Dress yang bewarna merah jambu lembut paras lutut yang tersarung di badannya ditilik menggunakan pantulan cermin dibiliknya. Rasa sedih mula bertandang di hati. Tapi perasaan itu cepat cepat ditempis oleh Haeun. Dia perlu memberi senyuman kepada semua orang di majlis perkahwinan Baekhyun. Barang barang untuk ke luar negara sudah tersusun elok didalam kereta. Mungkin majlis itu lambat selesai, jadi dia boleh ke lapangan terbang terus.Jam tangan miliknya ditilik. Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Sengaja dia bersiap lambat kerana tidak mahu melihat pengantin itu bercium di depan orang ramai usai paderi mengatakan bahawa mereka sah menjadi suami isteri. Majlis itu sudah berlangsung pada pukul 1 jadi sudah tentu dia tidak perlu melihat adegan yang menjijikkan itu. Sungguh dia tidak suka melihat pasangan yang cium mahupun berpeluk sesama sendiri.
"Haeun. Dah lama ke sampai? Kenapa tak call omma ?" Puan Kim terus memegang bahu anaknya. Senyuman pendek sahaja yang diberikan.
"Baru je sampai tadi. " Mata Haeun masih lagi meliar memerhati keadaan di sekeliling dewan ini.
"Haeun pergi lah duduk dulu.Omma nak pergi tengok bakal pengantin kejap ni. Nanti omma datang balik. Dah lah kamu datang lewat. Kejap lagi kamu ke fitting room okay? Jangan lama lama duduk dekat sini." Ommanya mula melangkah meninggalkan Haeun keseorangan disini. Nampaknya omma lebih pentingkan anak orang lain daripada aku.
Kakinya mula diatur menuju ke sekitar dewan. Aiskrim strawberi di ambil dan dimakan perlahan lahan. Malas rasanya nak ke fittimg room. Yelah pakaiannya sudah cantik jadi buat apa lagi pergi ke sana. Mesti Yoona dengan Baekhyun pun ada dekat sana kan? Lagi lah malas nak pergi. Tiba tiba ada seorang perempuan yang cantik melanggarnya sehingga dia jatuh ke lantai. Aiskrim? Sudah selamat mendarat di atas bajunya yang cantik. Baju aku!💔
"Maaf..." Ucap perempuan itu lalu pergi meninggalnya. Kalau ya pun tolonglah aku. Tapi kenapa muka perempuan tu nampak macam Yoona hah? Takkan lah Yoona nak lari?. Bisik hati Haeun. Dapat Haeun lihat yang perempuan itu sedan menangis.
"Haeun! Kau okay tak ni?" Baekhyun terus berlari ke arah Haeun dan mengangkatnya secara perlahan.
Kenapalah mesti dia hah? Tak de orang lain dah ke?!
"Baju kau dah kotor ni. Jom aku bawa kau pergi fitting room. Takkanlah kau nak pakai baju macam ni kan?" Baekhyun mula memimpin tangan Haeun supaya tidak jatuh. Baekhyun menarik tangan Haeun supaya berjalan dengan lebih cepat.
"Sakit. Baik tak payah pegang tangan aku ,kalau kau nak tarik macam tu" Haeun menarik tangannya daripada Baekhyun. Dia berjalan sambil memegang dinding supaya tidak terjatuh. Kakinya pula seperti ditusuk dengan 200 jarum setiap kali dia bergerak. Sakit.
"Kau ni aku nak tolong kau tak nak. Dah lah kau jalan macam orang tempang. Kau tahu tak yang kau tu menarik perhatian orang lain. Kau tengok lah semua orang tengah berbisik macam aku ni jahat sangat sebab tak tolong kau. Padahal kau yang taknak. Dah lah ni majlis aku. "
Haeun hanya kaku di tempatnya. Wahhh, betul kata kata Baekhyun tu. Sekarang ni semua orang memandangnya dan Baekhyun. Ada juga diantaranya yang berbisik sesama sendiri. Tidak pasti itu negatif atau positif. Baekhyun berjalan menuju ke arah Haeun dengan wajah yang dingin. Malu mungkin. Tubuh Haeun dicempung sebelum Baekhyun membawanya ke fitting room. Ramai diantara tetamu yang dijemput ke majlis itu bersorak melihat adegan itu. Haeun terdiam. Pipi sudah jelas bewarna merah. Matanya hanya memerhati wajah Baekhyun itu.
