dia kat mana sekarang.."
"Ada dengan Kwangmin dan Minwoo kat atas..."

"Nasib baik tak jadi apa apa.." kata Minwoo.Jennie masih terbayangkan kejadian tadi.
"Tulah...tetiba Youngmin rasa tak sedap hati..lepastu terus dia berlari kebilik Jennie..sampai je Mino dah pegang Jennie ni...mula mula aku nampak apa apa tapi Youngmin nampak." cerita Kwangmin.
"Kwangmin..nak tanya boleh..?"
"Tanyalah.."
"Mata korang warna apa..?" tanya Jennie.
"Merah..." Kwangmin dan Minwoo jawab serentak.
"Kenapa tanya..?" tanya Minwoo.
"Yang lain..?"
"Merah...kenapa..?" tanya Minwoo lagi.
"Kenapa mata Youngmin warna biru..?" tanya Jennie.
"Youngmin tu special sikit..walaupun kami ni kembar tapi firasat kami tak sama...mata biru Youngmin keluar bila ada bahaya saja...macam tadi mata Youngmin jadi biru bila sesuatu yang buruk kat dalam villa ni.." cerita Kwangmin.
Jennie mengangguk faham.
"Donghyun pun ada juga firasat macam Youngmin tapi mata dia tak adalah tukar jadi warna biru.." tambah Minwoo.
"Hah lupa pula..ni aku ada ambil baju ni.." kata Minwoo dan menghulurkan beg kertas kepada Jennie.
Beg kertas bertukar tangan.
"Esok pakai tau...sebab malam esok hari jadi Jeongmin..."
Jennie mengangguk faham.

"Selamat Hari Jadi Jeongmin..." jerit Minwoo dan yang lain.
"Terima kasih...rasa macam nak nangis pula..." kata Jeongmin terharu.
"Happy Birthday yang ke-579 tahun.." ucap Donghyun dan menghulurkan hadiah.
"Oh..hyung terharunya.." kata Jeongmin.
"Jennie mana...tak ada pun kat sini.." tanya Jeongmin pelik.
"Tu baru nak turun.." kata Kwangmin.
Jennie kelihatan manis bergaun putih paras atas lutut.Senyuman manis dilemparkan.
"Ohh man...bidadari turun.." gurau Jeongmin.Perlahan Jennie melangkah menuruni tangga.
Semua mata memandang Jennie.
"Cantiknya..." Youngmin terpegun melihat Jennie.
"Tengok tu boleh tapi jangan sampai nak terkeluar biji mata." bisik Kwangmin.Youngmin mengalihkan pandangan.

Selepas majlis makan..

"Dah jom kemas..." kata Hyunseong.
Sesi mengemas bermula.
Mereka mengangkat pinggan dengan berhati hati.
"Boleh tak basuh betul betul..." marah Hyunseong.Mana taknya..suruh basuh pinggan tapi main air pula..
Kwangmin dan Minwoo mengangguk faham.
"Entah..aku dah cakap diaorang tak mahu dengar..." kata Jeongmin.

Jennie cuba mengangkat cawan namun tergelincir jatuh dan pecah diatas lantai.Youngmin dan Donghyun menuju kearah Jennie.
"Ma..maaf ni biar saya yang bersihkan.." kata Jennie.Bakul dibelakangnya dicapai dan cuba mengutip cawan yang pecah.
Youngmin membiarkan saja manakala Donghyun menolong Jennie mengutip cawan yang pecah itu.
"Lain kali hati hati buat kerja.." pesan Donghyun.
Jennie terpegang kaca..tangan terluka dan berdarah.Donghyun memandang tangan Jennie yang terluka.Bola mata sudah bertukar merah.Mulut Donghyun ternganga...gigi taring yang tajam kelihatan.
Jennie berundur ke belakang.Takut.
Perlahan Donghyun mendekati Jennie.

Kolar baju Donghyun ditarik kuat kebelakang hingga ke dinding.
Donghyun terkejut.Youngmin berdiri dihadapannya.Memandangnya tajam.
Youngmin menarik tangan Jennie menaiki tangga.
Baru Donghyun tersedar.
"Apa aku dah buat ni.." kata Donghyun sendiri.

Youngmin mengunci pintu bilik.
Jennie lega nasib baik Youngmin ada selamatkan dirinya daripada jadi mangsa Donghyun.
Tubuh Jennie dihentak ke dinding.
Kedua dua tangan Youngmin menghentak dinding.
Mengunci tubuh Jennie.
Jennie terkejut dengan tindakan Youngmin.

"Kenapa ni...hyung tak apa apakan..." tanya Jeongmin dan membantu Donghyun bangun.Donghyun tidak berkata apa apa sebaliknya menggeleng kepalanya.
Jennie tidak kelihatan di ruang makan.Kwangmin memandang dilantai berdekatan meja.
"Gelas pecah...Youngmin...Jennie.."

Pintu dibuka.Kwangmin mencari bayang Youngmin.Namun terdengar bunyi air di bilik mandi.
Pintu bilik mandi dibuka.Kwangmin terkejut.
"Hyung..." Youngmin menarik tangan Kwangmin agar masuk kedalam bilik mandi itu.
"Hyung...apa yang hyung dah buat ni mana datang darah ni.." tanya Kwangmin.
"Senyap sikit...nanti yang lain dengar.." kata Youngmin perlahan.
"Jangan cakap ni darah Jennie..." Youngmin mengangguk.
"Hyung kan dah janji takkan buat dia macam ni..."
"Hyung tak sengaja...sorry.."

WitchWhere stories live. Discover now