006

30 2 0
                                    

Peluk tubuhku, sayang. Bisikkan kepadaku kata-kata yang bisa buat aku tenang. Aku mahu dengar semuanya walaupun ia tidak benar. Katakan padaku, sayang. Katakan padaku bahawa aku punya rumah, aku punya tubuh untuk dipeluk dan aku masih punya mereka dan kamu.

Mereka bilang ia perbuatan yang sia-sia. Perbuatan yang sia-sia menunggu tangan yang bisa aku gapai untuk keluar dari kesedihan ini. Tapi tidak salah bukan untuk berharap? Sekali ini saja, sayang. Bisikkan kepadaku kata-kata yang bisa buat aku kuat dan tersenyum. Aku tidak mahu lemah. Aku tidak mahu sedih.

Malam ini aku kalah. Kalah dengan hal-hal yang pernah kuusir suatu ketika dahulu. Mungkin malam ini kau bisa berhenti untuk bisikkan kata-kata indah buatku, kerna aku hanya ingin memejamkan mata. Untuk seketika, sesaat dua atau selamanya.

Love, Hope & Misery Where stories live. Discover now