Oleh itu, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian supaya memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah dalam menjaga hati agar sentiasa dipelihara oleh Allah, antaranya:
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du ayat ke-28 bermaksud;
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."Kedua : menghadiri kelas atau majlis ilmu.
Hadia yang diriwayatkan oleh Imam Muslim;
ومن سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهل الله له به طريقاً إلى الجنة.
Ertinya: barangsiapa menempuh jalan mencari ilmu maka Allah mudahkan jalannya untuk ke Syurga.Ketiga : memperbanyak memperingati mati.
Zikrulmaut (mengingati mati) dapat menghalang dari perbuatan maksiat yang mendorong untuk berbuat ketaatan kepada Allah, kerana kematian merupakan pemutus sifat kelazatan. Apabila mengingati mati, akan melapangkan hati waktu sempit, dan memepersempit hati waktu lapang.~TAMAT~