Bab 1 | Taubat

62 4 1
                                    


"Hey , apa yang kau orang gelabah sangat ni? Tunggulah! Belum malam lagi." Mariam dan Ella menoleh ke arah Cahaya yang sudah mencebikkan mulutnya seakan merajuk.

Beberapa saat kemudian, kedua gadis itu saling berpandangan dan mengeluh. Memang mereka kesian untuk tinggalkan Nur Cahaya tapi mereka sudah penat. Penat dengan hari-hari mereka yang dihabiskan dengan ponteng sekolah dan membuat perkara yang tidak berfaedah.

"Hey Cahaya , kitorang dah penatlah hari-hari macam ni. Jangan mengajar kitorang lagi. Aku dengan Ella dah taknak ikut kau ponteng sekolah lagi macam ni."

"Aku? Aku ke yang mengajar kau orang ponteng sekolah, lepak belakang lorong hisap rokok, ambil dadah semua? Aku ke? Hey, Mariam.. aku tanya kau, aku ke yang ajar? Siapa yang kenalkan aku dengan Fazril si penjual dadah a.k.a boyfriend kau tu? Siapa yang ajak aku mula-mula hisap rokok? Siapa yang ajak aku panjat pagar sekolah lari nak ponteng kelas? Siapa? Aku tanya, siapa?"

Mariam dan Ella diam membisu tidak menjawab soalan Cahaya yang bertubi-tubi. Senyuman sinis terukir di bibir Cahaya saat mereka diam membisu tidak menjawab. Baru tahu diam, tadi melalak macam dia pula yang angkara mereka bertiga jadi begini. Dasar tak nampak kesalahan sendiri.

"Ok, kau menang Cahaya. Aku dengan Mariam yang salah sebab mengajar kau macam-macam dulu. Tapi sejak apa yang dah jadi dengan Munirah, aku dengan Mariam nak berubah. Sebabkan Munirah, aku dengan Mariam dah sedar dosa yang kitorang dah buat. Cukuplah Cahaya, mari kita berubah sama-sama. Kita balik, solat taubat."

"Apa? Apa kau cakap? Aku tak dengar. Solat taubat?" Cahaya tertawa besar mendengar setiap ayat yang keluar dari bibir Ella.

Tak pernah Ella berbicara seperti ini, ini adalah kali pertama. Cukup lucu dan membuatkan dia geli hati mendengarnya. Sebelum ini, kawan mereka yang bernama Munirah sahaja yang sentiasa berbicara seperti itu. Lain pula kali ini. Entah kena rasuk dek hantu Munirah ke apa?

"Kau berdua ni, dah kena rasuk dengan Munirah ke? Janganlah sebut-sebut lagi nama orang yang dah mati. Seramlah! Kau ni lawaklah Ella. Sejak bila pandai berustazah dengan aku ni. Aku ingat Munirah je pandai."

"Cahaya! Mulut tu jaga sikit! Arwah Munirah juga yang bagi kitorang sedar! Bukan macam kau, kena rasuk dengan setan gamaknya! Sebab tu kitorang ajak kau berubah ke arah jalan yang benar pun taknak dengar. Telinga dah kena tutup dengan setan!"

"Dah cukuplah Mariam, dah nak maghrib ni, jangan marah-marah. Tak elok." Ella cuba menenangkan Mariam yang sudah naik hantu dengan perangai Cahaya.

Cahaya sekadat menjeling Mariam. Geram dengan apa yang telah dihamburkan Mariam sebentar tadi.

"Dah lah Cahaya, suka hati kau lah nak buat apa pun. Kitorang takde hak nak halang atau nak paksa. Kalau kau tak suka kami lagi , kita boleh putuskan persahabatan ni. Kitorang taknak kau benci lagi tengok muka kami."

Terbuntang mata Cahaya mendengar bait-bait kata Mariam. Belum sempat dia nak menjawab , Mariam dan Ella telah pun melangkahkan kaki mereka pergi. Cahaya terkaku sebentar di situ.

Kini dia baru perasan, yang dia telah hilang sahabat kerana ego yang meninggi. Penumbuknya dikepalkan. Perasaan sedih cuba ditepisnya. Memang betul dia tidak ramai kawan. Munirah, Mariam dan Ella sahaja temannya sejak di tingkatan satu. Tapi sekarang semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi. Tak mengapa , hidup seorang diri bukannya susah sangat kan?

"Allahuakbar allahuakbar."

Cahaya tersentak dengan laungan azan yang betul-betul kuat menusuk ke telinganya. Baru tersedar yang sejak dari tadi dia berada di situ , dari sebelum Ella dan Mariam pergi lagi. Dia memandang ke arah masjid yang tak berapa jauh darinya. Laungan azan yang berkumandang cuba didengarinya sehingga habis.

