BAB7

467 15 1
                                    

"Assalamualaikum Aisyah, saya dah on the way "Haqiem menelefon aku.

"Waalaikumussalam. Ha aku dah lama siap, kau je yang lambat" aku membalasnya.

Aku membungkus makanan yang telah dimasak oleh aku. Macam mana agaknya dengan ibu dan ayah sekarang ni. Harap ayah makin sembuh. Tidak lama kemudian Haqiem pun sampai dia depan rumah. Dengan baju melayu berwarna biru lembut. Comel sangat!

Aku memasuki keretanya lalu terus menuju ke surau yang berdekatan dengan rumah.

"Makanan ni kita makan sama-sama masa berbuka nanti" kata aku kepada Haqiem. Haqiem hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Khusyuknya dia bawak kereta.

[Haqiem Aiman]
Lama aku memerhati gadis ini. Dengan memakai telekungnya itu, pipi dia yang tembam tu. Geramnya weh!

"Athirah boleh ikut kita tak?"tanya aku.

[Aisyah Adriana]
Dengan pertanyaan Haqiem sebentar tadi aku terus tergamam. Apa yang aku nak jawab ni. Fikir Syah fikir!

"Oh er.. Dia berbuka kat luar dengan family dia. Rasanya tak payah kot"kata aku sambil tergagap-gagap. Harap tak kantoi la. Huh

"Okay. Kita terus pergi surau"kata Haqiem sambil memusingkan setereng keretanya ke arah kiri.

Setelah sampai di surau, azan mula berkumandang. Kami duduk di satu tempat. Aku meletakkan makanan yang aku bawa di atas meja. Alhamdulillah ramai yang suka makanan aku.

Kami menunaikan solat maghrib,solat isyak kemudian solat sunat terawih. Jemaah perempuan akan solat di bahagian atas. Aku lihat Haqiem duduk di saf hadapan sekali. Selepas kami menunaikan solat sunat terawih, kami mendengar sedikit tazkirah daripada salah seorang ustaz di surau tersebut. Banyak pengajaran yang dikongsikan oleh ustaz tersebut.

"Assalamualaikum makcik"aku ucapkan salam kepada kawan ibu sambil mencium tangannya.

"Waalaikumussalam Aisyah. Mana ibu dengan ayah? Tk ikut?"jawab makcik tersebut lalu menanyakan tentang ibu dan ayah.

"Oh ya, ibu dengan ayah kat hospital. Ayah tak berapa sihat sekarang" jawab aku kepada makcik itu. Makcik itu hanya menganggukkn kepalanya.

Tak sempat aku nak berborak panjang tiba-tiba Haqiem datang kearah aku dan mengajak aku untuk balik. Banyak kerja sekolah mungkin.

Dalam perjalanan ke rumah aku hanya berdiam dan mendengar radio yang dibuka oleh Haqiem. Sampai kepala aku terikut-ikut rentak lagu tu hahah.

"Macam mana first puasa? Okay?"
Tiba-tiba Haqiem bersuara

"alhamdulillah okay"jawab aku sambil memandang kearahnya.

"Alhamdulillah. Ha dah sampai. Bye assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Jumpa esok"

Aku terus mengunci pagar lalu masuk ke dalam rumah. Aku membuka tudung lalu menggantungnya di dalam almari. Aku mencari telefon aku untuk menanya khabar ayah dan ibu. Setelah puas aku mencari di merata tempat, tidak terjumpa juga. Terpaksa lah aku mengguna telefon rumah. Mendengar suara ibu yang merdu itu membuatkan aku makin rindu dengan mereka. Cepat la balik, Aisyah dah rindu sangat-sangat ni.

"Assalamualaikum ibu. Ayah dengan ibu sihat?"

"Waalaikumussalam, alhamdulillah. Aisyah baru balik surau ke ni? Kenapa guna telefon rumah?"

kau,aku punya !Where stories live. Discover now