Cerpen Bahagian 5

53 2 0
                                    

"Abang buat apa di sini?" Hana mula membuka pembicaraan.

"Macam mana abang tahu Hana di sini?" tanya Hana lagi kepada ku.

"Bukan aku yang patut menjawab soal itu, tapi kau Hana. Apa yang kau buat di sini? Kenapa engkau berpakaian begini? Sudahlah engkau lari dari rumah. Sekarang kau di sini pula dengan orang-orang yang tidak bermoral. Apa kena dengan kau ni Hana?"

Sentak ku kepada Hana dengan nada yang marah bercampur dengan kecewa.

"Sudah! Semua itu bukan urusan abang ataupun mak. Hana bahagia di sini. Hana dapat segalanya di sini. Jadi abang, mak atau siapa sahaja tidak akan dapat menghalang apa yang telah Hana lakukan." balas Hana dengan sangat marah kepadaku.

Setelah itu, Hana terus sahaja pergi meninggalkan ku keseorangan dan dia terus sahaja kembali kepada kawan-kawannya. Aku terus sahaja memerhatikan gerak-geri Hana. Dari perbualannya, gerak tawanya dan semuanya adalah jelas ku saksikan.

Aku sudah tahu bahawa adikku Hana bukan lagi seperti dulu. Sekarang dia sudah berubah malahan sangat berubah. Andai dulu akulah tempatnya bermanja, tapi sekarang dia sudah berani mengasari ku dan tidak lagi ingin mendengar kata-kataku.

Dalam perasaan ku yang amat kecewa, aku pun keluar dari rumah itu dan berlalu pergi dengan menaiki teksi yang ku telefon untuk menjemput ku dan membawa ku pulang ke rumah.

Setiba ku di rumah, aku terus sahaja menukar pakaian ku dan membersihkan diri. Aku merehatkan diri di bilik, pelbagai persoalan timbul di fikiran ku. Aku amat hampa dan kecewa dengan apa yang telah ku temui hari ini. Dalam kepenatan yang melambung-lambung, aku pun akhirnya terlelap dari dunia yang amat fana ini.

Selang pagi pun tiba, kedengaran oleh ku dengan jelas akan kokokkan ayam dan kicauan burung-burung yang begitu bertubi-tubi seolah-olah turut sama membangunkan ku. Sinar mentari sudah mula membuka tirainya semula. Sungguh silau cahaya yang terpancar di mata ku. Hari sungguh cerah, tiada pula tanda-tanda hendak hujan.

Setelah sahaja aku mempersiapkan diri ku, aku pun teringat akan sepucuk surat yang pernah dikirim kepada ku beberapa lama dahulu, sedang aku belum pernah membaca apakah isi surat tersebut walaupun aku tahu siapa pengirim surat itu. Pengirimnya ialah bekas kekasihku, Karina.

Hubungan kami telah lama terjalin tetapi sayangnya terputus begitu sahaja setelah Karina mengetahui bahawa dia akan ke luar Negara untuk melanjutkan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi lagi. Memandang kepada ku yang hanya memilih untuk meneruskan cita-cita ku untuk menjadi seorang ahli musik, sudah tentulah aku bukanlah pilihannya. Memang sering Karina memaksa ku untuk melanjutkan pelajaran ku yang bersangkut-paut dengan kedoktoran itu tetapi aku tetap enggan sehinggakan melukakan hatinya lalu meninggalkan diri ku begitu sahaja.

Setelah sahaja aku membuka surat tersebut. Aku lantas membaca isi surat yang serba indah tulisannya yang berwarna pink itu.

"Assalamualaikum Azam. Ini aku Karina. Aku tahu pasti kau masih ingat pada ku, aku juga mengharap engkau sihat-sihat sahaja di sana.

Azam, aku tahu telah sekian lama aku telah meninggalkan cinta kita. Tetapi ketahuilah bahawa hati ku ini masih terukir nama mu. Entah bagaimana aku ingin melupakan mu, amat sukar Azam.

Akhir kata, andai kita ada jodoh, pasti Ilahi akan mempertemukan kita lagi kan? Aku percaya itu.

- Salam sayang dari Karina."

Selesai sahaja aku membaca surat tersebut, aku terus sahaja meletakkannya di atas meja berdekatan dengan ku. Aku hanya mampu termanggu seketika memikirkan nasib ku yang hanya hidup seorang diri tanpa ada yang menemani.

Kasih Yang TerhalangWhere stories live. Discover now