Bab 3

288 8 6
                                    

Cuaca panas terik. Aleeya mengusap peluh-peluh di dahi. Pembantu rumah yang lain hanya mampu memandangnya dengan penuh simpati tapi tiada siapa pun yang berani menolong.

Tengku Azizah memberi arahan untuk memotong rumput,gunakan tangan sahaja di halaman Villa padahal itu merupakan tugas Pak Akob. Disebalik pintu gelas kaca,aleeya tahu Tengku Azizah memerhatikan setiap gerak gerinya. Hmm. Tapi dia redha.

--

" Tengok apa aku buat dekat anak kau, Aisyah. Ini semua salah kau sendiri. Aku akan pastikan Aleeya takkan pernah kecapi kebahagiaan dia.. Aku bersumpah." Tengku Azizah mengumam sendiri. Dendamnya kesumat. Api amarahnya sejak 20 tahun lalu tak pernah padam.
.
.

" Azmi,apa semua ni? You dah janji nak kahwin dengan I? Apa ni? Dan
Kenapa mesti Aisyah,kawan baik I sendiri?" Tengku Azizah menjeling gadis kampung yang berada di sebelah tunangannya,Azmi.

" Zizah,I..I tak boleh kahwin dengan you. Walaupun bonda paksa macammana sekalipun,I cintakan Aisyah. So I nak batalkan perkahwinan kita. Maafkan I."

PAAAANNGG!

" Tak guna kau,Aisyah. Aku ingatkan kau baik tapi rupanya...kau perampas! FINE! Nak cancel kan? Boleh je tapi ingat,jangan pernah kau dan keturunan kau muncul depan aku lagi. Kalau tak, aku akan pastikan korang tak akan aman. Now go,GO!" Dia menjerit. Airmata dia berterusan menitis. Kejamnya mereka.

Dan selepas itu,tanpa apa-apa perasaan dia terima lamaran Tengku Iskandar demi bisnes papa nya. Tapi sakitnya hati dia,dia pendam bertahun-tahun.
.
.
.
.

" Aleeya,sudahlah tu. Tak apa,biar Pak Akob buatkan. Lagipun ni bukan tugas Aleeya. Kasihan Pak Akob tengok. Puan pun dah masuk ke dalam,mari Pak Akob gantikan." Pak Akob berbisik.

Kedengaran suara enjin kereta memarkir di hadapan rumah,Izmeer turun dari kereta Ferrari merah miliknya. Perkara pertama yang dia nampak ialah muka pucat Aleeya. Dia tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.

" Pak Akob!! Kenapa suruh Aleeya buat kerja ni? Pak Akob jangan nak macam-macam sangat. Saya boleh pecat Pak Akob bila-bila masa saja--" Kelihatan Izmeer sangat marah.

" Enough!! Abang Izmeer,tolong jaga mulut abang okay?Pak Akob lagi tua dari abang tahu! Actually,mama kesayangan abang yang suruh Leeya tadi,puas hati?" Aku meninggikan suara sedikit,geram betul dengan anak orang kaya berlagak ni.

" Ya Allah,saya minta maaf la Pak Akob. Aleeya,sungguh abang tak tahu." Dia membuat penjelasan.

Satu sikap yang aku suka pada Abang Izmeer ni,dia tak malu mengaku salah. Kalau dia buat salah,dia akan minta maaf dan senang juga maafkan orang lain.

" Dahlah,pergilah masuk. Leeya dah nak siap ni." Aku menarik nafas.

Tanpa diduga,Tengku Izmeer menarik keluar tali lehernya,dan membuka beberapa butang kemejanya. Lengan bajunya pula ditarik hingga ke siku.

" Okay,jom buat sama-sama. Two are better than one,right? In fact,the more the merrier!" Dia berkata tanpa langsung memandang aku. Aku macam terkejut beruk pun ada. Aish,mati la aku kalau mama nampak.

" Erm,tak payah la. Leeya boleh buat sendiri."

" Shhhhush,bising la Leeya ni. Bila nak siap kalau asyik pot pet pot pet." Dia mengusik aku yang sedari tadi buat muka tak percaya. 

" Heh. Fine." Aku memutarkan bola mataku. Malas nak layan.

Usai berjaya menyiapkan kerja yang diberi,kedengaran sayup sayup azan menandakan waktu Asar.