"Kusyuk betul Cahaya dengar laungan azan tu ya?" Sekali lagi Cahaya tersentak dengan teguran itu sehingga melompat sedikit.

"Eh, maafkan ustaz. Ustaz tak sengaja." Cahaya mengurut-urutkan dadanya.

Nasib tak ada sakit jantung, kalau tidak mahunya masuk hospital. Hamzah sekadar tersenyum manis kepada Cahaya yang sudah membuka tudung sekolahnya. Cepat-cepat Cahaya menutup kepalanya dengan tangan memandangkan tudung telah dia simpankan ke dalam beg. Wajah Hamzah tidak mahu dipandangnya, dia sekadar menunduk.

"Ustaz rasa Cahaya tak datang sekolah tadi. Cahaya tak ada pun dalam kelas ustaz tadi. Tapi sekarang Cahaya pakai baju sekolah. Cahaya ponteng ya?" Cahaya mengetapkan bibirnya.

Dalam hati telah memaki-maki Ustaz Hamzah. Sibuk apa dia? Baru bertugas di sekolahnya beberapa minggu dah nak tunjuk lagak. Cahaya memang tidak berapa berkenan dengan Ustaz Hamzah. Entah bagaimana Ustaz itu boleh menjadi pujaan ramai.

"Saya ... saya balik dulu lah Ustaz." Akhirnya Cahaya bersuara juga, takut nak berlama-lama di hadapan Hamzah. Tak pasal-pasal orang cop dia perempuan murahan.

Seteruk Cahaya pun, maruah dia tetap dijaga juga. Kakinya pantas diaturkan untuk pergi. Namun, kaki itu terhenti semula apabila Hamzah memanggilnya. Dia merengus kasar.

"Cahaya, jangan lupa datang sekolah esok. Nak SPM dah , terlepas nanti pelajaran. Balik ni jangan lupa solat."

"Ha yelah Ustaz. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Akhirnya Cahaya pergi juga meninggal Hamzah. Hamzah menggeleng kecil melihat anak muridnya itu lalu segaris senyuman terukir di bibirnya.

"Waalaikumsalam."

-

"Ibu! Cahaya dah balik!" Laung Cahaya kuat.

Beberapa saat kemudian Cahaya menepuk dahinya , lupa. Mesti wanita tua itu tak balik lagi. Bukan dia tak tahu perkerjaan keji wanita yang bergelar ibunya itu. Mungkin ini juga salah satu faktor dia terus tenggelam dengan dosa-dosa yang makin membeban.

"Tapi pintu tak kunci." Cahaya mengerutkan dahinya.

Matanya tertancap pula pada dua pasang kasut yang ada di hadapan pintu rumah. Siapa pula yang datang? Jangan-jangan kekasih ibunya. Cahaya sekadar menggulingkan biji matanya menyampah.

"Dah balik dah Cahaya?" Cahaya terus menoleh ke arah suara yang tiba-tiba sahaja menegur. Mata Cahaya terus membukat melihat lelaki di hadapannya.

"Ayah? Bi.. bila ayah balik? Kenapa ayah balik?" Soalan itu bertalu-talu ditanyakan pada lelaki itu.

Adam tersenyum sumbing mendengar pertanyaan anaknya. Mungkin pelik dengan kepulangan yang tiba-tiba. Selama ini dia sibuk menghilang ke Kuala Lumpur sana. Akhirnya, tau juga dia jalan pulang ke rumah untuk berjumpa isteri yang sudah tak macam isteri dan anaknya.

"Ibu tak balik kerja lagi ya? Ayah ada bawa kawan, nama dia Iman Ariff."

Mata Cahaya kini teralih pula pada seorang lagi lelaki di sebelah Adam. Lelaki yang tampaknya lebih muda dari ayahnya. Lelaki yang bernama Iman Ariff itu sekadar tersenyum pada Cahaya.

Perlahan Adam mendekati Cahaya. Rambut Cahaya diusapnya sebelum bibirnya mendekati telinga anaknya untuk berbisik.

"Maafkan ayah, Cahaya. Ayah terpaksa."

"A.. apa ayah cakap ni?"

Adam tidak menjawab. Pantas tangan Cahaya ditariknya kasar untuk diserahkan pada Iman Ariff. Cahaya mula meraung dan menangis menyebut nama ayahnya. Tapi hampa, Adam sekadar melihat Ariff yang membawa Cahaya ke bilik tanpa memberi sedikit pun pertolongan.

Adam memejamkan matanya sekejap saat melodi di telinganya hanya lah tangisan dan laungan Cahaya. Perlahan dia mengatur langkah keluar dari rumah. Tidak sanggup untuk mendengar laungan Cahaya. Dia terpaksa dan bukan sengaja.

Ya allah, apa aku dah buat dengan anak aku? Maafkan ayah, Cahaya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nur CahayaWhere stories live. Discover now