A

399 35 3
                                    

Kau rosakkan kawan aku...

Kau pun akan dapat balasannya...

Kring...

"Urm, Sana. Apa kata kalau kita study Math kat rumah Zoey hari ni. Asyik library je... Boleh eh Sana?"

Sana yang sedang memerhatikan sekeliling terus memandang Zoey dan senyum.

"Okay, dalam pukul 2 macam tu Sana datang rumah Zoey eh" balasnya.

Akhirnya, pemandu Zoey datang untuk mengambilnya. Zoey melambai Sana dari dalam kereta. Sana membalas lambaiannya sehingga kereta itu tidak kelihatan.

Dia dan Zoey dah berkawan dari sekolah rendah lagi. Kalau boleh memang semua benda dia nak buat dengan Zoey.

2 petang

Sana berlari ke rumah Zoey. Disebabkan teksi tak muncul-muncul, dia ambil keputusan untuk lari je.

Ding dong!

Seperti yang diagak. Puan Maria, maid kepada Zoey keluar membuka pintu. Sana senyum sekilas kepada Puan Maria.

"Sana, tengok gambar lelaki ni. Handsome kan. Dia ajak aku keluar lagi dua hari".

Zoey menunjukkan gambar seorang lelaki yang agak handsome kepada Sana. Sana memberhentikan kerja mengemas alat tulisnya dan terus tengok gambar tu.

Nak kata handsome... Handsomelah jugak. Tapi aura lelaki tu macam tak boleh percaya je.

"Zoey terima ke?" tanya Sana.

Zoey hanya mengangguk malu. Sana hanya mampu menggeleng.

"Zoey, awak ni mudah sangat percaya lelaki yang baru kenal lah. Kita tak tau ni betul ke dia. Tak tak dia letak gambar orang lain je ni. Rupa sebenar dia kita tak tau. Mana tau dia ada niat jahat ke kat Zoey" nasihat Sana.

"Alaaa, dia baiklah. Dah lama kitaorang jadi kawan dalam alam maya ni".

"Okay..." Sana hanya mengangguk perlahan tanda setuju yang tak diredhai.

"Okaylah, Zoey. Sana balik dulu tau" Sana meminta diri.

"Kenapa Sana nak balik harini. Biasanya kan Sana tidur semalaman kalau datang rumah Zoey?" soal Zoey hampa.

"Urm, tak bolehlah hari ni. Sana ada kerja kena buat malam ni. Kalau sana ada free time Sana stay up dekat rumah Zoey" balas Sana.

"Okaylah... Bye Sana. See you tomorrow at school". Lalu mereka berpelukan sebelum Sana pergi.

Sana pun keluar dari pagar rumah Zoey. Zoey memang anak orang kaya tapi penampilannya biasa sahaja. Sehingga orang pandang pun tak percaya.

By The Way... Aku kena siasat siapa sebenarnya lelaki tu... Monolog Sana di dalam hati lalu tersenyum sinis.

[ F R I E N D ]- Sana TwiceWhere stories live. Discover now