1 : Hijab Dan aib

824 43 2
                                    

     Hijab dan aib ? Aib yea bukan ain . ain tu nama aku . apa kena mengena hijab dan aib ?

     Wahai wanita , kau dah cantik bertudung . nampak manis . sopan sahaja tutur cara kau berkata , lenggok gaya kau . menutup aurat dengan sempurna . aku kalau jadi lelaki , kau adalah wanita yang termasuk dalam list isteri solehah yang aku ingin kahwini .

     Tapi tidak perlu kau agungkan fizikal kau tapi hati kau hitam . kenapa ? Bukan ke kau dah sempurna ? Di mata manusia , ye kau sempurna . namun di mata allah tidak .

     Kerana hati kau telah dikotorkan dengan sisa bicara lidah kau . kau mengutuk orang sana sini . apa kau dapat ? Aku tak tahu pula ada manusia jenis kanibal dalam kalangan wanita bertudung . dah berapa banyak daging saudara islam kau yang kau makan ? Sedap ?

     Jangan sampai kau jadi indah rupa dari cara . adakah kau ingat dengan kau berpakaian sedemikian kau bebas berkata tentang aib orang lain ? Dengar ni ea , aku terangkan .

Jika apa yang kau kata tentang dia perkara yang benar , itu Aib .

Jika apa yang kau kata tentang dia perkara yang salah , itu Fitnah .

Nampak ? Dua perkara yang berbeza namun di dalam hukum yang sama .

Jangan kerana diri kau , orang lain pandang serong wanita bertudung . cukuplah perempuan bertudung yang terkinja-kinja menari di instagram mengharapkan like dan view . tak kan kau nak jadi macam depa ?

Depa memang orang dah pandang serong , tapi kita tak tahu amal ibadat dia . adakah dia jalankan tanggungjawab dia sebagai islam atau tidak ? Itu soal dia dengan allah .

Kau bercakap pasal orang lain , menghina , mencaci , memaki dan mencarut ? Bukan ke itu semua adalah penyakit hati ? Kau tak takut ke ? Aku takut . takut sangat . sape yang tak takut ada penyakit kan ? Lagi yang berkaitan hati .

Dengar , aku tak nak cakap panjang . orang pun bukan suka baca benda panjang-panjang . tapi novel yang panjang berjela tu mampu je dihabiskan . yang berkaitan agama ?

Berubahlah wahai wanita . darjat kau diangkat tinggi namun kau tetap ingin berada di dalam takuk yang sama . takuk seorang pendosa . hanya kerana mulut , badan kau yang binasa kelak di akhirat . jangan main-main .

Jaga tutur kata kau . kau seorang muslimah . jaga tingkah laku . kalau tak ada benda baik nak dicakap , Diam . dari kau sedap bercakap pasal orang . ta kesian ke kat malaikat atid tu ? Asyik kena menulis je . bagi la malaikat raqib pula buat kerja . okay ? Semoga diberi hidayah oleh Allah dan semoga kau insaf .

TARBIAH SENTAPWhere stories live. Discover now