Aku melihat ke langit.
Subhanallah,ciptaanMu sangat indah.
Penat. Aku penat hidup macam ni. Bila agaknya aku nak keluar dari sini? Hari-hari dihina,kena tengking dan disuruh macam-macam. Astagfirullah. Tak reti bersyukur ke aku? Nasib baik la papa ada. Kalau tak,nak bawa diri ni kemana?
" Ibu..kalau ibu masih hidup,mesti Leeya tak perlu mengemis dekat sini kan? Leeya rinduuuu ibu. " Aku melepaskan keluhan yang berat.
Tiba-tiba pinggangku dirangkul dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Raisha.
" Kak Leeeyaaaaaa,buat apa sini? Suka sangat duduk luar,tak sejuk ke?" Celotehnya aku balas dengan senyuman. Dah tingkatan 5 pun masih lagi manja.
" Bintang cantik malam ni. Takkan nak lepaskan peluang. Rugi rugi.."
" Ye ke? Biasa je Sha tengok. " Dia mencebik.
" Entah. Bagi Kak Leeya,bintang tu cantik sangat."
" Boleh la. Btw,nak mintak tolong?"
" Tolong ajar addmath la tu." Aku meneka,dia tersengih.
" Hehe. Aah. Tolong eh?"
" Okay okay. Jom masuk."
Izmeer yang berada di beranda biliknya tingkat atas,turut melihat bintang di langit. Wajah seseorang seakan-akan terlukis di langit. Izmeer tersenyum sumbing.
Aleeya.
Gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak lapan tahun lalu. Dia baru 14 tahun ketika itu,dan hatinya berdebar untuk gadis berumur 12 tahun bernama Aleeya. Saat pertama kali Aleeya menjejakkan kaki ke villa ini,Izmeer tenggelam waktu membaca kolam mata gadis itu yang sarat dengan kesedihan. Sayangnya,mata yang cantik,tapi penuh dengan airmata. Kata pujangga, cinta mampu menembusi pintu simpati. Mungkin itu sebabnya,pada mulanya Izmeer hanya berasa simpati pada Aleeya tapi kemudian,hatinya dicuri oleh aleeya.
Flashback ~
" Owh woooh." Ketika Izmeer sedang mengejar adiknya,dia terlanggar seorang gadis yang memakai selendang biru laut. Mereka bertentang mata. Mata gadis itu kuyu,sedih. Seperti orang baru lepas menangis pun ada.
" Izmeer,kenalkan.Ini Aleeya. Dia akan tinggal dengan kita mulai sekarang. Be nice okay?" Papa memulakan bicara. Aku melihat mama,mukanya kelat. Matanya tak lepas memandang Aleeya.
" Haii,saya Tengku Izmeer! Selamat berkenalan."
" A-aaaleeya." Suaranya tersekat-sekat.
" Jangan lah nangis. Tak cantik dah." Aku lap airmata dia. Dan aku memberikan senyuman.
Dia balas senyumanku.
" Haaa,kan cantik tu! Waaah,macam bidadari la Leeya ni."
Dia senyum,kali ni lebih lebar lagi.
Tetapi peliknya,sejak Aleeya muncul. Papa dan mama sering bergaduh. Dan akhirnya aleeya la selalu jadi mangsa.
Kadang,mama sengaja tak bagi Aleeya makan. Aku yang sorokkan roti dan curi-curi bagi Aleeya.
Kasihan dia.
Aleeya,aleeya..aleeya. Hanya dia dalam fikiranku setiap hari. Aku suka bila lihat dia tersenyum dan ketawa bila bermain dengan Raisha. Bila dia sedih,aku pun sedih. Kalau boleh aku nak tukarkan setiap kesedihan dia dengan kebahagiaan aku.
Aleeya,tahukah kau dengan hatiku ini?
Atau,
Perasaan ni akan menjadi punca kau menjauh?
Aku mengeluh panjang.
" Amboi,fikirkan masalah dunia ke,abang oi?" Suara Raisha menyakatku di muka pintu. Aku berpaling. Dia bersadar di dinding pintu bilikku. Tangan disilangkan.
" Isy,sibuk la budak kecik ni."
" Eleh eleh. Macam la sha tak tau abang tengah fikirkan Kak Leeya kan? Alamak,jiwang nya abang aku sorang ni."
" Shuisshh,diam la. Nanti Kak Leeya dengar macam mana?!"
" Apa salahnya? Problem solved." Dia menjongketkan bahu.
" Takde maknanya. Anyways,what do you want?"
" Kak Leeya suruh panggil abang,dia buat cekodok pisang tu."
" Hmm takpelah. Abang dah kenyang."
" Alahai,malu-malu pulak. Menyampah! Sukahati kau la. Kalau macam ni gaya kau,sampai mati Kak Leeya tak kahwin dengan kau."
" Ala,kalau jodoh tetap jodoh."
" Whatever la,abang."
Kan. Kalau jodoh tak kemana. Tapi sampai bila kau nak berdiam je?
YOU ARE READING
Aleeya
RomanceAleeya bt Noor Azmi. Kehidupannya berubah 360° darjah sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Kediaman Tengku Iskandar. Dibenci oleh Tengku Azizah dek satu RAHSIA pada 20 tahun lalu. Aleeya mencintai seseorang yang merupakan sahabat sekolejnya,Amran...