Ketiga : hati tidak mengambil ikhtibar dengan pelbagai ujian dan maksiat yang didatangkan oleh Allah.
Firma Allah dalam Surah At-Taubah ayat ke-126 yang bermaksud ;
"Dan (patutkah)mereka (berdegil) tidak mahu memerhatikan bahawa mereka dicuba (dengan berbagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak juga mahu bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (insaf)."Keempat : hati tidak berasa takut dengan janji dan ancaman Allah.
Firman Allah dalam Surah Al-An'am ayat ke-43 yang bermaksud ;
"Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa (kepada kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab kami, tetapi (yang sebenarnya) hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan."