BYH 3

166 4 0
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Pementasan teater Kisah Cinta Indraloka sedang berlangsung dibawah arahan Mia Aizureen. Irfan Hadif yang tampak segak dengan pakaiannya sebagai putera raja, berdiri disebalik tabir pentas, sedang bersedia untuk babak kedua terakhir.

"Irfan, in less than one minutes, you have to go and act. Get ready." arah Mia melalui walkie-talkie yang digunakan oleh Irfan. Alat tersebut diletakkan di tepi pentas dan Irfan sedang bersiap sedia. Seminit berlalu, dan dia melangkah ke pentas dengan lagak gaya sebagai seorang putera.

"Siapakah yang berani berbuat kacau di negeri beta?" soal Irfan dengan penuh karisma. Matanya memandang tajam ke arah Gergasi.

Gergasi tersebut ketawa jahat dan mula mengejek putera. "HAHAHAHA, Siapa kau nak mengganggu aku ha? Kau cuma manusia kerdil sahaja! Dengan sekali tiup, aku mampu musnahkan kau wahai manusia!"

"Aku putera raja dari Indraloka yang berdarah Ralynne. Keturunanku keturunan pahlawan dan segala makhluk disini tunduk pada keturunanku!" tegas sang putera. Putera mengeluarkan keris dari sarungnya dan menghalakan ke arah Gergasi.

"Hai Gergasi, aku tidak takut padamu. Aku mahu menuntut janjimu pada keturunanku iaitu kesetiaan. Jika kau masih mahu hidup, tunduk pada aku!"

Gergasi tertunduk dan segera menyembah sang Putera.

"Keturunan Ralynne, aku bersumpah akan setia padamu!"

"Sekiranya kau berbuat kacau, Gergasi, aku akan menamatkan riwayatmu dengan keris ini. Sekarang, pergi!" ugut Putera.

Dia yang gerun melihat keris Ralynne, segera beredar dari situ kerana hanya keris yang bermandikan darah Ralynne sahaja mampu membunuhnya.

"Akhirnya, tenang juga negeriku Indraloka." kata Putera. Dia meletakkan kembali kerisnya ke dalam sarung dan berpusing tiga kali sebelum bergerak ke arah belakang pentas. Botol air mineral diambil dan dia meneguk rakus.

"URGH! Penatnya."

*****

Hana Nur Balqish yang masih belum muncul dari bilik persalinan sejak permulaan teater telah melangkah keluar untuk melakonkan babak terakhir. Jelas wajah gementarnya yang risau jika dia melakukan kesilapan. Irfan Hadif hanya terpaku melihatnya. Tidak menyangka bahawa Hana mempunyai aura tersendiri dan kecantikan yang tersembunyi.

"It's your turn Qish. Do your best."

Hana hanya mengangguk dan segera keluar dari belakang tabir untuk melakonkan watak puteri bersama hambanya.

"Hai! negeri Indraloka. Alangkah indahnya bunga disini." kata sang Puteri.

"Tuanku Puteri, sekiranya tuanku hendak memetik bunga, berhati-hatilah. Patik bimbang jika bunga itu beracun." si Hamba memberi amaran. Puteri hanya memberikan senyuman.

"Baiklah. Usahlah risau. Beta tahu apa yang beta lakukan." jawab sang Puteri.

Si Hamba hanya duduk di tepi kawasan lapang yang ditumbuhi pelbagai jenis bunga. Puteri yang leka menghidu bau bunga tidak sedar bahawa ada mata yang mengintainya dari jauh.

"Harum baumu hai manusia! Dagingmu terlalu kenyal meskipun aku belum menyentuhmu. AH! Aku tidak peduli! Kau milikku!" bisik hati pemilik mata itu.

Dia melangkah keluar dari tempat persembunyian dan menyergah puteri tersebut, "HEY MANUSIA! Aku mahu kau!"

Ternyata Gergasi yang mengintai sang Puteri. Dia yang sudah lama mengidam daging manusia, mula tersengih membayangkan kekenyalan daging milik sang Puteri.

"Apa kau kata?! Berani kau berkata begitu pada Beta ya?!" marah sang puteri.

Dia hanya tertawa dan mula mencuba untuk menangkap Puteri. Hamba yang menemani tuan puteri mula berlawan untuk menghalang, namun dia tercedera parah kerana terkena tepisan si Gergasi.

Bahagia yang Hilang.Where stories live. Discover now