Hari ni hari koko!
Lepas je solat subuh kat surau, aku naik dorm and pergi mandi. Balik dorm, terus sarung baju koko. Apalagi, aku sambung tidur Yang tergendala malam tadi sebab aku aku buat ramen challenge dengan syira. Anis Dan Mely cuma makan Maggie goreng sebab takut sakit perut.
Baru je nak lelapkan mata...
"Countdown akan dimulakan sekarang..... 30.....29...."
"Kak Erin, bangun. Dah kena kosongkan asrama. "Kata fara, adik dorm f2.
"Alahai..... "Tanpa banyak soal, aku terus bangun Dan stringkan katil. Aku capai kasut Reebok warna purple .aku tak minat sangat warna purple. Lebih minat warna biru. Tapi warna biru tak de saiz.
Tengah sarung kasut, fara tegur aku.
"Kenapa kak erin tak pakai kasut puma akak warne biru tu? "
"Harini ramai orang, kalau crowded sangat takut orang terpijak kasut akak"
Bukannya ape, kasut puma warna cyan tu aku beli guna duit simpanan aku. Tu Yang ade sentimental value sikit.
Aku jalan keluar asrama Dan tunggu depan gazebo. Aku perhatikan pelajar aspuri keluar asrama.
Mak aihh, tebalnya bedak! Wangi nak mati pulak tu .macam Lori minyak wangi terbabas masuk asrama malam tadi.
Lantaklah mereka, Yang penting kome natural beauty. Nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. Erin dayana asha kan tak pandai pakai bedak.
Tak lama lepas tu, syira, elya Dan mel sampai. Kami pergi ke blok akedemik secepatnya sebelum si ogre mengamuk.
Sampai je kat blok akademik, aku terus tengok plan tempat aktiviti. Nak buat ape dulu ea?
"Gaisss, nak buat ape dulu? "
"Makan"balas syira. Eiii, minah ni memang nak makan je! Eleh Erin, kau pon kuat makan tau!
"Jomlaaa... "Syira mula merengek bila aku mendiamkan diri, sebenarnya lebih kepada kutuk diri sendiri.
"Hmm, yolaaah"aku Cuba tahan senyum bila syira mula buat island dance macam Mario maurer buat dalam cerita the crazy little thing called love.
Aku pergi kantin. Ramainye orang. Aku toleh cari syira, nak ajak ke koop je Dan...
Bukkk!
"Adoyaiii sakitnya! "Balak mana aku langgar ni? Sakit wooo.Habis terjatuh beg erin ke jalan.
Aku pandang balak tu. Terpaksa mendongak. Tinggi la jugak mamat ni.
Mamat? Lelaki? Alamak, seorang Erin telah tersentuh lelaki!
"Aaaah! " aku menjerit perlahan. Jantung macam dipanah petir. First time tersentuh lelaki!
"Tak payah terkejut sangat, awak Yang langgar saya"
Gulp! Aku Yang langgar dia? Fitnah! Ini tak boleh dimaafkan!
"Bila masa saya langgar awak? Awak Yang langgar saya kan? "
"Mana Ada, awak Yang langgar saya. Ishhh, minah pendek ni. Dia Yang tertoleh sana, tertoleh sini. Terteleng sana terteleng sini. Kepala terteleng baru tau! "
Erin nak berapi! Ego seorang Erin harus dipertahankan. Suka hati je cakap aku Yang langgar dia. Kes tak nak minta maaf lahni.
"Minta maaf sekarang! "Aku cakap sambil menjinjitkan kaki ke telinga mamat tu walaupun tak sampai. Takpe, buat cukup syarat je.
"Dahlah pendek, ego! "
Aku buat muka donno. Halang jalan mamat tu.
"sorry lah"kata si ego dengan kuat. Macam tak ikhlas je.
"Mama saya cakap, nak minta maaf kena ikhlas, barulah dimaafkan. "
"Wahai cik ape ye.... "dia pandang nametag aku, "dayana, seorang ariq nak minta maaf"
Oooo, nama dia ariq.
"Hmmm, saya maafkan"
Dan seorang Erin terus meninggalkan tempat kejadian...
Ariq p. o. v
"Bravo, seorang Ariq Adamy Yang tak pernah berlembut dengan perempuan meminta maaf dengan senyuman. "Kata Iman sambil tepuk tangan.
"What's so special about her? You just meet her. A single bump and you asked her a apologize? She caused the problem, why should you ask her forgiveness? " sambung iman.
"She's kinda cute"iman tersengih
Ya, tidak dapat dinafikan gadis pendek itu comel.Tapi, Ariq bukan kesah pon dia comel ke tak, baginya gadis itu ade tarikan tersendiri.
"Dah, teman aku cari abang sepupu aku"balas Ariq.
Baru hendak melangkah kakinya tersepak sesuatu.
Erin p. o. v
"Eii mamat ni annoying betul!"aku sepak sepak Batu sambil membebel. Suka suki je cakap aku Yang langgar dia.
"Erin, sebenarnya kau Yang langgar dia "
Ehh, aku pandang elya.
"Yeke?aku rasa dia Yang langgar aku tadi."
"Kitorang cari kau tadi. Lajunya menonong jalan kantin.baru nak kejar,nampak kau langgar mamat tu"
"Malunya!"Aku tutup muka. Panas macam lepas dipanggang.
"Dah tak payah nak malu sangat. Doa banyak banyak tak jumpa lagi mamat tu. Apalagi, Mari kita makan! "
Jangan kasi aku nampak dia lagi. Dan kami terus berjalan me kantin. Sila abaikan lelaki itu. Utamakan perut anda Yang minta diisi ini Erin.
YOU ARE READING
The Day You Leave Me
Teen Fiction"Andainya awak tak mampu bahagiakan saya, tinggalkan saya. Ada orang Yang lebih mampu membahagiakan saya berbanding awak! " "You forgot our memories just for that guy? " "The day you left me, I forgot you good morning wish, your perfect lunch, your...