BAB 12

277 6 0
                                    

Tiba-tiba...

*ding* loceng rumahku berbunyi. Aku melihatnya melalui tingkap terlebih dahulu sebelum membukanya. Aku terkejut! Ibu dan ayah dah balik. Aku bergegas membuka pintu kayu dan pagar rumah. Alhamdulillah boleh juga aku beraya bersama sama mereka dirumah. Mereka masuk dengan persaan yg teruja.

"Cantiknya decoration rumah ni, Aisyah ubah sendiri ke?" Tanya ayah
"Tak ada la ayah, Aisyah ubah sama sama dengan Athirah"

Ayah mengangguk tanda faham. Ibu yang baru sahaja masuk terus pergi ke dapur. Mungkin dia nak tengok dapur bersih ke tak. Bukan setakat dapur sahaja, malah di dalam bilik air juga dia akan pastikan bersih. Aku hanya tersenyum melihat gelagat ibu. Minggu depan dah mula cuti. Dua minggu cuti aku tak terfikir lagi apa yang aku nak buat.

*  *  *  *  *
"Baiklah cikgu nak, dalam masa yang ada ni kamu semua gunakan dengan sebaik mungkin, akhir sekali cikgu nak ucap selamat hari raya kepada semua pelajar dan Jaga kesihatan masing-masing " kata Puan Safura.

Semua pelajar bersorak tanda seronok kerana raya dah nak dekat, begitu juga dengan aku.

*takbir raya berkumandang*
Aku sudah siap memakai baju raya begitu juga dengan ibu dan ayah. Tema kami pada tahun ini ialah warna merah. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cerah. Kami bertiga pergi ke surau dalam pukul 8 tepat. Walaupun agak awal tetap ramai orang yang relay hadir. Aku menunggu kehadiran Athirah . Ibu dia pun aku tak nampak, nak jumpa dia lagi la susah. Tah datang tah tidak la.  Selepas solat sunat aku bersalam salaman . Tiba tiba satu tangan menghulur kearah aku.  Lalu menanyakan sesuatu

"Adik ni umur berapa?" Tanya seorang gadis itu.

"Saya 17 tahun ni" jawab aku sambil memberi senyuman.

"La awak 17 ke? ingatkan bawah saya. Sama la kita" katanya lagi sambil ketawa.

Aku hanya senyum lalu gadis tersebut beredar. "Muka aku tak matured ke?" Aku bermonolog. Takkan la orang yg sama umur pun nampak aku ni macam budak2!  Ketika aku hendak pulang kerumah tiba tiba ada orang yang menarik telekungku dari belakang.

"Ehh" kata aku tanda terkejut.

"Tak nampak aku ke haa?" Tanya Athirah

"La kau ada, kau solat kat mana?"  Tanya aku kepada Athirah.

"Aku solat kat saf belakang, sebab terlambat, ahh what ever lah, yang penting nanti datang rumah aku tau. Aku nak kau paling awal datang" -Athirah

"Amboi kau, nak suruh aku datang awal pula. Hahahah baik bossku" -Aisyah

-  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -
Aku memberitahu kepada ibu dan ayah bahawa Athirah mengajak untuk kerumahnya. Kami bersalam salaman kemudian *selfie* supaya boleh jadikan sebagai kenangan. Selepas itu kami terus menuju ke rumah Athirah. Alhamdulillah!! Aku sampai dulu, kalau tak memang kena bebel la dengan makcik bawang tu.

Athirah membuka pintu dengan muka yang agak gembira kerana kata katanya tadi menjadi kenyataan. Decoration rumah yang cantik lagi buat aku tak sabar nak masuk. Ibu dan ayah sudah masuk , cuma aku je yang Athirah tak bagi. Katanya nak bagi sesuatu. Apa? 

"Nah! Walaupun kita ni dah 17 tahun tapi kita layak dapat duit raya. Dan kau paling layak sebab muka tu tk pernah nak matured hahahaha"  kata Athirah sambil ketawa.

Gelak besar nampak. Aku hanya memandangnya dengan senyuman sinis. Cukup la kat surau dah kena takkan la kena lagi dengan member sendiri.

"Nak bagi tu bagi je okay." Balas aku.

kau,aku punya !Where stories live. Discover now