Bab 7

78 8 0
                                    

"Kau lepaskan dia..." kata Donghyun.
Nada Donghyun begitu dingin dan serius.
"Aku rasa kita kena undur ke belakang.." kata Minwoo.
Yang lain mengangguk kata setuju.
Kwangmin lebih awal mengambil langkah ke belakang.Dia tahu apa yang berlaku jika Donghyun dan Youngmin marah.
Tetiba leher Kwangmin dicekik Leo.
"Kwangmin..." jerit Minwoo.
"Apa nak buat ni...?" tanya Jeongmin.

Kepala Kwangmin dihentak jatuh diatas lantai.Kwangmin mengerang kesakitan.
"Hyung...." panggil Kwangmin lemah.

Tak semena mena Leo rebah.
Tengkuknya berlumuran darah.
Sedar sedar Youngmin berada dibelakang Leo.Kepala dan tubuh hampir terpisah.
"Kau jangan cari pasal dengan kembar aku..." marah Youngmin.
Semua terkejut.

Bila masa Youngmin ada kat situ.
Apa yang dia buat sehingga Leo berlumuran darah ditengkuk.Seolah olah dipancung separuh.
Walhal tiada alatan atau senjata tajam ditangan Youngmin.

Minwoo mendapatkan Kwangmin lalu memapahnya ketepi.
"Kita kena kebelakang...Youngmin dah tak boleh kawal amarahnya..
mata kiri dia dah warna merah.." kata Kwangmin.

"Aku dah hilang sabar..kau yang paksa aku buat macam ni..."

"Apa yang kau boleh buat...."

Serta merta Youngmin dibelakang Junior.Junior terkejut.
Senyuman jahat hilang diwajah.
"Kau terlalu memaksa aku..."
Tanpa kata kata...tangan Youngmin menembusi tubuh Junior.
Darah hitam terpancut keluar.
Donghyun terkejut.Begitu juga Mino.

Darah terkeluar dari mulut Junior
"Kau memang tak berubah langsung sama macam dulu...bertindak tanpa berfikir..."
Mata kiri Youngmin berubah biru semula.
"Aku ingat kita boleh jadi kawan semula tapi rupanya aku silap..." kata Youngmin.
Kecewa dengan Junior.

Mino perlahan mahu mendekati Youngmin.Namun Donghyun menarik kasar tangan Mino ke belakang.
"Kau belum selesai dengan aku.." kata Donghyun.
Satu tumbukan singgah dimuka Mino.Mino rebah disitu juga.
"Mati kau..aku kerjakan..." marah Donghyun.

Youngmin hanya memandang Junior rebah dihadapannya.Junior tidak lagi bergerak.
Segera Youngmin mendapatkan Jennie.

"Jennie..." panggil Jeongmin.
"Bangunlah Jennie..." kata Minwoo.
Ikatan ditangan dan kaki Donghyun leraikan.
Youngmin mengendong Jennie untuk dibawa pulang.
"Tolong aku jalan..." kata Kwangmin.
Minwoo dan Hyunseong memapah Kwangmin berdiri.

"Aku masuk bilik dululah..." kata Donghyun.Jeongmin turut sama mengikut Donghyun ke bilik.
Minwoo dan Hyunseong turut keluar.
"Hyung sabarlah...nanti mesti Jennie sedar..." kata Kwangmin sebelum keluar dari bilik Jennie.
Youngmin sekadar mengangguk.
Pandangannya tidak lepas dari melihat Jennie.

Tangan sejuk Youngmin mengenggam tangan Jennie yang hangat.
Perlahan tangan Jennie dikucup.
Youngmin menunggu masa Jennie  sedar.Hingga terlelap di sisi Jennie.

"Kau okay kan..?" tanya Jeongmin.
"Aku rasa tak..." Donghyun membuka bajunya.Kesan cakaran dan luka yang dalam berada didada Donghyun.
"Macam mana semua boleh jadi macam ni...?" tanya Jeongmin pelik.
"Aku rasa tadi aku termasuk perangkap Leo tadi..."
"Patut tadi muka kau macam tengah tahan sakit...tapi kau okaykan..." kata Jeongmin.
"Okay kejap lagi hilang luka ni..." kata Donghyun.

Minwoo masih lagi berada dibilik Kwangmin.
"Aku terkejut bila kembar kau jadi macam tu.." kata Minwoo.
"Kan...tak pernah jadi kejadian macam ni.." kata Kwangmin dan masih cuba untuk menggerakkan kepalanya.
"Wei kau tak hilang ingatankan..?" tanya Minwoo.
"Amboi tak sayang mulut betul..."
Minwoo ketawa.

Knock Knock...

Hyunseong masuk kedalam bilik Donghyun dengan membawa ubat luka.
"Nah ubat.." kata Hyunseong dan menghulurkan ubat kepada Donghyun.
"Terima kasih..." ubat luka bertukar tangan.
"Bukan kata dia elok sendiri ke..?" tanya Jeongmin pelik.
"Memanglah...tapi ada sesetengah luka yang tak boleh aku sembuhkan sendiri.."
"Kau tak nampak luka yang dalam tu mana boleh hilang..."
Baru Jeongmin perasan.
Cakaran sudah hilang tapi luka itu masih ada lagi.
"Jeongmin sapukan..." kata Donghyun.
"Okay..."

WitchWhere stories live. Discover now