BAB 8

383 12 0
                                    

Selamat pagi dunia! Huh. Macam biasa, aku seorang sahaja di rumah. Ibu dan ayah masih di hospital. Betapa rindunya aku kat mereka. I love you.

"Hai Aisyah! Haqiem dah okay?"
Athirah menanyakan soalan setelah sampainya aku di sekolah. Aku hanya senyum dengan kelakuannya sebentar tadi.

"Terkejut la! Ofcourse la dah okay, ni Aisyah la" kata aku sambil mengangkat kening kananku.

"Eleh berlagak, dah jom masuk kelas, diaorang kata ada pelajar baru masuk! Tak sabarnya nak jumpa dia!" Katanya lagi dengan reaksi terlampau excited nak berjumpa dengan pelajar baru. Kenapa aku tak tahu hal ni?

Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku terlihat seorang pelajar perempuan yang cantik, tinggi, putih merah berada di pejabat. Adakah dia pelajar baru sekolah ini? Cantiknyaaaaa! Bisikku dalam hati.

Setelah kami masuk ke kelas, suara didalam kelas itu riuh rendah. Mungkin mereka cakapkan tentang pelajar baru itu. Sementara cikgu belum masuk, aku mengeluarkan buku untuk mengulang kaji mata pelajaran Sains. Hairan. Selalunya Cikgu Salman masuk awal ke kelas kami tapi hari ini lambat. Dalam dua set soalan juga aku dapat siapkan sementara menunggu cikgu. Tiba-tiba tapak kasut cikgu yang menggerunkan melangkah masuk kedalam kelas. Dia ialah cikgu Salman.
Setiap mata hanya memerhati kearahnya.

"Assalamualaikum pelajar, maaf lambat" katanya sambil membetulkan tali lehernya.

"Waalaikumussalam cikgu"

"Baiklah, hari ni kita ada pelajar baru, sila maa" belum sempat Cikgu Salman menghabiskan kata-katanya pelajar di dalam kelas itu bersorak.

"Yaaaahuuuuuuu!" Satu kelas bersorak sambil mengintai di bahagian luar.

"Diam! Sila masuk ya" tegas cikgu menyuruh mereka untuk diam. HAHAH padan muka.

Setelah pelajar tersebut melangkah masuk ke dalam kelas, semua pelajar memerhatikannya. Terbentang luas mata aku membuka melihat kecantikkannya itu.

"Sila kenalkan diri kamu ya" cikgu menyuruhnya sambil senyum.

"Assalamualaikum. Nama saya Nur Qistina, kauorang boleh panggil Qis"suaranya yang merdu itu membuatkan semua terpesona. Tiba-tiba

"Em.. Tak best lah panggil Qis, kalau saya panggil sayang boleh? Hahahahah"kata salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas aku. Qis hanya senyum kearah lelaki tersebut.

"Diam lah kau, Ha! Qis meh sini duduk sebelah aku. Kau duduk hujung sana please" kata Athirah sambil merayu dan memandang ke arah aku. Dia suruh aku duduk hujung kelas? Macam la dia tak tau yang aku ni tak suka duduk hujunh kelas.

"Tapi aku tak suka duduk situ, kau pun tahu kan?" Kata aku kepadanya. Sanggup dia buat macam ni kat aku. Ahhh!

"Please...boleh la.. Boleh la" merayunya lagi. Dengan reaksi muka yang comel! Athirah ni kalau paksa orang nombor satu. Geram aku

"Fine!" Kata aku sambil menghepaskan beg diatas meja.

Qis hanya diam dan senyum sinis kearah aku. Tanpa rasa serba salah dia terus duduk di sebelah Athirah, bekas tempat duduk aku. Grr

*kringggg*
Loceng menandakan waktu rehat baru sahaja bermula.

"Weh kau bertugas ke hari ni?" Pertanyaan aku itu tiada sahutan pun daripada Athirah. Setelah aku menoleh ke arah tempat duduknya , Athirah tiada. Dia dah pergi dulu? Cis, Dah la aku nak merajuk, cuma tunggu kau pujuk!

kau,aku punya !Where stories live. Discover now