"Akak!" Syuhada menoleh ke belakang. Kelihatan Faria bersama-sama Mak Fila dan Rara menghampirinya.
"Semua dah sampai! Jom gerak!" Kata Syuhada dan masuk kedalam kereta Myvinya diikuti Faria, Mak Fila dan Rara.
"Hore! Rumah baru!" Syuhada tersenyum. Dia memulakan perjalanan menuju ke perumahan."Akak, besarnya" Syuhada tersenyum.
"Cantik tak?" Tanya Syuhada kepada Rara. Rara mengangguk.
"Rumah akak di sana" kata Syuhada sambil menunjuk sebuah rumah yang hanya selang enam buah rumah.
"Jadi bolehlah Rara datang sana!"
"Eh, Rara ni. Nanti menyusahkan orang je" Syuhada tersenyum manis.
"Takpe, ibu. Syu pun tak kisah. Tak lama lagi Rara nak satu sekolah dengan anak buah Syu, Daryan Aiyan. Kan Rara?"
"Ibu betul ke Rara pindah sekolah baru?" Mak Fila mengangguk. Rara melompat kegembiraan.
"Eh, dah lama sembang tapi kerja tak siap2" kata Mak Fila. Syuhada membantu Mak Fila mengangkat barang2nya.
"Ibu boleh pilihlah bilik mana nak tidur. Dalam rumah ni ada empat bilik. Ada dua bilik jadi yang selesa Syu rasa ibulah yang tidur kat bilik selesa tu dengan Rara. Bilik yang satu lagi untuk Faria. Dan bilik2 lain tu mungkin Fakrul balik, dia tidur antara dua2 bilik yang menjadi pilihannya. Bilik yang satu tu jadikan bilik belajar dan bilik mainan Rara. Senang. Taklah hilang mainan tu. Kalau dia main kat ruang tamu, ada mainan masuk ke bawah sofa"
"Wow, betul ke kak Syu?" Syuhada tersenyum dan mengangguk.
"Yeah!" Rara berlari masuk ke dalam sebuah bilik.
Faria tergelak. Mak Fila tersenyum.
"Terima kasih, Syu" Syuhada tersenyum dan mengangguk."Sayang..." Syuhada memusing tubuhnya menghadap dinding. Syakrie tergelak kecil.
"Sayang, bangun. Pergi mandi. Lepas tu solat. Cepat mandi..." Syuhada memandang Syakrie dengan pandangan kosong. Kemudian perlahan-lahan matanya kembali ditutup.
"Sayang... Jangan sampai abang geletek perut sayang" Syuhada masih lagi tidur.
"Satu..." Syuhada masih tertidur.
"Dua..."
"Tiiiga!" Syuhada ketawa kegelian.
"Abang sudahlah. Sya ikut cakap abang. Sya ikut" kata Syuhada sambil ketawa. Syakrie berhenti menggeletek.
"Cepat mandi, solat" Syuhada mencapai tuala mandi serta pakaiannya dan berjalan ke bilik mandi.
"Okey suamiku tersayang!" kata Syuhada lalu masuk ke dalam bilik mandi. Syakrie tersenyum dan menggeleng.
"Syu... Syu" Syakrie keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Harapan
ActionElyani Syuhada, seorang gadis yang kehilangan kasih sayang yang diganti dengan rasa benci oleh ayah kandungnya, Tuan Syazlan hanya kerana kakak kembar seirasnya, Elyana Syahida hilang tanpa sebarang pesanan. Disaat itu juga dia harus menggantikan Sy...