Jodoh itu rahsia sekuat apa kita setia selama apa kita menunggu sekeras apa kita bersabar sejujur apa kita menerima si dia jika tidak tertulis jodoh kita tetap tidak akan bersamanya kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Selamat hari lahir nur valisa binti kamal..ni untuk awak ikhilas daripada saya. Sebuah bungkusan berbalut kemas aku serahkan kepada lisa.
Lisa memandangku agak serius. Aku tahu dia marahkan aku kerana melanggar perintanya supaya tidak memberikan hadiah lain. Entah mengapa, Aku betul-betul menghadiahkannya sebentuk cincin silver untuknya. Lisa masih seperti tadi, Tiada tanda-tanda untuk menghadiahkan senyumannya kepadaku seperti selalu.
Awak..saya ikhlas ni.. ni baru betul-betul birthday awak, hari tu hadiah kasih sayang je, Ambik lah awak, Aku cuba memujuk. Nampaknya pujukkanku berkesan apabila lisa sedikit tersenyum. "Saya dah cakap tak perlu hadiah lah awak" "Apa yang awak bagi selama ni pun dah cukup" Kasih sayang perhatian dan masa yang awak bagi kat saya selama ni pun dah cukup untuk saya" "hurm memang degil kan awak ni"
Aku hanya tersenyum padanya.
"Awak ingat saya nak biarkan awak je? Ni untuk awak Bukalah"
Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku, Aku terkejut namun setelah didesak lisa bungkusan itu bertukar tangan, Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya, Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan untuk lisa cuma lebih kecil saiznya, kubuka kotak itu, dan kali ini aku terharu, Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua cantik!
"Awak.." awak pakai lah..saya suka tengok awak happy, Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tengok awak sepanjang masa" kalau awak rindukan saya, tengok je gambar saya tu, Kalau saya pulak rindukan awak, hurm..saya nak buat apa ek?" aku ketawa. Lisa betul-betul pandai mengambil hati aku.
Kalau rindukan saya, awak senyumlah..."senyum?" Kenapa senyum? Dia bertanya hairan.
Aku tarik nafas dalam-dalam, Sebab senyuman awak tu saya boleh rasa setiap kali awak senyum, Saya tahulah awak rindukan saya okay?
"Hurm macam ni?" Lisa menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yang pernah aku lihat di wajar lisa, Tenang sekali Setiap kali aku melihatnya tersenyum
Tiba-tiba lisa menepuk dahinya "Saya tertinggal jam tangan tu dalam kereta lah awak.. Saya pergi ambik kejap ya? Mana boleh tak pakai hadiah special tu"
Ishh.. Tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi Kejap lagi eh? Aku cuba menghalangnya, Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu. Lisa berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku itu, Aku hanya mampu mengalah.