Tips 2: Imaginasi

623 86 8
                                    

Assalamualaikum wbt semua

Tips ke 2 untuk kali ni ialah berkaitan dengan imaginasi. Yup, imaginasi yang tinggi sebenarnya akan membantu penulis untuk menulis sebuah cerita dengan lebih baik. Malah membantu penulis untuk mendecribe situasi atau suasana cerita tersebut dengan lebih baik. 

Tak kisahlah dalam cerita seram ke, cerita cinta ke, malah cerita psycho sendiri pun memerlukan imaginasi penulis yang tinggi supaya cerita yang ditulis itu nampak hidup dan penceritaan akan menjadi lebih menarik. Tanpa imaginasi yang tinggi, cerita mungkin tidak akan menjadi lebih menarik. Malahmenjadi sekadar sebuah penceritaan yang lurus.

Imaginasi yang tinggi juga akan membantu penulis untuk membawa pembaca bersama dengan penulis ke dalam cerita tersebut. Malah dengan imaginasi yang tinggi, penulis seolah-oleh berada di dalam cerita tersebut melihat segala yang berlaku kerana hidupnya watak dan jugak suasana penceritaan tersebut. 

Sebab tu kalau perasan, karya yang bagus mampu membuatkan pembaca merasa perasaan yang sama dengan apa yang penulis cuba sampaikan. Sekiranya babak itu melibatkan hantu, pembaca akan merasa takut. Sekiranya babak itu melibatkan perasaan cinta, pembaca akan merasa teruja. Malah sekiranya babak itu melibatkan perasaan sedih, pembaca karya tersebut mampu untuk mengalirkan air mata mereka melalui pembacaan itu. 

Kerana apa? Kerana imaginasi tinggi penulis dalam mendescribe suasana dan situasi yang terjadi di dalam cerita tersebut.

Jadi nak ada imaginasi yang tinggi bila menulis? Kena berbalik kepada tips yang pertama iaitu kena banyak membaca. Yup, dengan banyak membaca minda kita akan lebih luas terbuka malah akan menerima pelbagai maklumat baru yang mungkin boleh kita gabungkan dan luahkan di dalam karya kita nanti. InsyaAllah.

Good luck penulis semua! Teruskan berusaha ye! :D

Tips & Review PenulisanWhere stories live. Discover now