Bab 2

293 42 4
                                    

"Apa yang kamu dah buat ni,Qhai? Ya Allah cucu aku" Mata yang tadi merenung wajah cucu perempuannya itu kini, menikam anak mata Qhai tajam. Serta-merta air liur ditelan.

Alamak, bala besar ni,gumam lelaki itu. Dia menyumpah diri sendiri yang bodoh kerana buat cucu askar pencen ini pengsan.

Sebenarnya, tadi....

Arghhh!!!!!

Haira kaku, sebelum pandangannya perlahan-lahan menjadi gelap. Qhai kaget, laju tangannya membuka topeng tengkorak yang dia pakai. Segera dia mendapatkan Haira yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

"Aduh, pengsan pula perempuan ni. Mati aku kali ni" Gumamnya perlahan. Kepala yang terasa gatal digaru perlahan.

"Apa aku nak buat ni? Biar or pikul bawa balik rumah dia?" Qhai tidak keruan, sekejap dia bertinggung, sekejap dia berjalan sambil menggaru kepala. Dia perlu fikirkan hal yang patut dia buat.

Wajah Haira yang pengsan itu ditatap. Tudung yang terselak menampakkan leher gadis itu dibetulkan. Cantik, tapi kalau tak sebab dia ni friendly sangat, aku takdenya nak sergah dia macam tu. Menyempat nak kutuk orang!

"Hoi kau buat apa tu?" Tegur satu suara. Qhai menoleh.

Alamak mati aku, ni bala ke nikmat ni?

"Haa? Tak, ni. Aku.."

aduhhh apa aku nak cakap ni, bisiknya perlahan. Mati dia kali ni, dia fikirkan ada lah manusia yang datang boleh tolong dia. Tapi, yang ni pun boleh tolong dia , tolong dia dapat bala lagi.

"Raf, tolong aku wehy. Minah ni pengsan. Aku tak tahu nak buat apa ni," adu Qhai. Asyraf yang baru saja ingin melangkah masuk terus terpandang batang tubuh seorang gadis yang terbaring tidak sedarkan diri.

"Kau buat apa kat minah ni, gilak?"

Topeng tengkorak yang sedari tadi digenggaman dia angkat. Asyraf tepuk dahi sendiri. Masalah juga si Diqhairil ni, dia ingat semua orang boleh bagi riaksi setakat terjerit dan lari?

Gadis ini lah jawapannya.

Asyraf mengamati wajah gadis itu, dia berjalan mendekati jasad yang terbaring itu. Macam pernah nampak, tapi dekat mana? Tanya Asyraf dalam hati.

"Siapa ni, weh? Macam pernah nampak" Asyraf menoleh kearah Qhai yang sedang berjalan kehulu-kehilir. Qhai menoleh, dia berjalan semula ke arah Asyraf.

"Tak kenal, dia kata dia ni cucu tok Man, atuk kau" jelas Qhai. Riak wajah Asyraf berubah, takkanlah...

Kedua-dua lelaki itu merenung wajah Haira yang tiada tanda-tanda untuk sedarkan diri.

"Haira"

"Haa tu lah nama dia Haira, sepupu kau ke ni, Raf?" Soal Qhai lagi. Asyraf hanya diam dan terus menyelit tangannya dibawah kepala dan kaki Haira. Tubuh gadis itu dicembung selamba. Kaki laju melangkah keluar dari kawasan sungi.

Qhai terdiam sekejap, bila dia dapat hadam apa yang dia nampak, baru dia mengejar langkah Asyraf yang sudah hampir keluar dari kawasan itu.

" Nak bawa pergi mana?" Qhai bertanya dengan nafas yang tercungap. Laju betul Asyraf jalan, tak berat pula dia angkat perempuan tu.

Ishh kau ni Qhai dah lah buat perempuan ni pengsan, sekarang kau dah susahkan Ashraf pula. Padahal bukannya Qhai tak tahu, Asyraf satu-satunya cucu yang dipandang rendah berbanding dengan cucu yang lain.

"Baliklah, aku baru teringat Tok Ayah aku ada cakap yang keluarga Mak Ngah aku nak datang hari ini" jelasnya panjang lebar, kaki terus melangkah laju.

Sudah  hampir senja, dia risau kalau ada apa-apa jadi masa dia balik dalam keadaan gelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Takdir Buatku | E Where stories live. Discover now