Bab 9

124 2 0
                                    

Ika : Dah , jom balik .

Afiq dan Isya hanya mengangguk tanda faham . Tikar yang dibentangkan dilipat sehingga menjadi saiz yang lebih kecil supaya senang dimasukkan didalam bonet kereta .

Afiq dan Isya berjalan terlebih dahulu . Kunci kereta dihulurkan kepada Afiq supaya memanaskan kereta dahulu . Ika mengambil sedikit masa untuk meluahkan isi hatinya yang telah lama terpendam .

Ika : Mama abah , Ika rindu . Dahlama tak rasa pelukkan mama abah . Dahlama tak dapat spent time dengan mama abah . Dahlama tak rasa masakkan mama . Ika rindu , rindu sangat . Ika tak kuat tanpa mama abah . Ika nak macam dulu , tapi Allah lebih sayangkan mama dengan abah .

Perlahan lahan airmata Ika mengalir laju . Ika membiarkan sahaja airmatanya itu mengalir . Sesekali dia cuba mengelap namun tetap sama , tetap mengalir juga .

Ika : Ika tak mintak supaya dapat bersama dengan mama abah . Ika harap kalau lepasni Ika dah takda , Icha dengan Afiq dah besar . Dah boleh jaga diri , baru Ika tenang nak pergi . Ika tak kuat nak tahan sakit ni . Kadang kepala ni terasa macam nak pecah , yelah sakit sangat . Dada pulak , macam kena tumbuk . Doktor cakap , Ika 50-50 hm . Ika ada siapa je ? Ika ada Afiq , ada Icha . Kadang Akif lah yang selalu ada time Ika susah dan senang . Ika kadang kadang keliru dengan perasaan sendiri . Ika sayang Akif , dalam masa yang sama Am pun Ika sayang . Ika keliru , taktahu nak buat apa dah hm . Takpalah mama abah , Ika pergi dulu . Sayang mama abah , assalamualaikum .

Ika bangun lalu menyapu pasir yang melekat di kainnya itu . Airmata yang mengalir , laju dilap . Langkah diatur kemas menuju ke kereta viosnya . Icha dan Afiq telah menunggu lama didalam kereta .

Ika : Sorry akak lambat .

Mereka berdua hanya mengiyakan sahaja . Faham akan perasaan kakaknya . Seketika itu , Afiq menanya soalan yang membuat Ika terkaku .

Afiq : Kak ?

Ika : Ha ?

Afiq : Akak sakit ?

Ika terkedu dan terkaku mendengar soalan daripada Afiq . Bermacam macam idea yang telah Ika berfikir namun kosong .

Afiq : Akak ? Dengar tak ?

PEREMPUAN PALING BAHAGIA Where stories live. Discover now