Aku melihat dunia,
Di sekeliling penuh manusia,
Ada yang tersenyum girang,
Penuh bahagia di sisi insan yang mereka gelar keluarga,
Tapi,
Ada juga yang sedang mencuka muka,
Penuh kesedihan,
Berseorangan,sepi..
Mereka bahagia,
Mereka bersedih,
Biarkan,
Itu lumrah dunia.
Jika hari ini mereka mampu bergembira,
Jangan pelik jika esoknya pula,
Kau lihat dia menangis.
Dan jika hari ini mereka sedang bersedih,
Jangan kau sangka yang sedih mereka,
Akan bertahan lama,
Jika bukan esok,
Satu hari,
Pasti mereka tersenyum juga.
Kerana ini dunia.
Tiada yang tetap,
Tiada yang abadi,
Semuanya sementara.
SZAR
YOU ARE READING
RAMBLE JOT©
PoetryRAMBLE JOT by : SHAR,SZAR,SKAR Its a ramble,mumble,blabber.. But its life. SZAR | Akyelrahim