KABUT

3K 83 13
                                    





fikiran yang berawang2 tu , bunyi yang buat aku rasa tak tentu arah tu , apa yang aku sangka tu sebenarnya bukanlah perkara sebenar , tu alert fone battery low dia suruh caj * ciss , tak guna fone ni " aku terus memberanikan diri , menutup jendela dan tingkap .

aku bergegas menuju ke arah suis lampu , aku menghidupkan lampu . act tu cara aku nak cover ketakutan aku , aku terus memanggil abi dengan ummi even aku tahu panggilan aku takkan disahut .

aku perlahan2 menuju ke anak tangga , melangkah selangkah demi selangkah , aku bergegas ke bawah rumah untuk mematikan komputer . " abi selalu suruh matikan komputer dan wifi bila ada hujan takpon gelodok ( petir dan kilat ) , kalau tak boleh kena litar pintas " getus hatiku lagi . aku melupakan seketika perasaan takut , aku terus matikan komputer , lalu perlahan2 aku menyelinap masuk ke bilik adik2 beradik aku . yes malam tu aku tak tidur seorang tapi aku tidur dengan adik beradik aku.

setibanya aku di bilik , aku mencapai charger yang berada di sebelah ain , aku terus caj fone aku then aku set alarm jam 5;30 , walaupon aku lihat jam berdetik di dinding sedang menunjukkan pukul 4;00 . aku terus mencapai bantal dan selimut yang ada , terus aku baringkan diri dan memjamkan mata . saat mata aku belum lena terpejam , aku terdengar adik aku si alang mengigau . so aku apalagi take advantage la " alang , nombor ekor berapa " aku fikir si alang ni tak jawab tau , rupanya soalan aku dijawab . dari situ aku tahu si alang ni dalam tidur dia boleh bercakap , setelah itu aku terus memejamkan mata sambil mendegar lagu nadamurni , yes aku kalau broken ke jatuh ke apa ke , before tido mesti aku dengar lagu2 ni , sebab lagu ni macam ada roh tau , susah nak explain , but setiap maksud yang disampaikan serious bagi banyak makna . tanpa aku sedari akhirnya mata aku terlelap dengan lena sekali malam tu.

jam berdetak pukul 5 , ohh fajar sadiq kian kelihatan , waktu pagi ni time siren abi berbunyi " akak , angah , alang , ain , sundus bangun , subuh dah " . ditambah pulak dengan seruan azan yang mendayu , aku mendengar suara abi namun badanku masih liat untuk bangun , fuhh swear malas bangun awal pagi . suara abi kian kedengaran , makin lama makin nyaring " ahh , masak ni weyhh kalau aku tak bangun lagi , tazkirah apa lagi nanti abi kasi " getus hatiku. aku pon terus acah bangun la dengan menguatkan suara panggil adik beradik aku satu persatu " alngah , alang , ain , sundus , bangun la , bangun , subuh dah ni , apa nak jadi dekat korang ni " lepastu aku tengok line clear je , aku lihat adik beradik aku menuju ke bilik air , that time aku kemas bantal dan selimut . dalam masa yang sama aku ambil selimut kerana kesejukan tidak ku sedari mata aku terpejam seketika . aku masih mendengar hentakan kaki dan bunyi pada pagi itu sebab aku tak pejam lena masa tu , tidak lama kemudian aku terasa macam ada orang yang tarik selimut aku , lagi aku tarik menutupi lagi kena tarik ke belakang , makin lama makin sedikit selimut yang aku dapat . aku tengah cuba fight tetiba aku dengar suara yang macam aku kenal

" woii kak , kau suruh kitaorang bangun , kata tidur dengan selimut khinzir la tu la , kau sendiri tak bangun " kata alang.

aku hanya terpinga then terus la cover , gila kau , dahlah kau anak sulung kalau kau tak cover cepat apa pandangan adik beradik kau kan ?

" mana ada aku tidur , aku tertidur je , tunggu kau lambat sangat mandi . balasku .

" eleyh yela tu , dah la kau pergi la mandi , aku nak ambil beg sekolah , nak jadual buku la , nanti solat jemaah sekali " balas alang.

act , aku nak bahan si alang ni , tapi lafazku membisu seketika , aku hanya monolog dan memberi senyuman sebagai tanda setuju pada alang.

" dia ni , kecik je , fikir adik je kalau tak lama aku baling dia masuk hutan , aku dah suruh dia jadual buku malam tadi , tak nak jadual , pagi2 buat hal , fuhh panas je hati "getus hatiku lagi.

H A N Y U T Where stories live. Discover now