Kelima : bertambah kecintaan kepada dunia melebihi Akhirat.
Seorang sahabat bernama Abdullah berkata ada dua golongan yang tidak pernah rasa kenyang iaitu pemilik ilmu dan pemilik dunia. Adapun pemilik ilmu semakin menambah kerelaan terhadap Ar-Rahman, dan pemilik dunia selalu melampaui batas (menambah kezaliman) kemudian Abdullah membaca ayat ke-6 Surah Al-'Alaq yang bermaksud;
"Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau sewajibnya).Keenam : bertambahnya perbuatan maksiat kepada Allah.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-10 yang bermaksud;
"Didalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan peroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya dengan azab mereka berdusta (mendustakan kebenaran)