Prolog

554 54 6
                                    

...

API yang marak semakin enak menjamah makanan mereka, hampir separuh daripada mahligai yang sudah hampir 30 tahun terbina musnah dijilat api.

Asap tebal yang menghalang pandangan, menyukarkan dia untuk melangkah. Baru beberapa langkah diatur, nafasnya sudah mulai tersekat- sekat akibat terhirup asap.

"Uhuk!!"

"TOLONG!!!, uhuk!! Uhuk!! "jeritnya dengan suara yang semakin lemah dan diselangi batuk keras. Dia lemas, lemas dalam asap yang tebal. Dadanya sakit! Bagai dipijak-pijak, terasa sangat sempit dan sukar bernafas.

Dia rebah diatas lantai, dada naik turun cuba mengatur nafas sebaik mungkin. Dia terpaksa menutup mulut dan hidungnya dengan lengan baju dan cuba mengatur nafas.

Walaupun tika ini, tubuhnya semakin memberat dan sukar untuk bergerak, dia tetap cuba mencapai sesuatu untuk dijadikan tempat bertaut.

Apabila tangannya berjaya mencapai sesuatu yang keras dan terasa berat,badan sedaya upaya diseretkan walaupun dalam fikirannya sekarang adalah 'mati'.

PRANG!!!

" ARGH!!!!!" Jeritannya hanya mampu dilaungkan dalam benak sahaja. Terasa sesuatu yang berat menimpa tubuhnya tika ini.

Matanya yang basah dipejam seerat- eratnya. Pedih, sangat pedih. Sakit dibahagian mata lebih menyengat berbanding ditubuh yang lain. Segala pergerakkannya terpasung apabila dia terasa bahunya dipegang oleh seseorang.

"To-tolong... Se...lamatkan...." Perit dadanya apabila asap tidak jemu menusuk dalam rongga hidung.

"Hanya Dia yang boleh menolong, hanya Dia" suara serak dan garau itu lembut mengucapkan kalimah suci, Allahuakhbar, Allahuakhbar.

Dia tenang dalam sakit perit yang dia alami tika ini.

"Jangan pernah lupa,cu. Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir dengan baik, bukannya amarah yang sudah jelas datangnya dari syaitan yang direjam" suara yang dia sangat kenali, Tok Ayah!

Tolong Haira,tok. Haira sakit... Haira takut,rintihnya dalam hati.

Air mata yang mengalir membuatkan bahagian matanya terasa sengal, bagai ada sesuatu yang menyucuk-nyucuk.

"Jaga diri,cu" suara itu bergema lagi.

Dia hanya mampu diam kaku. Ingin mambuka mata tetapi sepantas kilat dirapatkan kembali. Pedih.

Setelah beberapa kali cubaan, dia tetap gagal dan seluruh tubuhnya sangat letih. Akhirnya dalam keadaan api yang masih rakus membakar, mata bundar gadis itu terpejam rapat.

...

Dia Takdir Buatku | E Where stories live. Discover now