BYH 5

154 5 0
                                    

Hana menjalani hidupnya seperti biasa walaupun setiap kali meeting club, Irfan pasti akan merenungnya tajam.

“Iya, kalau aku cakap aku ada buat kerja gila, agak-agak kau marah ke tak?”

“Hm, bergantung.” jawab Mia yang masih khusyuk dengan assignment.

“Okay, promise me you won’t get mad alright?”  Mia diam sahaja tanda mahu Hannah meneruskan ceritanya.

“Macam ni, masa hari Irfan hantarkan aku balik haritu, dia ada kiss aku. It’s just a peck.”

Mia memalingkan mukanya kepada Hana.

“Yes, it happened. Well, he started it first. Aku ikut flow je. And, aku tak suka bila dia main terjah macam tu je, so aku bukak seatbelt, ngap leher dia. Ada la dua tiga love bite dekat situ and nampak jelas sangat.”

“No wonder.” jawab Mia.

“Apahal?”

“Well, aku perasan ada bekas lebam dekat leher dia. Aku tegur aku cakap somebody’s on a wild party last night aye. Lepas dia shut up kan aku. Geram jugak lah, but who cares.”

“Aku yang buat benda tu. Tu hasil kerja aku. Siapa suruh dia main cium je ? Kan dah kena. Padan muka.” balas Hana.

“Well, buat, buat jugak tau Ana. Kau kena faham, kalau kau buat macam tu, nanti kau akan develop addiction kau balik.” ingat Mia. Dia menyambung kerja nya yang tertangguh.

“It hasn’t fully cured, Mia. Aku tahu benda ni risky but rest assured, I did it because I wanted to tell him that he’s messing with a wrong person and to be real honest, there’s no sexual desire when I did that. None.” jawab Hana.

“Wow is all I can say. Walaupun kau belum sembuh sepenuhnya, kau dah berjaya kawal dan aku bangga dengan kau. Good job bitch.” kata Mia lalu dia mengenyitkan mata.

Hana hanya diam dan kembali memerhati Irfan yang sedang mengajar beberapa langkah tari berentak laju. Mukanya berkerut jelas tidak puas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh si penari.

“WEH! Kalau macam ni kau menari, baik aku tak yah choreograph tarian ni. Kau ingat benda ni main-main ke hah?!” Kecut perut si penari yang dimarahi Irfan. Hana cuma menjulingkan mata dan benci melihat muka bengis Irfan.

“You, jangan la marah dia. I boleh coverkan step tu untuk pihak dia. Dah la.” pujuk Husna. Husna juga timbul rasa kesian terhadap gadis yang dimarahi dan ingin membantu.

Dia bergerak kehadapan dan mula menari mengikut kehendak Irfan. Namun, hasilnya tetap tidak memuaskan hati, cuma lebih baik dari gadis yang dimarahi itu saja.

“URGH!”

“Bro, benda kecil je, perlu ke nak marah macam dunia nak tamat besok?” Hana berdecit dan bangun dari tempat duduknya.

“Angie, play that music now.” arah Hana. Dia menjongketkan kening dan menayangkan senyum sengetnya yang nampak nakal. Kemudian, dia membuang pandangan ke arah cermin yang terletak di studio itu untuk memerhatikan gerakannya.

Lagu One in A Million dendangan Ne-Yo mula dimainkan.

Badan Hana mula bergerak mengikut rentak dan setiap gerak langkahnya sangat teliti dan penuh nilai artistik. Ahli kelab yang berada di Violet Room berhenti melakukan setiap pekerjaan mereka dan melihat gerak tari Hana.

Hana semakin bersatu dengan lagu, tidak peduli akan
mata mata yang memandang. Dengan hanya mengenakan crop top dan seluar fit berwarna hitam, dia meneruskan tariannya dengan laju dan badannya bergerak dengan gerak yang sangat mengasyikkan. Irfan hanya memandang dan merenung tajam.

Goyangan pinggulnya mengikut rentak tepuk tangan pada muzik dan dia memusingkan badan untuk berjalan dengan gaya menggoda sebelum tariannya tamat disitu dan dia kembali ke tempat duduknya.

