Kata-kata ku terputus begitu sahaja, fikiran ku binggung. Aku tak pernah merasa bahawa jika aku meluahkan permasalahan yang membelenggu ku saat ini kepada Azhar, belum tentu dia akan memberikan aku solusi yang baik kepada ku memandangkan dia sering sahaja membuli kawan-kawan ku sewaktu di zaman sekolah dahulu.
Jadi boleh sahaja dia akan mengetawakan ku dan mengejek ku sepuas hatinya apabila mengetahui akan kelemahan ku dalam menjaga keselamatan adikku sendiri.
Sikap yang keras dan liar masih sahaja dapat ku temui dalam diri Azhar luaran atau dalaman, bagiku sama sahaja. Pakaian yang begitu moden dan sikap yang tidak sopan sudah menjadi titik garis kehidupan Azhar.
"Orang Musik? Rasaku tak pernah kusut begini, muka pun tak tentu arah. Kenapa kawan? hah?" Ejek Azhar kepada ku.
Aku tidak pernah menyangka yang dia akan berkata begitu kepada ku, keyakinan yang kuat amat jelas di wajahnya. Seolah-olah dia tahu akan masalah yang menghantui diriku saat ini. Aku bisu, kaku tiada daya . Dalam diam ku yang panjang, Azhar menyambung lagi kata-katanya.
"Hey Azam, jangan jadi bodoh lah, jangan kau anggap dunia ni boleh tundukkan kita. Cuba kau lihat sekeliling mu. Mereka tentu tak seperti mu. Aku rasa daripada kau kusut begini, lebih baik kau ikut aku.... Jangan risau la boy, aku akan ajar kau bagaimana sebenarnya kehidupan masa kini. Kau tak perlu takutlah."
Nada Azhar sudah semakin merendah tetapi masih juga kasar di telinga ku. Dalam kekusutan ku, aku tidak ingin memikirkan apa-apa dulu, aku ingin menenangkan fikiran dan hati yang gundah ini.
Aku memilih untuk ikut bersama Azhar. Aku Cuma ingin tahu apakah yang ingin ditunjukkannya.
Sepuluh batu perjalanan, mungkin lebih daripada itu. Badan ku terasa letih walaupun kami menggunakan kereta untuk menuju ke arah yang entah, tidak pernah ku lalui dan ketahui. Hanya Azhar lah yang tahu. Jalan yang kelam, jauh dari pandangan bandar, hutan rimba yang tebal dimana-mana, hanya berteman bunyi sunyi dan radio kereta sahaja.
Setelah berlalu sejam dalam perjalanan, tiba-tiba Azhar pun berhenti di halaman sebuah rumah yang agak besar dan kelihatan amat mewah.
Sekelilingnya terlihat taman bunga yang indah dan kolam ikan yang begitu rapi terjaga.
'Rumah siapakah ini?' Gerak hatiku tertanya-tanya sendiri.
"Azam, rumah ini ada pelbagai jenis kehidupan yang dapat engkau lihat dan pelajari, aku harap kau dapat menjaga dirimu sendiri dan belajar dari semua hal, mahupun buruk ataupun baik. "
"Aku ni bukannya apa Zam, aku tak mahu engkau seperti orang sekarang. Mereka memang nampak alim, menutup aurat, sering meluahkan kalimah-kalimah Tuhan di bibir mereka. Tetapi heh, solat pun tidak. Datang kemari untuk mencari kesenangan hidup, Alim apa itu? Hahaha..." jelas Azhar kepada ku sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari pinggangnya.
"Ini untuk kau. Aku tahu kau tak sukakan ini tapi aku tahu kau perlu ini. " Jelas Azhar sambil memberikan pistol kepada ku.
"Hana mungkin ada di sini, tengoklah nanti.. heheheee.." Azhar berkata-kata dengan penuh slumber.