Prolog

6.6K 120 16
                                    

"Pak.. Tolong Pak.. Jangan jual Rina.. Rina tak nak." Tangis Afrina sambil melutut dikaki bapaknya. Kaki bapaknya digoncang-goncang. Air mata terus menerus menitis, membasahi wajahnya.

Sebaik Pak Kassim memberitahu dia tadi yang dia perlu bersiap-siap dan pergi ke kelab malam, dia terus melutut dan merayu. Mana mungkin dia abaikan didikan agama emaknya sepanjang hidupnya. Walaupun dia tidak bertudung tetapi dia masih tahu hukum hakam, halal dan haram. 

"Bapak dah tak ada jalan lain Rina. Ah Meng tu selalu ugut bapak. Rina nak ke bapak mati kena bunuh??" Soal Pak Kassim kasar. 

Hanya itu jalan yang dia nampak sekarang. Dia terpaksa jual anak daranya sendiri untuk melangsaikan hutang yang semakin menimbun.

Laju Afrina menggeleng. Ya, dia sayangkan bapaknya. Walaupun bapaknya itu seorang kaki judi, seorang kaki botol tetapi dia tidak kisah. Yang dia tahu bapaknya itulah satu-satu darah dagingnya di dunia ini.

"Rina akan cuba cari jalan langsaikan hutang bapak. Rina janji."

"Kau ingat hutang aku tu seratus ringgit?" Sinis kata-kata Pak Kassim.

"Seratus ribu Rina. Seratus Ribu." Ditekan perkataan seratus ribu. Nafas dihela panjang sebelum duduk mencangkung memandang wajah sembap anak daranya.

"Rina kena tolong bapak. Kalau Rina setuju, hutang bapak semua lang.."

"Rina tak nak!!" Cantas Afrina laju. Mati kata-kata Pak Kassim sebentar tadi. 

Mata Afrina menentang mata Pak Kassim. Sia-sia air matanya mengalir dari tadi bila bapaknya langsung tak fikirkan tentang dia. Sungguh dia kecewa.

"Kau jangan nak derhaka dengan aku, Rina!!" Jerkah Pak Kassim.

"Bapak fikir saya punya derhaka, habis tu bapak punya kejam bapak tak fikir? Bapak apa yang sanggup jual anak sendiri?" Sindir Afrina satu das membuatkan Pak Kassim terdiam. 

Selama ini memang dia patuh segala arahan bapaknya. Tetapi hari ini permintaan bapaknya agak melampau. Dia sudah tidak tahan lagi.

"Rina bukan pelacur!! Rina takkan jual maruah Rina!!" Tegas Afrina.

"Huh!" Pak Kassim tersenyum. Sinis dan jelik di mata Afrina.

"Aku nak tengok juga sampai takat mana kau nak junjung maruah kau tu. Zaman sekarang ni duit saja yang penting. Kau tak berduit, maruah kau pun orang pijak-pijak." Kata Pak Kassim seraya bangun dari mencangkung di sisi anaknya. 

"Kau tu dahlah anak dara lanjut usia. Tak laku! Jantan mana nakkan kau? Rupa tak lawa. Badan pulak bulat. Harapkan kulit je putih.." Sempat Pak Kassim memerli anaknya sendiri. 

Tiada langsung riak simpati pada anaknya yang membela dia selama ini. Hidup mereka hanya bergantung pada gaji Afrina yang tak seberapa sebagai kerani. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kaki diatur laju keluar dari rumah. Ditinggalkan anaknya sendirian tanpa peneman di rumah seperti tiap-tiap malam sebelumnya. Dia perlukan sesuatu. Sesuatu yang boleh menghilangkan gelisahnya. Apa lagi kalau bukan air kencing syaitan.

Afrina diam membisu. Matanya kabur lagi dengan air mata. Kelibat bapaknya pula sudah menghilang di sebalik daun pintu rumahnya yang sudah usang. Sakit bila mendengar kata-kata kesat dari mulut bapaknya sendiri. Tetapi itulah kenyataan yang dia perlu sedar. Sampai sekarang dia masih bertemu jodoh walaupun umurnya sudah menginjak ke angkat tiga puluhan.