Semua terpaku dan tidak berkata. Mereka kemudiannya menepuk tangan tanda kagum dan suka dengan tarian Hana.

“I could safely say, she does it better than your choreography Irfan.” kata salah seorang ahli kelab yang memegang jawatan. Khairul. Dia berjalan ke arah Irfan yang masih membisu.

“Gabungkan langkah tari kau dengan dia, dan show kali ini akan jadi lebih berjaya dari sebelum ni. Percaya cakap aku, bro.” kata Khai sambil menepuk bahu rakannya.

“She’s not a regular girl, Fan,” bisik Khai lalu dia mengambil barangnya untuk keluar dari studio itu.

Irfan hanya diam dan dia berkira-kira.

“What you did there is impressive Miss Hana, but I guess if you wanna make it happen, we’ll have to combine our steps and perform. If it’s a no, then I consider what you did just now was just a simple performance to entertain us all.” kata Irfan. Hana hanya tersenyum.

“Monsieur, did I say No? Hm, well there’s no harm at combining steps, so I’ll say sure.” jawab Hana.

Irfan dan Hana berbalas pandangan. Dia merasa egonya tercabar kerana dia tidak sangka ada yang lebih bagus darinya. Malah, orang itu pula perempuan! Dan dia benci untuk mengakui kenyataan itu.

“You wanna have a battle, Hana? Game on.”

“Game on baby, game on.”

….getus hati mereka berdua

*****
Sandwich yang dibeli hanya dipandang kosong. Selera Hana mati. Setiap kali mulut ingin dibuka, kata-kata yang diucapkan terngiang-ngiang ditelinganya.

“You’ll pay for what you’ve done to me, Hana. Sooner or later.”

Irfan Hadif.

Nadanya tidak ada tanda dia bergurau. Serius dan monotone.

“Kau kenapa, Na?” tanya Haikal Asyraf. Dia pelik melihat rakannya yang kelihatan sedikit terganggu.

“Takde pe lah, Kal. Kau takyah risau,” Hana kemudiannya cuba menghabiskan baki roti yang ada ditangannya. Air strawberinya disedut rakus. Dia haus.

“Well, my sister like the presents I bought for her. Thank you Ana.”

“No big problem lah kal.”

“And, now. I need your help,” wajah Haikal bertukar serius. Kening Hana terjongket tanda mahu Haikal meneruskan bicaranya.

“Aku ada simpan perasaan dekat seorang perempuan ni. Dah lama tau, Ana. Aku dapat rasakan yang dia mungkin takkn dapat terima aku sebab dia hanya anggap aku sebagai kawan je.”

“Jadi?”

“Aku perlukan pendapat kau untuk hal ni, aku betul-betul serius sukakan dia. Dan, aku simpan hasrat nak kahwin dengan dia. Aku takut, Ana. What if she rejects me?”

Wajah Haikal bertukar sugul. Dia tahu, gadis idamannya hanya menganggap dia sebagai kawan dan tidak mungkin akan menjadi lebih daripada itu.

“Well, you gotta be honest with her. Aku tak berani jamin sama ada kejujuran kau akan berbalas dengan rejection atau friendzone tapi, ‘Honesty is the best policy.’ Jadi kau kena cuba.”

Haikal hanya mengangguk. Dia hanya mendiamkan diri.

“Kau taknak cerita ke siapa perempuan tu? Aku pun nak tahu jugak weh!”

“Akan tiba masanya nanti, kau akan tahu jugak,” jawab Haikal sambil tersenyum. Hana hanya mengalah.

Hana membuang sampah plastik makanannya dan meminta diri untuk beredar.

“Aku dah janji dengan Mia nak balik awal sikit harini, so I gotta go, Kal. Kalau dia tahu aku tak balik lagi ni, mati aku kang. Ciao!”

Haikal hanya mengangguk dan kemudiannya beredar ke dewan kuliah.

Bahagia yang Hilang.Where stories live. Discover now