BYH 7

146 3 0
                                    

Aroma teh yang baru dibancuh oleh Hana mula memenuhi ruang rumahnya. Dia berlalu ke ruang tamu untuk menonton filem di Astro. Mia tiada dirumah, jadi dia perlu menonton seorang.

Hujan diluar membuatkan Hana semakin sejuk. Pendingin hawa ditekan ke suhu 22 dan selimut yang dibawanya ditarik ke badan. Matanya fokus menonton filem dan seketika dia tertawa sendiri menonton aksi lucu pelakon.

5 minit kemudian ketukan dipintu menyedarkannya. Siapa?

Hana membuka pintu untuk melihat. Irfan Hadif! BASAH KUYUP!

“Kau buat apa dekat sini Irfan?!” tempelak Hana, jelas tidak suka.

“Open this for me. I’m freezing Hana.”

Hana berkira-kira untuk membuka jeriji pintu. Namun, melihat Irfan yang menggigil menahan sejuk, Hana tidak sampai hati. Lantas, dia membukanya.

Irfan masih lagi menggigil. Sudah lama dia berdiri di depan pintu Hana. Selepas dia membuka pagar, dia sudah basah kuyup kerana dia terpaksa berhempas pulas. Dia juga berkira-kira sebelum mengetuk pintu rumah Hana.

“Have a sit Irfan,” ucap Hana sebelum dia menghulurkan dua tuala untuk Irfan.

Irfan meminta izin untuk ke tandas dan membersihkan dirinya sebelum bersin, tanda dia sudah selesema.

Hana hanya menggelengkan kepala melihat keadaan Irfan yang tidak terurus itu lalu dia bingkas ke dapur untuk menyediakan minuman.

Selepas siap, dia melabuhkan punggung bersama gelas minuman coklat panas. Hana cuma menanti Irfan untuk keluar dari tandas. Pandangannya dibuang ke arah skrin televisyen. Sepuluh minit kemudian, Irfan muncul dengan hanya memakai tuala.

“Fuck! Are you out of your mind?! WOI! Wear something appropriate!” bentak Hana, lalu membuang pandangan ke arah lain. Irfan hanya tersengih malu.

“I have no decent clothes, Hana.”

“Wait here.”

Hana berlalu ke biliknya dan mengambil satu t-shirt bersaiz plus yang selalu dipakainya ketika tidur dan jogger pants bersaiz plus jugak. Memang dia punya banyak pakaian bersaiz plus untuk tidur. Lebih selesa, itu yang dia rasa.

Hana kembali ke ruang tamu dan memberikan pakaian miliknya kepada Irfan.

“I wouldn’t fit that, Hana,”

“You don’t know until you tried, Irfan. At least it’s decent. Dah, pergi tukar,” mata Hana memandang Irfan. Tidak sanggup melihat selain matanya. Badan Irfan memang menggiurkan dan Hana terpaksa menyembunyikan malunya.

Irfan mengambil baju itu lalu berjalan ke bilik Hana untuk menukar pakaian. Matanya meliar memandang sekeliling. Bilik yang dicat warna hitam dan putih itu memang tampak lembut dan feminin saja. Dia kagum melihat kekemasan bilik Hana.

Selesai mengganti baju, Irfan bergerak ke meja belajar Hana. Bingkai gambar yang ada diatas meja itu ditelek seketika. Dia meneka identiti setiap yang ada. Satu, gambar Mia dan Hana ketika mereka disekolah, selepas tamat persekolahan. Kedua, gambar Hana bersama ibu dan bapanya. Ketiga, gambar Hana bersama seorang lelaki yang tidak dikenali Irfan. Hana kelihatan sempurna dalam gambar itu, mereka berdua berpakaian sedondon berwarna dusty pink dalam pose candid.

“Mungkin teman lelakinya.”

Irfan berlalu keluar dan dia melihat saja Hana yang leka dalam dunianya. Dia melabuhkan pinggang di tepi Hana. Rapat.

“Urm, this is for you.”

Hana mencapai gelas dan menghulurkan kepada Irfan. Irfan menyambut dan mula meneguk air coklat itu. Gelas yang separuh kosong itu diletakkan semula di atas meja kopi.

Bahagia yang Hilang.Where stories live. Discover now