Saat ini tiada kota yang ingin aku jelajahi,
aku hanya ingin sesat dalam kota hidupmu,
menyelusuri setiap jalan yang ada, dilorong-lorong kecil yang tidak pernah dilawati oleh sesiapa.Aku mahu belajar, belajar gimana caranya membuatmu lupa akan kisah-kisah lamamu yang mengerikan dan menakutkan.
Aku mahu menjadi cahaya kepada kegelapanmu.Oh Tuan, bawalah aku ke kotamu, tidak kuhirau akan kebingitan dan kesesakannya, berada dalam pelukanmu sudah cukup membuatku nyaman dan tenang.