TUBUH dihempas pada katil empuk bersaiz queen yang terletak betul-betul dia tengah kamar tidur yang agak luas itu. Pandangan dibuang pada siling putih kosong, sekosong jiwa gadis itu sekarang. Walaupun hakikatnya dia sedang buntu sekarang ini.
Perbualan dimeja makan tadi bermain difikiran berulang kali.
"Duduk dengan Tok Ayah sampai habis SPM, jaga atuk"
Ayat itu terngiang-ngiang dalam fikirannya kini. Perlukah dia terus membangkang? Atau menurut?. Bukan kebiasaannya menurut segala arahan, dia selalu membantah, memberontak dan melawan. Mungkin sebab ni dia perlu dihantar ke kampung. Dia yang degil, padahal bukannya dia tidak tahu, bantahannya tidak akan dilayan oleh atuk. Dia langsung tiada pilihan jika arahan itu keluar dari mulut Tuan Rahman.
Ya, Dia tak ada kawan rapat. Itu adalah satu kelemahan seorang Haira. Tapi dia lebih selesa begitu. Gadis itu diam sejenak, hilang senyumannya dibibir. Ada sesuatu yang buat dia gundah ketika ini. Pada awalnya dia cuma mengagak, ada sesuatu yang dirahsiakan oleh ibu bapanya dari pengetahuannya.
Sesuatu yang sebenarnya dia dapat teka dengan sendiri dan perkara itu yang selama ini dia harapkan tidak akan pernah berlaku. Haira betulkan posisi baring supaya lebih selesa, tangan didepa dan pandangan dibuang ke syiling putih. Dia cuba untuk menghalau segala gangguan yang berjaya menghilangkan fokusnya berangan tentang kampung halamannya.
Pelbagai bayangan aktiviti yang dia sudahpun rangka dalam otaknya. Sempat dia membayangkan apa yang terjadi selepas ini jika dia menurut dan juga lari dari rumah. Haira geleng kepala membuang fikiran buruk. Terus lebar senyumannya memikirkan itu. Hilang rasa tidak puas hatinya sebentar tadi.
"Lebih baik aku ikut aje, kalau lari pun bukannya aku tak tahu, atuk boleh buat apa saja nak cari aku" monolognya perlahan. Otak masih ligat berfikir, tapi kali ini, dia cuba merangka segala perancangannya apabila tiba dikampung kelak.
"Nak mandi sungai, nak berkelah tepi sungai, nak tidur sampai tengah hari" badan yang terasa lenguh bersandar dia hempas kesisi, sambil kepala masih ligat merangka rancangan yang menyeronokkan. Dia mahu jadi cucu yang baik dipandangan atuk kesayangannya,Tok Man. Tapi bila luar dari pemantauan,maaf, dia tidak boleh berlakon lagi.
Sedang dia seronok berfikir, telinganya menangkap bunyi deram tapak kaki seseorang menuju ke biliknya, pantas pembaringan dibetulkan selimut ditarik menutup tubuh sehingga kedada. Mata dipejam rapat. Tika pendengarannya menangkap bunyi tombol pintu dipulas, dia mengeluh berat. Inilah masalah dia sejak dahulu, telinganya boleh mendengar derap tapak seseorang yang berada berhampiran walaupun dalam keadaan yang agak riuh. Tapi, bila keadaan yang sunyi menjengah, bunyi semut berjalan pun rasa macam orang berjalan.
"Dah tidur ke budak ni? Haira?" Suara yang sangat dikenalinya, Puan Hamarin iaitu ibu kepada gadis yang sedang berlakon tersebut,Haira Syuhada. Bila derap tapak kaki Puan Hamari semakin mendekat, Haira menahan nafas. Entah kenapa dia cuak.
"Anak mama, kalau dengar cakap mama dari dulu, tak degil, mama dan ayah takkan sanggup lepaskan tanggungjawab kami pada atuk kamu,sayang" Lembut sekali suara Puan Hamari menyapa gegendang telinga Haira. Degil sangatkah aku? Atau mama sebenarnya menyesal lahirkan aku? Astagfirullah, tak baik bersangka buruk, pada ibu sendiri pula tu.
Haira tersentak bila ada sesuatu yang membelai lembut umbun-umbunnya. Dia tenang, perlahan-lahan nafas yang ditahan sedari tadi dihela tenang.
Dia akan cuba, untuk tidak membantah. Untuk kali ini saja.
....
"WAH! rindunya kat kampung!!!!!" Tanpa sempat kereta yang dipandu Tuan Hazri itu berada dalam keadaan pegun, pintu penumpang belakang sudah dibuka oleh Haira. Dia terus lompat turun dari kereta dan berlari memeluk tiang rumah Tok Man yang masih kukuh hingga kini.
YOU ARE READING
Dia Takdir Buatku | E
RomanceONGOING "Kita kat mana sebenarnya ni" ------ "Tempat kali pertama kita jumpa, akan jadi tempat kali terakhir" ------ "Abang, tolong Haira... Haira sakit,abang...." ------ "Demi Tuhan yang menciptakan segala yang ada dilangit dan dibumi, saya sanggu...