"Maruah Rina hanya untuk suami Rina pak. Rina akan pastikan.." Gumam Afrina walaupun dia tahu bapaknya tidak mendengar. Yakin yang jodohnya tetap akan sampai walaupun lambat dari teman-teman lain.

Nafas ditarik panjang.

"Mak.. Rina rindu mak.." Air mata Afrina menitis buat sekian kalinya.

Hampir 5 tahun emaknya sudah 'pergi'. Tetapi dia tetap terasa kehadiran emaknya. Emaknya seorang perempuan yang tabah dan sabar. Sabar dengan layanan buruk bapaknya. Tabah bila dicaci dan dimaki bapaknya. Kadang-kadang dia sendiri pelik dengan emaknya, mana emaknya mendapat kekuatan sebegitu. Sedangkan dia, dalam masa lima tahun ni hampir 5 kali dia berura-ura mahu lari dari rumah dan tinggalkan bapaknya.

"Ya Allah.. bantulah hambamu yang lemah ini."

****

"Hey bro.. Awal kau malam ni?" Tegur seorang lelaki berjaket kulit hitam, berambut perang pada kawannya yang duduk di kerusi sambil meneguk air coke.

"Saja." Jawab Tengku Izhan Farish sepatah.

"Bad mood ke? Nak try new slave? Fresh dari ladang ni." Tangannya memaut bahu seorang perempuan yang agak seksi. Kening diangkat-angkat dengan senyum nipis di bibir.

Farish merenung perempuan yang diperkenalkan Awal dari atas ke bawah. Tersangat seksi. Baju dengan bukaan dada yang luas dan skirt pendek paras atas peha. Make up pun menakutkan. Dia tak minat. 

"Hurmm.. not bad. Tapi.. bukan taste aku."

"Bukan taste kau? Sejak bila bro? Setahu aku, kau pantang dengan perempuan ni. Semua kau sondol je." Awal ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.

"Aku sondol kalau yang datang tu tutup sikit-sikit. Ada part jugak aku nak explore. Ni tengok sekali imbas je aku dah boleh tahu yang kat dalam tu macam mana. Tak terliur aku." Jawab Farish selamba.

"You!!" Jerit perempuan yang berada di sisi Awal. Bibirnya dimuncungkan ke depan. Kaki dihentak-hentak ke lantai. Tanda protes dengan kutukan Farish.

Farish tersenyum mengejek.

"Haa.. kau tengok. Bila muncung macam tu, lagi aku menyampah. Macam tu nak suruh aku sondol? Huh! Memang tak lah." Kepala digeleng pula.

"Aku chow dululah." Punggung diangkat dari kerusi yang diduduki. Bahu Awal ditepuk perlahan. Bibir dirapatkan ke telinga Awal.

"Kau jelah sondoh minah opera cina tu." Bisik Farish dan berlalu meninggalkan Awal.

Entah kenapa sudah hampir seminggu dia tidak bermalam dengan mana-mana perempuan. Sedangkan sebelum ini, setiap malam tidurnya ditemani perempuan yang berlainan. Perempuan yang dia nak pasti dia akan dapatkan. Tapi tidak sekarang, keinginan itu seperti berkurangan. Dia sendiri tidak tahu puncanya. 

Kereta Lexusnya yang diparking betul-betul di hadapan kelab malam Zouk dihampiri. Dia sudah menjadi pengunjung setia Kelab Malam Zouk hampir 10 tahun lepas. Sejak hidupnya terumbang ambing tanpa hala tuju. Di situlah dia berkenalan dengan Awal dan menjadi Farish yang seperti sekarang. Seorang lelaki yang tiada perasaan dan kejam. Dia juga diberi gelaran lelaki durjana oleh Awal dan Naim.


✴✴✴✴✴✴

CERITA NI AKAN DIBUKUKAN JUGA..

UNTUK PBAKL 2018 BULAN 4.. 

SY AKAN POST DALAM WATTPAD SETAKAT CHAPTER 16 SAJA.. 

HARAP MAKLUM

Dia lelaki durjana ( sudah terbit)Where stories live. Discover now