"Kau apa kena ni Rina? Tu kaki tu berdarah. Muka pulak macam tak mandi dengan matanya bengkak." Tegur Pak Kassim sebaik Afrina melangkah masuk ke dalam rumah. Teralih tumpuannya dari televisyen. Pelik melihat anak daranya tidak terurus seperti biasa.
Afrina duduk di atas kerusi kayu bersebelahan bapaknya tanpa menjawab soalan yang diutarakan bapaknya tadi. Letih melarikan diri dari Farish. Kakinya diangkat dan diletakkan di atas meja kopi. Kaki yang mula membengkak itu digosok-gosok dengan jari. Sakit.
Dia cukup bernasib baik tadi. Terjun sahaja dari tingkat satu banglo Farish, dia terus berlari keluar dari kawasan rumah Farish. Belum jauh dia berlari, teksi berhenti dan memberi dia tumpang.
Nafas ditarik panjang. Matanya merenung tajam wajah tua bapaknya.
"Ehh.. aku tanya kau tak jawab. Yang kau tengok aku macam nak telan ni kenapa Rina?" Soal Pak Kassim dengan kening berkerut.
"Bapak dah ada duit ke nak bayar hutang?" Soalan Pak Kassim turut dibalas soalan.
"Yang kau sibuk-sibuk tanya pasal hutang aku kenapa? Selama ni kau jugak yang tak mahu ambik tahu. Kau demam ke Rina?" Kasar nada suara Pak Kassim. Mata kembali dihala ke televisyen yang terpasang. Memaparkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9.
"Bapak tahu tak, orang yang bapak berhutang tu dah cari Rina.! Bapak syok je kan tengok tv sambil minum kopi. Yang kena tanggung akibat perbuatan gila bapak tu Rina jugak.!" Hambur Afrina kesal.
Bertahun-tahun dia membela dan memberi wang saku kepada bapaknya tetapi sekarang dia rasa menyesal. Menyesal kerana selama ini dia butakan mata bila bapaknya suka berjudi.
"Hah? Siapa cari kau?"
"Aku.."
Pantas Afrina dan Pak Kassim menoleh serentak ke arah suara garau yang menjawab dari muka pintu.
Terpempan Afrina melihat lelaki betubuh tegap di depan pintu rumahnya sekarang. Tegak berdiri dengan senyum sinis di bibirnya. Lengkap diiringi konco-konconya kiri dan kanan yang hampir sepuluh orang.
"Pak.." Afrina menarik lengan bapaknya. Badannya disorokkan sedikit di belakang badan gempal bapaknya. Takut. Dia sudah melarikan diri dari Farish tadi. Dan kini dia sudah tiada tempat untuk melarikan diri lagi.
Plakk.. Plakk..
Farish menepuk tangannya. Senyuman pula tidak lekang dari wajahnya. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah kayu yang sudah usang. Dihampiri kerusi kayu yang diduduki Afrina dan bapaknya.
"Pandai kau boloskan diri dari aku kan?" Tubuh gempal Pak Kassim ditolak sehingga Pak Kassim hampir jatuh tersungkur dari kerusi. Lengan Afrina pula ditarik kuat.
Afrina meronta. Badannya dikeraskan.
"Owhh.. depan bapak kau, kau pandai nak melawan yer."
"Ehh.. apa ni? Korang semua nak apa dengan anak aku?" Soal Pak Kassim turut bangun berdiri. Mata mencerlung ke arah Farish.
"Whoa.. inilah orang tua tak sedar diri tu." Pipi berkedut Pak Kassim ditepuk-tepuk. Senyum senget tersungging di bibirnya.
Pak Kassim menepis.
"Kau hutang duit aku, kau tak bayar. Dan sebagai galang gantinya aku nak ambil anak kau." Tangan Farish naik mengelus perlahan pipi Afrina.
"Walaupun kau berisi sikit tapi sedap dipeluk." Bisik Farish. Selamba bibirnya didaratkan ke pipi Afrina pula.
"Ishh.. apa ni Tengku!!" Marah Afrina. Telapak tangannya diangkat tinggi ingin melayangkan penampar sulungnya ke wajah Farish tetapi dengan mudah Farish mengelak.
![](https://img.wattpad.com/cover/122440469-288-k963732.jpg)
YOU ARE READING
Dia lelaki durjana ( sudah terbit)
Ficțiune generalăTengku Izhan Farish.. Seorang lelaki kejam yang tidak tahu apa itu cinta, apa itu kasih sayang. Hidupnya penuh dengan dosa dan noda. Hidupnya tidak pernah mengenal apa itu syurga dan neraka. Yang dia tahu kehendaknya mesti dituruti dan perempuan pul...