Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain, Dia dengan halnya,
aku dengan hal aku, Namun kerana statusnya sebagai senior aku, terpaksa juga aku mengenali dirinya, Lisa itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yang terpahat di hati, aku tahu aku tak patut ada perasan macam ni setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami, Lisa seorang gadis yang simple sejuk mata memandang dah paling aku suka, dia tak pernah lekang dengan senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yang menbuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia. Lisa dan kila.***********
hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu lisa di cafe ada sesuatu yang ingin kuberi kepadanya, memandangkan hari lahirnya yang bakal menjelang aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan lisa sesuatu, hampir 5 minit kemudian lisa tiba dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"Assalamualaikum... Sorry ye awk saya ada hal tadi" dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.
Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajar lisa agak panik, diragu-ragu kepalanya yang tak gatal.
"Eh.. apa ni awak?"
Untuk awak lah... Saya kasi awak tengok lah suka ke tak. Dahi lisa berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, Lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
"Ya Allah..kila! ini jam hari tu kan?" "awak jam ni kan mahal Kalau awak guna duit tu untuk belanja kan lebih baik" Suka tak? Aku cuba menduga,
Itu lah jam tangan yang paling diminati lisa, Namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan lisa masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan untuk keluar bersama.Lisa menggangguk kecil."suka tapi kurang suka awak bazirkan duit untuk saya" Well jam ni untuk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan lah kila... Aku tersenyum memandang gelagat lisa, sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat katanya dia sudah rasa bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang. Keluarganya sederhana sahaja namun kaya dengan kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?
Awak, salah ke kalau saya hadiahkan something untuk awak? Lagipun sepanjang kita berkawan, Saya jarang kasi awak hadiah kan? Takpe lah, nanti birthday awak saya kasi lagi okay? "Habis saya selalu ke kasi awak hadiah?" Okay.. hadiah ni saya terima sebagai hadiah hari lahir saya, tapi saya tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga awak.." mata lisa memandangku. penuh makna. akhirnya aku mengalah di hadapannya, Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat lisa. sejak kebelakangan Ini kami jarang bertemu kerana lisa sudah berada di tahun akhir, banyak kerja yang perlu diuruskan jadi aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.....
To be continued...
YOU ARE READING
Senyuman terakhir [GirlxGirl]✔️
RomanceJodoh itu rahsia sekuat apa kita setia selama apa kita menunggu sekeras apa kita bersabar sejujur apa kita menerima si dia jika tidak tertulis jodoh kita tetap tidak akan bersamanya kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan...