" Ibu,ibu...Ibu!!!! Ibu,tolong..jangan tinggalkan Leeya..Ibu..buka mata,tolong lah ibu? Demi Leeya.."Seorang gadis kecil meronta-ronta disebelah jenazah seorang wanita sambil para tetamu cuba menenangkannya. Seorang lelaki yang berpakaian kemeja,lagaknya seperti orang kaya mendekati gadis kecil itu. Dia menyentuh lembut bahu gadis tersebut, " Aleeya..bersabar la. Ibu mesti tak nak tengok Aleeya macam ni. Ibu selalu ajar Aleeya untuk jadi kuat kan? Tabah la demi ibu."
Ya,gadis kecil itu aku. Aku hanya berumur 12 tahun bila ibu pergi meniggalkan aku. Dan lelaki itu ialah Tengku Iskandar yang aku gelarkan sebagai papa sekarang. Tengku Iskandar merupakan kawan karib ibu sewaktu zaman persekolahan mereka. Dia mengambil aku saat aku kehilangan segalanya.
Dan bermulalah hidup aku di Kediaman mewah Tengku Iskandar. Ditemani oleh Tengku Izmeer yang telah ku angggap seperti abang kandungku. Disayangi oleh Tengku Raisha, anak bongsu persis puteri manja di kediaman mereka bak istana itu. Tapi...sejak hari pertama lagi,Tengku Azizah iaitu isteri papa melihat aku dengan penuh kebencian. Bila papa keluar bekerja,aku dilayan hina seperti pembantu.
Mak Mah la orang yang selalu menemaniku tika aku dipaksa melakukan kerja-kerja pembantu. Lama kelamaan,aku sudah terbiasa. Lagipun inilah yang orang kata, kehidupan menumpang. Kena la reti bersyukur.
" ALEEEEEEEYAAAAA! Kau dekat mana,huh?" Terdengar satu suara nyaring menjerit. Tengku Azizah.
" Ya,mama?" Kini aku sudah berumur 20 tahun. Dan tiada apa yang berubah,aku masih dibenci oleh Tengku Azizah.
" Siapa mama kau? Tolong jangan panggil aku mama. Geli tahu tak? Kau tu tak layak ada kat rumah ni pun. Dasar anak perempuan murahan!"
Pedih.
" Dah siap buatkan breakfast?" Dia menanya dengan lagak seperti tuan rumah. Aku mengangguk.
" Dah tu,apa lagi kau nak? Berambus la. Buat sakit mata aku je."
Aku tergesa-gesa mengambil buku dan beg galasku. Seperti biasa,selepas menyiapkan sarapan aku harus berjalan kaki ke kolej. Aku tidak dibenarkan makan bersama mereka. Papa,abang Iz dan Raisha tak mampu membantah kata-kata Tengku Azizah. Dan aku pun mengalah.
" Ouch.." Tanpa sedar, aku terlanggar Tengku Izmeer. Dia tersenyum mesra. Senyuman sama yang dia utuskan saat pertama kali papa perkenalkan aku. Abang Iz,dua tahun tua dari aku.
" Ah,ah ah..sakitnya abang. Sampai hati Leeya langgar insan lemah seperti abang ni?!" Dia tunjuk muka sedih. Aku menjelirkan lidah. Ceh,dia suka sangat kacau aku.
" Padan muka. Tulah lembik sangat." Aku membalas.
" Wuishh, mulut dia ni." Abang Iz berkata secara perlahan.
" Ehem ehem..dah puas berasmaradana? Iz,pergi sarapan sekarang. Dan kamu,tak reti nak pergi kolej ke? Suami aku bayar mahal bukan untuk kau buat sesukahati,faham?" Tengku Azizah menyindir.
Aku bergegas keluar tapi dihalang oleh kehadiran papa.
" Jom papa hantarkan?"
Tengku Azizah memberikan jelingan maut. Aku terdiam.
" Takpe la,papa. Leeya boleh pergi sendiri. Anyways,thanks for that offer! Assalamualaikum, papa!" Aku berlakon ceria dan berlari-lari anak. Sungguh aku tidak mahu jadi punca pergaduhan mereka.
Ketika aku berjalan kaki,kereta BMW black yang dipandu oleh Pak salleh meluncur laju di sebelahku. Pak Salleh menghantar Raisha ke sekolah. Untungnya jadi Raisha,segala-galanya tersedia untuk dia.
Ish,kau ni. Kenapa nak bandingkan kau dan Raisha? Dia tu anak orang kaya,kau tu menumpang. Sila sedar diri.
Aku tergelak kecil.
" Ha,berangan la tu!" Seseorang menyapa aku,tangan nya pantas terletak kemas di bahuku.
" Ish,kau ni. Mana ada." Aku memalingkan muka,dan tersenyum.
Meor Amran.
Kawan baik aku sejak dari dulu lagi. Walaupun hidup aku ni kesian tapi dia lagi lagi lagi la kesian. Anak yatim piatu. Dari kecik lagi dah bekerja,sara diri sendiri. Tapi aku suka sikap dia.
Sentiasa baik dengan orang,sopan santun,gigih bekerja. Pandai pulak tu.
Sebenarnya,aku dah lama suka dia. Suka lebih dari kawan biasa.
Adoii...!
" Jom lumba lari nak?" Amran mengajak. Gila ke budak ni? Tapi macam best.
" Jom! Siapa kalah,belanja makan!" Aku pecut.
" Woiiii,main tipu!" Dia mengejar dari belakang.
Aku tergelak sambil menyakat dia yang jauh nau ketinggalan.
Kesimpulannya,mestilah aku juara. Amran masih tak puas hati tapi terpaksa rela belanja aku makan di Cafe.
" Leeya..kau dah siap assignment mdm.Mira?" Amran bertanya.
" Mestilah dah." Obviously,dengan mata hitam yang lagi parah dari panda ni. Gara-gara nak siapkan thesis tu,aku tak tidur semalaman. Ditambah dengan kerja-kerja rumah lagi.
" Bagus la tu,bagi aku tiru."
" Amboi,senang hidup kau erk?"
" Hahaha,mestilah senang kalau ada kawan rajin macam kau."
" Takde takde. Buat sendiri."
Dia memuncungkan bibir tapi laju tangannya bergerak. Menaip di komputer riba miliknya.
Pandai..takpelah buat last-last minute. Kalau aku,memang dah terputus urat saraf otak aku. Kahkah.
Dalam diam,aku memerhatikan Meor Amran. Wajah serius dia buatkan hati aku tak keruan. Kacak orangnya ala-ala Adi Putra. Wajah hitam manis,dan senyuman menawan. Perghh,cair.
" Take a picture,honey. It lasts longer."
Alamak. Kantoi. Tu la engko,duk tenung anak orang dah ngape.
" Ceh, blah la."
Tapi wajah aku dah merona merah. Panas pulak Cafe ni. Aircond rosak ke apa? Tsk!!
------------
Credits to : qis_desmarets for the awesome cover.
And thank you to anyone who read this book. Kalau ada la. Kahkah.
YOU ARE READING
Aleeya
RomanceAleeya bt Noor Azmi. Kehidupannya berubah 360° darjah sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Kediaman Tengku Iskandar. Dibenci oleh Tengku Azizah dek satu RAHSIA pada 20 tahun lalu. Aleeya mencintai seseorang yang merupakan sahabat sekolejnya,Amran...