Review 1: Projek T.U.H.A.N

553 58 5
                                    

Tajuk Karya: Projek T

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tajuk Karya: Projek T.U.H.A.N

Penulis: @Qalam_Iq

Genre: Science Fiction

Status: On Going

Hasil Penilaian

Keaslian Karya: ⭐️⭐️⭐️

Tatabahasa: ⭐️⭐️⭐️

Gaya Penceritaan: ⭐️⭐️

Keseluruhan: ⭐️⭐️⭐️

GAMBARAN KESELURUHAN KARYA

Walaupun sejujurnya aku bukan lah salah seorang peminat bagi genre Science Fiction, tapi karya Projek T.U.H.A.N ni pada aku memiliki sesuatu yang menarik dan dah berjaya buat aku untuk nak tahu dengan lebih lanjut apa yang akan terjadi dalam bab seterusnya. Mungkin kerana bahasa yang digunakan agak mudah difahami dan agak straight forward malah gaya penceritaan jugak menunjukkan bahawa penulis telah banyak membaca karya-karya lain sebelum dia mula menulis cerita ini membuatkan aku tertarik untuk terus membaca.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang aku perasan boleh diperbaiki di dalam karya ini. Antaranya:

1. Perbaiki gaya penceritaan

Perkara pertama yang terus terlintas di dalam fikiran aku bila mula membaca cerita ni ialah gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam menterjemahkan idea beliau di dalam karya ni. Aku boleh nampak idea yang cuba disampaikan sebab penulis seorang yang straight forward, tapi lagi menarik kalau penulis dapat mewarnakan lagi gaya penulisan tu supaya pembaca merasa lebih teruja untuk terus membaca.

Contohnya dalam nak menghuraikan sesuatu situasi atau sesuatu tempat, cuba jelaskan dengan lebih terperinci dan dengan lebih dramatik. Dengan cara ni, imaginasi pembaca akan memainkan peranan dan membuatkan mereka merasa seolah-olah mereka turut berada di kawasan itu.

2. Tatabahasa

Aku tahu penulis seorang yang banyak membaca sebab gaya penulisan dia agak bagus. Tapi kalau perasan masih ada lagi beberapa kesalahan tatabahasa yang dilakukan mungkin secara tak sengaja. Aku bukanlah Cikgu Bahasa Melayu yang mencari kesalahan dalam tatabahasa ni, tapi kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh penulis sedikit sebanyak mengganggu aku semasa membaca. Walaupun tak adalah teruk sangat, tapi aku harap @Qalam_Iq dapat belajar lagi dan memperbaiki penulisan di masa akan datang.

3. Penggunaan Istilah Saintifik

Ini antara perkara yang harus diambil berat oleh setiap penulis, tak kiralah dalam genre apa pun. Penggunaan istilah haruslah tepat lagi-lagi bila mana melibatkan fakta dan juga sesuatu yang sudah disaintifikkan. Kalau tulis cerita hantu, maka istilah yang digunakan mestilah berkaitan dengan cerita hantu.

Begitu jugak dengan penulisan dalam menggambarkan sesuatu perkara. Kalau nak cerita tentang cara-cara membuat kek contohnya, istilah mestilah betul. Sebab kalau tak betul, pembaca akan merasa bosan malah mungkin akan menegur penulis semula. Bukan nya tak boleh ditegur, tapi orang kata buat sesuatu tu biarlah sempurna kan?

Karya Projek T.U.H.A.N ni merupakan sebuah karya Science Fiction, maka istilah yang digunakan jugak mestilah saintifik. Pada aku, penulis boleh buat kajian yang lebih lagi tentang istilah-istilah yang sering digunakan oleh penulis lain semasa menulis karya bergenre kan Science Fiction ni. Mungkin sekiranya penggunaan istilah saintifik banyak diselitkan di dalam karya ini, jalan cerita dan gaya penceritaan akan menjadi lebih menarik dan pembaca akan merasa seronok untuk terus mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya.

4. Keaslian Karya

Seperti yang semua tahu, banyak dah karya-karya dari dalam dan luar negara yang berkisarkan tentang survival, zombie dan apocalypse ni. Jadi antara perkara yang paling susah nak dilakukan ialah untuk memastikan karya kita ni tak disamakan atau dianggap sebagai karya klon kepada karya-karya lain yang ada di dalam pasaran.

Kerana itu penulis kena bijak dalam merancang plot dan perlu juga kreatif dalam menulis jalan cerita dan menggambarkan situasi kerana hanya dengan perkara ini sahajalah pembaca tidak akan membandingkan cerita kita dengan cerita yang sedia ada. Memang akan ada perkara yang tidak boleh kita elakkan, namun cara kita menggambarkan sesuatu perkara atau situasi itu pasti mampu membawa pembaca lari dari kebiasaan.

Dan kalau boleh pastikan apa yang kita tulis ni seboleh-bolehnya tidak dipengaruhi oleh apa yang pernah kita baca atau kita tonton dalam karya penulis lain. Sebab kalau kita tulis perkara yang pernah kita baca, baik kita copy je penulisan dia tu hahaha.

KESIMPULAN

Pada aku, seorang penulis yang banyak membaca akan mempunyai masa depan yang cukup cerah di dalam bidang penulisan. Bila kita banyak membaca, hasil karya kita juga akan menjadi lebih matang, malah gaya penulisan kita juga akan menjadi lebih menarik berbanding dengan hasil penulisan mereka-mereka yang tidak gemar membaca.

Untuk @Qalam_Iq teruskan berusaha dan jangan mengalah. Karya Projek T.U.H.A.N ni menarik sebenarnya dan kalau boleh tu explore jugak lah genre-genre lain supaya kita tidak lah dilebelkan sebagai seorang penulis yang tak versatile kan. Haha. Dan kau kena pastikan yang kau kena banyak membaca kalau nak menulis genre Science Ficition ni sebab kalau kau tak banyak membaca, karya kau tak akan ke mana malah pembaca akan mula bosan dengan apa yang kau sajikan.

Aku doakan yang baik-baik and good luck and keep writing ye! Semoga terus berjaya di masa hadapan.

-Aremieroul Akim

Tips & Review PenulisanWhere stories live. Discover now