Epilogue✨

1K 45 3
                                    

Sohye memuncungkan mulutnya. Geram melihat kemesraan suaminya dengan kekasih hati Jungkook. Bukan main mesra lagi. Yang Jungkook tu relax je. Dia tak jealous ke apa?

Sohye terus keluar dari rumah. Selipar disarungkan di kaki. Angin malam itu dihirup segar. Tubuhnya dipeluk kerana sejuk. Mujurlah dia memakai baju yang agak tebal.

Sedang dia mengira bintang- bintang yang terang dilangit, hidungnya dicuit. Mendengus dia dibuatnya.

Lelaki itu mengambil tempat disebelahnya.

"Kenapa duduk luar?"

"Saja." Balas Sohye sepatah. Dijarakkan kedudukan mereka.

Wonwoo tersengih. Makin Sohye jauh, dia semakin mendekat sehinggalah Sohye berhenti.

"Asal tak jauh lagi?"

"Tak nampak ni." Sohye menunding kearah hujung bangku yang diduduk mereka. Kalau dia makin menjarakkan kedudukan mereka, tak silap- silap dah terjatuh dah dia.

Wonwoo menyengih. Tangan isterinya dicapai.

"Jealous aku berbual dengan Yerim?"

Sohye memandang wajah suaminya dan menggeleng laju. Mulut kata lain, hati kata lain.

"Cakap jelah jealous."

"Tak ada masa saya nak jealouskan awak dengan dia. Awak saya punya, dia tu Kookie punya."

"Tahu pun." Wonwoo menyengih.

"Macam ni lah baru aku sayang."

"Habistu selama ni tak sayang?" Sohye menanya.

"Sayang. Tapi sekarang ni sayang dia banyak." Wonwoo mendepakan tangannya luas.

"Ada- ada jelah awak ni."

"Sini sikit." Sohye merapatkan tubuhnya dengan suaminya. Wonwoo terus merangkul bahu isterinya. Tangan sebelah lagi dilekapkan di perut Sohye.

"Aku sayangkan kau. Dan anak kita."

"Saya pun."

"Balas lah betul- betul."

"Nak balas macam mana lagi?"

"Cakap yang kau sayang aku juga."

"Kan dah cakap tadi."

"Tadi kau balas lain."

"Ish malas lah saya nak ulang. Penat. Baby ni pun dah penat." Jawab Sohye malas. Dia tersengih.

"Ouh penat. Aku cium kau dekat sini." Wonwoo merapatkan wajahnya dengan Sohye.

"Ah taknak!" Ditolak bahu lelaki itu.

"Cakap dulu."

"Yelah yelah."

"Hah cepatlah!"

"Saya sayang awak, Jeon
Wonwoo."

Wonwoo tersenyum. Dicium dahi isterinya lama.

TAMAT

[COMPLETED] IDEAL TYPES OF HUSBAND (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now