≧ω≦
"So? Macam mana? Everythings okay? " tanya Danial inginkan kepastian.
"Erm." Syafa membuat muka bersalah.
"Kenapa kenapa ada yang tak kena ke?" tanya Danial Izlan risau, takut takut lah jika adik nya bersedih.
"Takdalah cuma,...cuma.. cuma adik ni pandai sangat sampai dapat 8A. Tehee~ (≧▽≦)/~┴┴" kelentongnya.
"Alhamdulillah, ingatkan apalah sangat tadi. Apalah adik ni. Buat terkejut abang je. So, tomorrow? Ikut abang pergi jepun?" tanya Danial. Laju kepalanya di anggukkan. Tak sabar rasanya dia ingin menjejakkan kaki di negara matahari terbit itu.
"Tak sabarnya rasa nak pergi sana. Agak agak kat sana ada tak orang Malaysia?" tanya Syafa dengan nada gembira. Suka sangat!
"Eh mestilah ada. Cuma jumpa tak jumpalah gitu." terang Danial dan dibalas dengan mulut bulat Syafa.
"Jomlah abang kita balik, nak packing barang ni."
"Haha yelah yelah."
(・´з'・)
Suana yang sejuk membuatkan Syafa memeluk erat badannya sendiri. Dia menghembus nafas dan haba yang sejuk keluar daripada mulut.
"Abang! Sejuk!" rengek Syafa. Badannya dah menggigil kesejukan.
"Padan muka. Abang dah cakap tadikan pakai baju tebal sikit. Telinga tak korek! Mana nak dengar!"marah Danial. Syafa hanya mencebik dan muncung macam itik.
"Manalah adik tau ingat kan musim sejuk dah habis."
"Heh."
"Ergghh!!"
"Dahlah, malas nak layan adik ni. Layan okaa san* dengan otou san** lagi baik. Buuu."
"Ishhh! Abang tunggulah! Kalau ibu ada mesti ibu tak layan adik macam ni!"ujarnya lebih kepada nak menangis.
"Aipp jangan sebut, ibukan dah takda. Tak baik tau."
"Sorry. "maafnya sambil menunduk menahan rasa sebak di dada.
"Tapikan abang, kenapa abang tak suka dengan ibu sebelum ibu meninggal? Yelah time ibu masuk wad, sekali je abang jenguk ibu lepastu terus abang tak jenguk ibu dah. Kenapa?"tanya Syafa inginkan kepastian. Kepastian yang selama 2 tahun dia tunggu tunggu untuk tahu. Kepastian yang diungkapkan oleh abangnya sendiri.
Danial memberhentikan langkah panjangnya dan berbalik kearah Syafa.
"Nak tau sangat ke?" Syafa angguk laju. Danial menghembus nafas kuat.
"Umur adik 25 tahun nanti baru abang cakap. Hehe~" ujarnya dan mengetuk kepala Syafa perlahan. Langkah kakinya berjalan laju.
"Ehh?! Kenapa kena tunggu umur adik 25 tahun pula?? Kenapa tak sekarang??"tanya Syafa separuh menjerit.
"Sebab time tu adik dah matang dah dewasa fikiran adik pun luas nak fikir bila abang cakap. Kalau sekarang ni? Umur baru setahun jagung ada hati nak tanya. Haktuih!"terang Danial sambil membuat aksi meludah ke tanah.
"Seriously abang?? Kena tunggu lagi 7 tahun?! Lamalah abang!"rengeknya lagi.
"Nasib kaulah." tambahnya lagi dan mengundang ketawa besar dari Danial.
Double update done! Huehue
✧٩(の❛ᴗ❛ の)۶NOTE:
okaasan = ibu/mak/mama/mummy
otousan = ayah/abah/bapak/papa/daddy[08/10/2017]
-BlackBloodRedrose
YOU ARE READING
I'm here, just for you (SLOW UPDATE)
RomanceDisebabkan wasiat dia terpaksa. Kasih yang harus dipupuk untuk seseorang yang digelar abang atau lebih tepat lagi untuk suaminya. Tak, dia tak boleh! 3 tahun berlalu selepas dinikahkan dan 3 tahun tak bersua muka akibat dia tak mampu memberi kasih...