" Astagfirullah,dah berapa jam aku kat luar ni? Makan pun tak lagi,aduh laparnya. Aleeya aleeya,kalau ya pun makan la siap-siap tadi. Tu la degil konon nak sarapan lambat,sekali dah kena. Padan muka Aleeya Noor Azmi ni---" Aku membebel sendiri,sambil diperhatikan oleh Izmeer yang menahan gelak. Aku pusing ke belakang,Izmeer tersengih macam kerang busuk. Eee,geram pulak aku.

Aku menjeling, " Apa gelak-gelak? Cubit nanti baru tahu!"

" Alololo,janganlah. Lebam nanti,Leeya juga susah kena rawatkan."

" Ha. Memang tak la. Lepas cubit nak rawa-- Ya rabbi,lenjun baju abang. Apa la abang ni,suka cari susah." Aku membebel melihat keadaan Izmeer,dah tak macam serupa orang. Sakai je aku tengok.

" Meh sini,tunduk sikit orang lapkan muka abang. Kotornya nauzubillah."  Aku mengambil sapu tangan dari poket seluar track,lalu mengelap muka abang Izmeer perlahan-lahan. Mata aku terpana bila melihat mata coklat hazel miliknya. Tanpa sedar,aku sebenarnya berdiri terlalu rapat dengan Izmeer. Dapat aku dengar degupan jantungnya berdegup laju,eh?

Aku dan dia merona merah. Matahari mungkin. Yep,mungkin. Dan aku panik. Cepat-cepat aku lap muka abang Izmeer,dan cuba menjarakkan kedudukkan aku dan dia. Aku cuba lari ke belakang,tergesa-gesa hingga kaki aku tersandung batu kecil. Alamak.

Aku pejamkan mata sekuat hati. Graviti pasti akan menarik aku ke bumi. Moga-moga tak sakit sangat. Setelah beberapa saat berlalu,aku masih tak jatuh ke tanah. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku dan aku dapat melihat Abang Izmeer tersenyum. Tangannya kemas di pinggang aku. Menahan aku dari jatuh. Dup dap dup dap dup dap.

Ya allah. Aku bingkas lepaskan diri dari abang Izmeer.

" Erm,terima kasih. Errrrr...err Leeya masuk dulu la. Dah Asar ni. Assalamualaikum." Aku berlari ke dalam rumah meninggalkan Abang Izmeer dalam kebingungan.

-------

Selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar,aku mendapat mesej dari Amran. Dia mengajak aku makan laksa di taman kanak-kanak. Aku terus kata setuju tanpa fikir panjang.

Knock.knock.

Dan kelihatan Raisha di muka pintu bilikku,bibirnya dijuihkan. Masih lagi dalam uniform sekolah. Baru balik dari kelas tuisyen.

" Kak Leeeyaaaa,Sha laparrr. Tolong masak kan~"

" Erm..jap nak pikir." Aku sengaja mengusiknya.

" Akak!!!!"

" Haha,sorry. Tapi actually akak nak keluar ni. Mak mah tak masak ke?" Aku bertanya. Pelik juga.

" Ada tapi tak sedap la. Kak Leeya masak sedap. Tapi kalau kak leeya busy,takpelah Sha order pizza je la. TAPI.. makan malam kak leeya masak,boleh?"

" Ok,boleh. Janji!" Aku mengait jari kelingkingnya dengan aku. Dia tersenyum manja.

" Ok lah. Nak mandi dulu. Bye kak Leeya. Nak keluar nanti suruh la driver hantarkan."

" Ala,takpayah. Kak Leeya boleh jalan kaki. Dah lah pergi mandi sana. Busuk!"

"  HEYYYY!!! Sha wangi, alright?!"

Kami berdua tergelak. Macam-macam budak manja ni.

Aku pun bersiap hendak keluar rumah. Aku mengenakan seluar track hitam dan baju tshirt lengan panjang dan lilitkan tudung shawl. Simple.

Alang-alang tu,aku rancang nak jogging sekali.

To :  Amran 💕

Assalamualaikum. Dah nak siap ni. Leeya otw. Jalan kaki ni.

From : Amran 💕

Waalaikumussalam. Amran dh dkt sni.Tak cakap nak jalan kaki kalau tak Am boleh ambik kat rumah. jlan sma2. Eyyy,take care tau.

To : Amran💕

Yeeee. Kekkee. Dekat je,nak careful apa pun. 😂 ok bye nak lintas.

-------------

Yay,another update! Thanks dekat semua yang sudi baca. Just nak bagitau,chapter pendek jadi mungkin cerita ni cepat habis. Hehe.




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aleeya Where stories live. Discover now