RJ 9-Kerana kasih,bersabarlah

619 47 1
                                    

Kerana kasih,bersabarlah..

Ini tahun kelima
Aku kenal ukhuwah
Ada dua sahabat
Keduanya aku ingin yang terbaik
Aku ingin jalan kami serupa
Tapi,aku lupa...

Jalan cerita kami di rumah tak sama
Marahnya emak di rumah atas dosa
Juga tak serupa
Kadang-kadang
Inginku lepaskan tanganku dari tangannya
Tapi
Kerana kasih,bersabarlah
Ujian itu,datangnya dengan hikmah

Kau sahabat
Dibentuknya sukar kerana kau buluh
Tapi aku berusaha
Untuk menguji teguhnya jiwa hamba
Meyakini dengan nama tuhan,
Bahawa tiada yang mustahil di dunia

Aku tahu,bukan senang nak berubah
Dari tanpa arah ke sejadah
Dari tepi jalanan kepada sujud pada Tuhan
Kau benci aku yang suka mengongkong
Saat kau merasa lelah dengan laluanku
Maka ke simpang lah kau ke sebelah
Tinggalkan aku
Dan aku harap
Bukan aku yang meninggalkanmu..

SKAR

RAMBLE JOT©Where stories live. Discover now