Bab 4

5.6K 83 7
                                    

Tubuh Afrina ditolak rebah ke atas katil. Tubuh kekarnya pula naik menindih tubuh genit Afrina. Baju Afrina dikoyak dan direntap kuat sebelum dilempar ke sebarangan.

"Jangan Tengku.. Jangan.." Afrina meronta lagi. Tangan menolak dada bidang Farish yang tidak berbaju. Kaki dia juga tidak duduk diam, menendang. Tetapi sikit pun tidak mengena. Sakit di kaki tidak lagi dihiraukan. Yang penting dia perlu pertahankan mahkotanya dari diragut.

"Tolong!!! Tolong!!!" Afrina menjerit. Dia sudah kehabisan tenaga. Penat meronta dan menendang tetapi tenaganya tidak mampu mengatasi tenaga lelaki seperti Farish.

Farish tayang sengih. Mengejek. Badan Afrina yang terdedah di bawahnya direnung dengan penuh nafsu. Skirt Afrina pula dilorot kasar ke bawah. 

Tangannya naik menekan kuat tangan Afrina ke atas tilam, menghentikan rontaan Afrina. Kaki Afrina juga tidak mampu bergerak lagi bila Farish duduk di atas pehanya.

"Woww.." Makin lebar sengihan Farish. Afrina sudah terdiam kaku di bawahnya.

Afrina cuba menutup badannya yang terdedah. Air mata semakin deras membasahi wajahnya. Sungguh dia tidak rela disentuh tanpa ikatan yang sah. Dia bukan barang yang boleh dijual untuk melunaskan hutang bapaknya.

"Tolong Tengku.." Rayu Afrina lagi. Wajahnya dipalingkan ke sisi bila bibir Farish merayap ke batang lehernya. Sentuhan tangan Farish membuatkan dia terasa jijik dan geli.

"Hurmm.. just enjoy this." Gumam Farish serak. Tangannya pula meliar merayap ke segenap inci tubuh Afrina.

"Shit!! Apa ni? Kau datang bulan? Kenapa tak cakap awal-awal??" Bentak Farish tiba-tiba. Nafsunya yang melonjak tadi terus surut bila tangannya tersentuh sesuatu di bahagian bawah perut Afrina.

"Errkk.. Tengku.. tak.. tanya." Teresak-esak suara Afrina menjawab. Air matanya terus-terusan mengalir sedari tadi. Tidak kunjung henti kerana takutkan Farish yang kelihatan seperti singa buas. Lebih-lebih lagi bila mata Farish merenung tajam tubuhnya yang hanya dilitupi dua cebisan kain kecil. 

"Bodoh!!" 

Lantas badannya yang menindih badan genit Afrina bangkit.

"Kali ni kau lepas. Tapi.. lain kali, kau jangan harap.!!" Rambutnya yang terjuntai ke depan diraup kasar ke belakang. Kaki diayun laju keluar dari bilik. Panas dan berbahang dirasakan biliknya sekarang. Dia perlukan rokok untuk tenangkan jiwa lelakinya. Hajatnya tidak kesampaian.

Afrina menghembus nafas lega sebaik kelibat Farish hilang dari pandangan mata. Baju dan skirtnya yang berselerak di atas lantai dikutip. Air mata yang masih menitis diseka dengan hujung jari.

"Terima kasih Ya Allah.."



Farish termenung panjang di satu sudut tepi balkoni dari dalam bilik tidurnya. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. 

Sebelah tangannya yang memegang mug berisi air kopi pekat kegemarannya diangkat dan disua ke hujung bibir. Dicicip perlahan, panasnya masih bersisa.

Fikirannya terus menerawang jauh teringatkan tragedi hitam dalam hidupnya. Tragedi 10 tahun lepas. Kejadian di mana hari papanya membunuh diri.

10 tahun lepas..

"Papa.. Kenapa ni papa?" Soal Farish yang baru pulang dari kuliah. Pelik bila melihat papanya termenung di atas sofa di ruang tamu. Wajah papanya keruh seperti dilanda masalah teruk.

"Ibu.. Ibu dah tinggalkan papa. Dia lari dengan jantan lain. Ibu kau tu.. tak guna! Tak guna, Farish.!!" Luah Tan Sri Tengku Shamsuri sebak. Setitis demi setitis air matanya menitis di wajah tuanya. 

Dia lelaki durjana ( sudah terbit)Where stories live. Discover now