Hari berlalu dengan pantas , pejam celik pejam celik , lusa dah first day of school . Surat tawaran masih belum dapat . Aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus . Why ? sebab aku lega tak payah masuk asrama . *HA HA you thought*
Aku mulakan hari aku macam hari cuti biasa , barang barang sekolah pun dah beli , so dah tak ada apa-apa lagi yang aku perlu risaukan . Hari makin lama makin bosan . Tik tuk tik tuk esok dah nak sekolah .
Jam dinding bilikku menunjukkan pukul 5:45 A.M. . Aku bergegas capai tuala lalu berjalan ke kamar mandi . Aku merenung buat seketika dalam tandas . Aku terfikir , ada siapa saja kat sekolah nanti ? Geng-geng aku semua banyak yang dah pindah . Tinggal Aku , Ezwan , Faris , Liyana and Sarah je . Bob and Ketamin dah pindah , sorang pindah Perlis , sorang pindah Kelantan. Setelah aku mandi , aku menuju semula ke bilik untuk siap-siap . Aku buka almari baju aku , Alamak ! Lencana sekolah tak jahit lagi ! Confirm kena denda ni ! Mana sempat aku nak jahit dah pukul 6:20 A.M. ! Mama nak gerak lagi 15 minit sebab sekolah lebih kurang 20 minit dari rumah aku . Haih dugaan di hari pertama sekolah .
Aku buka pintu kereta , Grr , sejuk gila ! Al-maklumlah , dah lama tak masuk kereta pagi-pagi buta ni , dah sebulan lebih tak ke sekolah time time macam ni . Aku masih dalam mood ngantuk , rasa nak tidur dalam kereta , tapi takut baju kedut and rambut serabai pula.
" Surat Tawaran belum dapat lagi je Juls ?"
" ah ? belum . takde pun "
" harap - haraplah Juls dapat , haih "
"hope tak dapat. "
" what ? apa Juls cakap ? Mama tak dengar ..?"
"tak ada apa , hehe "
Kenapalah Mama nak sangat masukkan aku kat sekolah sekolah tu semua , sekolah sini kan ada , bukannya tak boleh belajar , sama je belajar . Ni mesti sebab Mama jealous anak-anak kawan se-pejabat dia semua masuk SBP . Ish ish ish , kepada kawan-kawan Mama , THANKS . Serabut kepala aku dibuatnya .
Setelah aku selesai berangan dalam 2 minit , aku boleh nampak bangunan sekolah tak jauh dari tempat aku berada . Aku mengeluh , sebab aku tak suka sekolah . Kalau sekolah biasa pun aku dah mengeluh , apa-tah lagi masuk Asrama . God help me !
Aku masuk pagar sekolah , jam tanganku menunjukkan pukul 7:02 A.M. . Ya , masih awal lagi , loceng berdering pukul 7:25 selalunya , tak tahu nak buat apa bila dah sampai awal ni . Aku decided nak pergi kantin untuk buat revisi buku-buku teks Form 4 . At least dalam kelas nanti tak adalah aku blur sangat tak tahu apa-apa betul kan ? Lagipun apa lagi benda yang berfaedah kita boleh buat time time macam ni ? Bak pepatah , Masa itu emas.
6 ke 8 minit kemudian , tiba tiba aku dapat merasakan ada tangan sentuh bahu aku . Wah , scary banget ni ! aku tersedak air yang aku tengah minum dua saat sebelum dia sentuh bahu aku . Yelah , terkejut . Aku toleh belakang , rupa-rupanya Faris . Gila rupanya Faris ni terkejutkan aku waktu tengah minum air . Minta maaf tak , apa tak , tiba tiba "Wey pichang ah ketamin bob takde , nanti geng kita krik-krik doh ! " Aku cuma menggeleng kepala aku tanda malas nak kesah pasal Faris ni . Ish ish ish , Faris , Faris dahlah pakai kasut tahun lepas yang tak basuh . Kotor !
[ 610W 22/9 ]
YOU ARE READING
ASRAMA ?
Random[Highest Rank : #2 NOVEL] " What ? Asrama ? Ya Allah tolong aku , banyak-banyak sekolah kenapa asrama ! " kataku mengeluh empat saat selepas Mama memberitahu bahawa dia telah mendaftarkan aku ke sebuah asrama di utara tanah air . Macam mana aku nak...