Cerpen Bahagian 4

59 2 0
                                    

Kata-kata Azhar walaupun agak kasar dan tegas, kata-kata itu juga membuatkan aku terkejut dan terkilan.

Entah bagaimana dia tahu akan tujuan asal ku. Entah bagaimana dia tahu Hana tu sebenarnya adikku. Entahlah, kebinggungan ku tiada jawaban, aku hanya mampu terus mengikut Azhar keluar dari kereta dan menuju ke rumah mewah itu.

Sebelum masuk ke dalam rumah itu, kami sama-sama menyembunyikan senjata kami. Semuanya tersimpan rapi. Tiada sedikit tanda-tanda pun dari kami berdua memiliki senjata.

Kami masuk secara mengejut. Aku amat terpegun dengan keadaan dalam rumah tersebut. Ianya amat mewah dan begitu ramai remaja-remaja di sana.

Mereka berbual-bual tanpa batas, bersentuhan, minum minuman keras dan menari.
Melihat pemandangan itu, bergeleng-geleng kepala ku. Aku kaku tidak terkata. Terlihat oleh ku Azhar yang sering tersenyum kepada ku seraya memandang ku. Aku kelu tidak berdaya. Perbuatan yang amat keterlaluan ini tidak pernah pun ku alami sebelum ini. Melihat pun aku tidak pernah.

"Hey, lihat itu," kejut Azhar sambil menunjukkan ku sesuatu yang ada dihujung sudut kanan rumah tersebut.

Sungguh amat mengejutkan ku. Rupa-rupanya itu adalah Hana, adikku. Dia duduk berseronok bersama-sama empat orang kawan lelaki dan dua orang teman wanitanya yang sebaya usia dengannya.

Pakaiannya sungguh teruk dan tidak sopan. Bak kata orang-orang tua "seperti tidak cukup kain". Begitulah keadaan Hana sekarang.

"Now, apa lagi? Kau tahu apa yang hendak engkau buat, buatlah sesuka mu. Setahu ku tangan mu tu tak pula bermata kan Zam??" Ejek Azhar kepada ku sambil ketawa sinis.

Mendengar kata-kata Azhar yang sinis itu, aku cuma mampu terdiam dan tunduk menantang lantai. Tubuh ku lemah tidak berdaya. Kekecewaan yang mula tadi telah berkurangan sekarang ianya datang kembali. Malahan semakin menguat menyelubungi hati dan fikiran ku. Aku kaku, otak ku buntu. Aku sudah tidak tahu apa lagi yang hendak ku lakukan sekarang.

'Mak pasti kecewa kalau sahaja dia tahu', Bisik hati ku penuh kelesuan.

Dalam aku menanggung kehampaan yang begitu menjatuhkan aku. Rupa-rupanya Azhar telah memanggil Hana untuk menemuiku.

Pada mulanya, Hana terkejut apabila mengetahui keberadaan ku di situ tetapi setelah itu dia terus sahaja datang mendekati ku dan meninggalkan kawan-kawannya yang terus sahaja menyambung perbualan. Azhar yang melihat situasi itu terus sahaja keluar daripada rumah itu dan terus menghilang entah kemana.

Melihat Hana yang berada di depan mata ku sekarang keayuan wajahnya sungguh terserlah, juga dapat ku lihat raut wajah yang penuh kehairanan dalam dirinya. Ingin sahaja aku marah kepadanya tetapi entah kata-kata ku sedikit pun tidak sampai di lidah ku. Hanya terus diam, itulah sahaja mampu ku lakukan.

Kasih Yang TerhalangWhere stories live. Discover now