Bab 42✨

629 39 10
                                    

"Makan." Pelawa Sohye.

Sandwich telur buatannya diletakkan dihadapan Wonwoo.

"Kau buat?"

Sohye mengangguk menjawab pertanyaan suaminya.

"Barang ni macam mana kau dapat?" Soal Wonwoo pelik.

"Dah disediakan kat dapur tu. Saya ambil je lah. Lagipun ni semua awak dah bayarkan. Rugilah kalau tak guna." Jawab Sohye.

Hendak menunggu Wonwoo memang sampai kesudah mereka tidak pergi bersarapan. Dari dia kelaparan, lebih baik dia buat apa- apa yang  boleh dimakan.

"Hmm sedap." Puji Wonwoo. Nak ketawa Sohye dibuatnya.

Sandwich senang macam ni. Memanglah sedap. Bangga sikit. Air tangannya dapat menggembirakan hati si suami dan mengeyangkan perut lelaki itu.

"Tak makan sekali?" Soal Wonwoo apabila kunyahan roti itu habis.

"Tak. Saya dah makan dah tadi." Balas Sohye. Coffea latte yang turut dibuatnya dihirup.

Wonwoo mengangguk.

"Barang dah kemas?"

"Dah."

"Okay. Lepasni kita pergi pantai sekejap."

"Nak buat apa? Nanti lambat nak pergi airport."

"Tak apa. Flight 7 malam ni. Sempat lagi kot nak dating buat kali terakhir." Ujar Wonwoo mengusik Sohye.

"Yelah okay." Sohye turutkan sahaja kemahuan suaminya itu.

>>>

[COMPLETED] IDEAL TYPES OF HUSBAND (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now