Baekhyun meletakkan Haeun secara lembut di sofa. Beberapa helai baju pengantin diambil dan diletakkan di atas peha Haeun.
"Maaf sebab tadi Baek tertengking Hae. Hae pakailah baju tu, nanti kalau dah siap Hae call Baek okay? Baek nak pergi jumpa omma Hae kejap." Langkah di ambil sebelum Baekhyun hilang di sebalik pintu itu.
"Ehh ehh kau Baekhyun. Dah lah kau tengking aku depan orang ramai. Kau ingat aku ni tak de perasaan ke? Malu tau muka aku ni. Lepas tu cakap 'Maaf sebab tadi Baek tertengking Hae.' . Kau ingat panggilan Baek dengan Hae tu sweeeeeeet ke? Tak langsung! Sekarang ni kau suruh aku pakai baju pengantin ni? Giler ke? Macam lah aku yang kahwin dengan kau sampai kena pakai baju macam tu. Nanti apa yang orang kata kalau aku pakai baju pengantin tu last last kau kahwin dengan Yoona. Wahhhh hebat betul permainan kau Baekhyun. Mentang mentanglah kau tahu yang aku ni sukakan kau , tak bermaksud yang aku percayakan kau sepenuhnya dan tak bermaksud juga yang kau boleh permainkan aku. "
"Tak bukan macam tu. Memang ini majlis kita berdua. Aku akan kahwin dengan kau bukan Yoona."
___
HAEUN'S POV
Aku tak sangka yang hari ni adalah hari perkahwinan aku dengan dia. Byun Baekhyun. Bukan ke Baekhyun berancang nak kahwin dengan Yoona ? Lepas tu kenapa aku pulak yang tetiba berkahwin dengan Baekhyun ni? Kenapa omma macam tak kesah aje aku kahwin dengan Baekhyun? Apa semua ni?
"Haeun. Kenapa muka masam macam ni? Apa yang tetamu akan cakap kalau muka Haeun macam tu. Macam... kena kahwin paksa pun ada. " Omma mengusap lembut kepala aku. Tiara yang berada di kepala aku dibetulkan.Omma . Memang lah Haeun kena kahwin paksa pun. Tapi bukan kahwin secara paksa tapi terpaksa. Apa pelik sangat ayat tu. Jelaslah disini yang aku kahwin dengan Baekhyun secara terpaksa tanpa paksaan daripada omma tetapi ada paksaan daripada Baekhyun. Ahh abaikan ayat tu. Tapi bila aku tengok dekat banner ni memang nama aku dengan Baekhyun pun. Jadi apakah semua ini? Aku tersenyum pendek walaupun aku tahu yang senyuman itu sememangnya langsung tidak ikhlas. Bak kata orang 'FAKE SMILE'. Saja nak suruh omma tak kata bukan bukan.
"Omma..kenapa Haeun kena kahwin dengan Baekhyun . Bukan hari ni majlis perkahwinan antara Baekhyun dengan Yoona ke? " Langsung wajah omma berubah. Senyuman di bibirnya mulai pudar.
Salah ke aku tanya macam tu?
Salah ke kalau aku nak tahu perkara sebenar?
Boleh tak jangan nak seksa aku dengan penipuan yang berlaku sekarang ni.
Aku berhak tahu segalanya. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sekarang ni.
Antara gembira sebab dapat kahwin dengan orang yang aku cintakan ini
ataupun....
Sedih sebab menghancurkan kebahagiaan orang lain.
Mana satu yang betul?
"Dia jodoh kamu Haeun. " Omma pergi selepas mengeluarkan ayat yang mengandungi 4 patah perkataan dan17 huruf itu. Ayat ni simple tapi membawa seribu makna sampai aku sendiri pun tak faham dengan ayat tu. Boleh tak tolong bagitau aku apa maksudnya? Kenapa otak aku lemah sangat sampai ayat macam ni aku tak faham. Aku pasti dia bukan jodoh aku. Walaupun dia tu crush aku. Tapi semua tu langsung tak menjamin apa apa.
Dia takkan bahagia dengan aku......
Percayalah....
TBC
Ouhhh Yeahhhh!😀
YOU ARE READING
YOU ARE MY EVERYTHING • BBH •
Fanfiction"Kata kata itu satu doa lah sayang. " "Dah tu hari hari saya akan minta cerai supaya semuanya menjadi kenyataan. "