Assalamualaikum semua
Nak jadi penulis yang baik? Jawapan dia mudah je. Kita kenalah jadi pembaca yang baik dahulu. Maksudnya dekat sini kalau kita nak jadi seorang penulis yang mampu menulis sebuah karya yang berkualiti, dari segi penulisan, dari segi jalan cerita dan juga penceritaan, maka kita kenalah rajin-rajin membaca karya penulis lain.
Membaca bukan bermaksud kita meniru atau mencuri idea penulis di dalam karya tersebut, tetapi dengan membaca karya-karya penulis lain, minda kita ni akan lebih berkembang dan secara tidak langsung kita akan belajar macam mana nak menulis sebuah karya dengan baik. Dari karya itu kita akan belajar cara penggunaan bahasa yang digunakan, cara cerita disampaikan malah perkara-perkara lain yang penting dalam aspek penulisan.
Karya pertama kita mungkin tidak lah sebagus karya penulis yang sudah berpengalaman, tapi itulah proses pembelajaran. Tak siapa mampu membawa basikal dengan sekali cubaan, pasti sebelum berjaya sudah banyak luka yang terkesan di badannya. Begitulah juga dalam dunia penulisan ini. Teruskan belajar dan memperbaiki penulisan sehingga karya yang kita hasilkan itu mampu membuatkan pembaca kita merasa puas membacanya.
Malas nak membaca?
Terpulang lah. Tak ada siapa pun yang paksa kita untuk jadi seorang penulis yang baik. Tapi ingat, bila mana kita mampu memuaskan hati pembaca kita dengan karya yang kita hasilkan, itulah sumber kepuasan seorang penulis. Dan walaupun wattpad ni nampak macam platform untuk kita saja-saja je menulis, tapi alang-alang tu ambil lah kesempatan ni untuk belajar dan kembangkan lagi minat kita ni. Siapa tahu sebenarnya kita ada bakat untuk jadi penulis kan?
Good luck!
YOU ARE READING
Tips & Review Penulisan
RandomBukan lah seorang yang pakar dalam bidang penulisan, masih lagi bertatih dan cuba berdiri di atas karya sendiri. Juga masih lagi berjinak-jinak dan belajar untuk terus memperbaiki hasil penulisan. Tapi aku percaya bahawa setiap orang pasti mempunyai...