Chapter 1

133 6 0
                                    

Tingg!

Bunyi nada dering telefon seorang gadis.

"Assalamualaikum sayang buat apa?"

Setelah dia membaca laju jari jemari halusnya menaip setiap ayat yang ingin disampaikan. Badan juga turut digulingkan secara meniarap. Bantal nipis diletakkan di dada untuk keselesaan ketika meniarap. Kakinya digoyang goyangkan tanda hati sedang ceria.

"Waalaikumussalam tak buat apa pun, baru je lepas tengok muka awak kat gallery."

Dia ketawa kecil selepas menghantar mesej tersebut. Bukan kelakar pun tapi segan. Dengan orang yang kita sayang sudah semestinya akan berasa segan, bukan? Tanpa dia sedari ada mata yang mencerlung memandang dari arah luar bilik tidurnya. Ralit sahaja gadis itu menghadap telefon pintar tanpa perasan akan seseorang yang berada di muka pintu biliknya.

Mata lelakinya masih tertancap pada tubuh badan gadis yang membelakanginya. Dari belakang memang cantik. Memang boleh terliur kalau ada lelaki lain yang melihat.

"Ehem!" dia berdehem kecil supaya gadis kecil itu sedar akan kehadirannya di situ. Sesaat kemudian gadis itu menoleh laju. Dadanya berdegup perlahan kerana takut dengan deheman itu. Deheman seorang lelaki yang menjaganya selama ini semenjak ibunya meninggal dunia, Danial Izlan.

"Kau chat dengan siapa dari tadi asyik tersenyum macam kerang busuk dah aku tengok." tanyanya.

"Erk,... dengan Syafiqah lah dengan siapa lagi?" jawabnya perlahan. Takut akan teguran itu. Teguran yang diibaratkan seperti harimau yang ingin memakan mangsanya. Ditambah pula dengan deep voices milik lelaki itu. Takut betul dia dengan Danial Izlan ni! Boleh buat die kecut perut!

"Syafiqah ke Syafiq? Kau jangan tipu aku. Aku tahu apa kau buat. Bila kau nak putus dengan dia? Aku dah suruh kau putus dengan diakan? Kenapa degil sangat tak dengar cakap aku? Apa yang special sangat pasal mamat tu sampai kau taknak lepaskan dia dan kau abaikan pelajaran kau?? Kau sedar tak tahun ni kau spm? Kau tau kan aku akan bawa kau pergi belajar oversea ?! Disebabkan dia lah pelajaran kau dah menurun kan selama ni?!" marah dia seperti harimau. Turun naik dadanya menahan amarah. Sabar sahajalah dengan adik perempuan dia seorang ni. Orang kata tak reti nak dengar! Degil! Kepala batu!

"Kau nak aku ambil dan pecahkan telefon kau ke baru kau nak putus dengan dia?? Nak aku pergi rumah mak ayah dia ke dan kahwin kan kau orang berdua?? Selama ni aku sabar je dengan kau, tapi kali ni aku rasa dah melampau! Sampai buku sekolah pun kau tak tengok! Sibuk sangat dengan jantan yang kau kenal dekat whatsapp group tu!" sambungnya lagi. Nampaknya kali ni memang dia marah teruk sampaikan adiknya takut dengannya di tambah pula dengan terkejut. Mana dia tahu semua tu? Aku tak pernah bagitau dia pun. Ahh ni mesti dia upah orang nak awasi aku. Teruk betullah abang aku ni!

"Ta-tapi adik taknak pergi ikut abang belajar kat oversea kan? Adik nak sambung belajar kat Uitm Terengganu! Kenapa susah sangat abang nak faham??" ujar Syafa Diana ingin mempertahankan diri.

"Sebab apa? Sebab kau nak ikut jantan tu kan?? Eh kau couple lah berjuta tahun lama pun kalau Allah cakap dia bukan jodoh kau, kau nak buat apa? Menangis air mata darah? Masa tu dah terlambatlah dik. Oklah if  dia jodoh kau sekali pun, macam mana kau nak berkasih sayang dengan dia kalau semua kasih sayang yang kau curah semuanya sebelum kahwin? Lepas kau kahwin kau nak berkasih sayang apa lagi? Kau face-to-face dengan dia pun tak lagi dah nak berangan pasal jodoh bagai. Fikir sikit masa depan kau." sikit-sikit amarahnya menurun. Dia bukan marah tapi cuma nak menakutkan adiknya daripada terus mengabaikan pelajaran. Peperiksaan tu kan penting? Dia taknaklah menjadi seperti anak orang kaya yang lain. Suka menggunakan duit untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Semuanya dengan duit. Sebab itu dia marah kalau adiknya mengabaikan pelajaran. Walaupun dia anak orang kaya, dia kalau boleh tidak mahu menggunakan duit semata mata.

Laju Danial Izlan keluar dari bilik adiknya. Takut nanti tangan pula yang naik. Syafa Diana mengeluh dan memikirkan kata kata abangnya sebentar tadi. Ada juga yang betul. Yelah, abangnya dahulu yang makan garam daripada dirinya. Dia masih budak mentah yang harus ditambah gula atau garam. Perlu diberikan pendidikan yang secukupnya pada usia muda dan bukannya enjoy sesuka hati.

Perasaannya yang ceria sebentar tadi bertukar menjadi suram apabila Danial Izlan mampir di hadapan pintu bilik. Perbuatannya terus terbantut dek kerana Danial Izlan dan dia rasa mahu melelapkan mata sebentar sehingga matanya betul betul rapat tanpa menghiraukan telefon pintar yang dari tadi berdering tanpa henti.



xchapter1donex
Snowie berry edit 2021

I'm here, just for you (SLOW UPDATE) Where stories live. Discover now