Bab 4

21 3 0
                                    

Terima kasihlah tolong kami cik" kataMak Fila, ibu kepada Faria. Syuhadah tersenyum dan mengangguk.
"Kita sesama manusia, harus bantu-membantu Makcik" kata Syuhadah. Mak Fila menangis.
"Hanya Allah yang mampu membalas kebaikanmu, nak"
"Oh ya Makcik, panggil saya Syu sahaja. Saya tak nak Makcik terlalu menghormati saya. Walaupun saya orang berada, Makcik orang miskin, kita tetap makhluk Allah. Sama-sama manusia. Saya tak pandang harta, Makcik. Saya hormati Makcik yang lebih tua. Oh saya nak minta kebenaran nak ambil Ria jadi adik angkat saya, boleh?" Mak Fila menangis dan tersenyum.
"Makcik tak kisah nak"
"Dan nak tak Makcik jadi ibu angkat saya?" Mak Fila tersenyum dan mengangguk. Dipeluk tubuh tua itu perlahan kerana Mak Fila baru sedar dan baru habis opretion. Mak Fila membalas pelukan Syuhadah. Faria mengesat air matanya. Senyuman terukir dibibir mereka bertiga.
"Terima kasih, ibu" kata Syuhadah.
"Sama-sama, Syu"

"Terima kasih, kak" kata Faria dan memeluk tubuh Syuhadah. Syuhadah membalas pelukan itu. Pelukan dileraikan.
"Kak, Ria nak minta cuti untuk esok, boleh?" Syuhadah mengangguk.
"Akak bagi dua hari cuti. Esok ibu keluarkan?" Faria terkejut dan mengangguk. "Faria kemas barang-barang di rumah Faria. Suruh Rara kemas barang-barang dia kecuali buku dia. Esok lepas sekolah, akak jemput di rumah" Faria tersenyum dan mengangguk faham.
"Tapi nak buat apa?" Syuhadah tersenyum. "Akak nak bawa Ria, Ibu dan Rara pindah rumah baru!" Faria terasa teruja.
"Betul ke ni akak?" Syuhadah mengangguk.
"Tak sabar nak bagitahu Rara"
"Ria kemas baju-baju je. Esok kita angkat barang-barang macam almari,pinggan,dan sebagainya" Faria mengangguk faham.

HarapanWhere stories live. Discover now