Part 24

1.3K 44 1
                                    

Tiga hari sudah berlalu, Hanna masih di rumah Lucy.Tanpa handphone sama pakaian Salinan.Semuanya dia pinjam Lucy.Saiz badan durang sama saja kan.

Dia juga bersyukur sebab mama sama papanya pigi bercuti di oversea. Jadi dia yakin durang nda akan call dia buat masa sekarang.

" Jadi sampai bila ko mao bertapuk begini?" Tanya Lucy.

Dia sebenarnya nda tahan di ganggu Andrian. Balik-balik Andrian call dia, dia nda tahu dari mana Andrian dapat no handphonenya.

Tapi jauh di sudut hatinya dia juga mahu Hanna dan Andrian bersatu semula.Baginya Daniel yang harus di persalahkan.Bukan Andrian dan Hanna, durang jatuh cinta itu sudah takdir.

" Entah.." Jawab Hanna.Malas!

" Hanna..kau bertapuk begini pun apa ko dapat? Cuba ko semangat sikit.."

" Sy malas mao balik tu rumah bah Cy...sy nda boleh berdepan sama Andrian.."

" Tapi sampai bila? Ko nda boleh begini ni Hanna oii..susah hati sy tinggu kau "

"Sy belum mao mati lagi ni Cy.Kenapa? ko nda suka sy tinggal di rumah kau kah!! "

" Hishh ko ni, sikit-sikit mao merajuk! Bukan begitu itu maksud sy bah.Sy cuma mahu yang terbaik untuk kawan sy.."

" Hermm yang ntahlah Cy..nantilah sy balik.."

Malas sudah Hanna mahu bersoal jawab dengan kawan yang satu ni.

" Hish tinggu tu merajuklah itu.."

" Hahaha inda bah.. tinggu sy ketawa kan..." Hanna kasi tunjuk senyuman paling menawan di hadapan Lucy.Dua-dua durang ketawa.

Bila Lucy nampak senyuman di wajah Hanna,baru dia berani dia berterus terang.

" Okeylah.. I am sorry.Tapi kalau ko betul-betul kawan sy ko jangan marah sy arr..apa yang sy mao cakap ni.."

" Sy mana pandai marah ko.."

" Okey good! Sy minta ampun banyak-banyak sebab sudah kasi bocor rahsia kau sama Andrian.."

" Maksud?''

Jantung Hanna tiba-tiba berdegup kencang.Rahsia apa yang Lucy maksudkan.Bulat matanya tinggu Lucy.

"Kau jangan bilang sy yang ko sudah kasitau Andrian sy sayang dia!!!"

" Hishh mengarutlah,sy nda masuk campur hal kamurang.Sy cuma bagi alamat rumah sy sama dia, dia merayu Hanna.Sy pun nda tahu lagi mao cakap apa sama dia."

Hanna tarik nafas lega! Syukur rahsia hatinya masih tersimpan kemas.

Hanna nda cakap apa-apa.Sebab dia tahu Lucy cepat kesian kalau kena rayu begitu.Dia Senyum saja.

Dia tahu Andrian akan datang untuk minta maaf saja!

************************

" Lucy...please tolonglah bagi alamat rumah ko?'' Rayu Andrian sama Lucy.

" Untuk apa? Hanna nda mahu jumpa ko lagi bah.."

" Sy tahu tapi untuk kali ni saja sy mesti jumpa dia.."

" Buat apa? Dia bilang dia nda mao lagi berlakon pura-pura bercinta sama kau lagi,dia nda mao ganggu ko sama Anatasia"

" Lucy..please! sy merayu..lepas sy sudah jumpa dia dan cakap apa yang sy mao cakap sy janji nda ganggu dia lagi.."Rayu Andrian lagi.

" Eh sy nda faham lah kamurang dua ni! yang betulnya apa bah sebenarnya yang terjadi? Hanna cakap macam ni,ko cakap macam itu...hishhh sy pula yang pening...!! Ok lah nanti sy send alamat..tapi kalau Hanna sedih lagi sy tumbuk ko sana ..."

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now