BAB 1

12K 294 7
                                    

"NAYLA!!!! KOPI AKU MANA!!" jerit puan hazwaty dari ruang tamu. Memang rutinnya setiap pagi menjerit memanggil nama anak saudaranya itu, nayla.

"ye mak cik.. sekejap lagi siap.." sahut nayla. Dia bergegas menyediakan kopi buat makciknya a.k.a singa jadian itu. Kalau tidak, memang badannya akan menjadi mangsa libasan rotan.

Nayla merupakan anak saudara kepada puan hazwaty. Memandangkan ibu bapanya telah meninggal sejak kemalangan 7 tahun lalu, kini dia menetap di rumah makcik saudaranya. Sejak kematian kedua orang tuanya, dia sudah tidak kenal lagi apa itu erti kegembiraan.

Setiap hari air mata menjadi teman dan pengubat hatinya yang luka. Makciknya melayan dia dengan sangat kejam. Tetapi, dia pasrah dengan segala takdir yang tuhan telah tentukan.

"Nayla, cepatlah masak tu! aku nak pergi kerja ni! kau memang sengaja kan nak buat aku mati kebulur?!" Kali ini Vivian iaitu anak kepada puan hazwaty pula memarah dia. Lantas pergerakannya diperlaju untuk memenuhi kehendak dua beranak itu.

Vivian yang bekerja sebagai model sentiasa pulang larut malam. Kadang2 sampai tidak pulang kerumah. Baju ketat dan singkat sentiasa menjadi pilihannya setiap kali hendak keluar. Batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan juga tidak dijaga. Hah! dia mana kenal erti dosa. Berpelukan sana sini dengan jantan- jantan. Dek kerana wajahnya yang cantik, semua lelaki menginginkannya.

~~~~~

"Papa, Mama, Daniel pergi sekolah dulu. Hari ni maybe Daniel balik lewat sikit. Sebab nak pergi rumah Aiden jap"

"hati2 pergi sekolah tu Daniel." ujar ibunya. Daniel bergegas meninggalkan rumah banglo milik orang tuanya itu. Driver nya yang lebih dikenali sebagai 'pak tam' juga bergegas mengambil kunci kereta untuk menghantar anak majikannya ke sekolah.

"pak tam, petang ni tak payah jemput Daniel. Nanti Daniel balik sendiri" ujar Daniel yang duduk di belakang.

"eh tapi tuan muda, tuan besar kan suruh saya sentiasa jaga keselamatan tuan muda. Nanti kalau jadi apa apa dekat tuan muda, mesti tuan besar marah saya" Pak tam ragu ragu untuk memenuhi permintaan Daniel. Bukan apa, kalau jadi apa apa pada tuan mudanya itu, nahaslah dia dengan papa daniel. Siapa tak kenal Tan Sri Zahari? Orang yang paling seram ketika sedang marah.

"pak tam, Daniel dah besarlah.. pandailah Daniel jaga diri. pak tam janganlah risau sangat. nanti Daniel akan inform dekat papa" Daniel cuba meyakinkan pak tam.

"hm kalau macam tu, baiklah tuan muda.."

Setibanya di sekolah, dia terus masuk ke kelas lalu duduk di tempatnya. Semua murid riuh bercerita tentang markah peperiksaan awal tahun yang bakal keluar. Hanya Daniel seorang yang boleh dikatakan cool. Budak pandai kan.

Sepanjang bersekolah di menengah atas, dia seorang yang membolot anugerah pelajar paling cemerlang dan terbaik. Jadi, apa nak heran setakat peperiksaan awal tahun?

"papp!!" bunyi libasan rotan milik Puan Rozita bergema satu ruangan kelas. Dengan serta merta bunyi riuh tadi bertukar senyap. Wajah murid2 di dalam kelas 5 Ibnu Sina serta merta pucat. Tiada seorang pun yang berani berbisik apatah lagi bercakap!

Puan Rozita merupakan guru bahasa inggeris yang paling garang! Dia juga merupakan guru disiplin di sekolah itu. Tidak mustahil lah ramai murid yang takut dan hormat akan cikgu itu. Tetapi, ada juga segelintir murid nakal dan degil yang mengutuk tanpa pengetahuannya. Bahkan, ada yang melukis gamba tidak senonoh Puan Rozita di dalam tandas!

Perkara normal.

"Hari ini saya akan edarkan kertas english peperiksaan kamu semua. Semua lulus tetapi markah kamu tidak mencapai target yang saya mahukan!!! ada 4 orang pelajar yang markahnya 46 ke 48!!! apa nak jadi nii!? kamu bukan kelas tengah mahupun bawah ye!! kamu semua ni kelas pertama! tapi markah macam ni?! shameless!! bagi yang dapat markah 50 kebawah, saya nak kamu berjumpa saya selepas tamat sesi persekolahan! Bagi markah yang 51 hingga 69 tu, jangan nak bergembira sangat eh! bagi saya, markah tu masih rendah untuk kelas kamu!" bebelan yang diberikan mengambil masa kira kira 10 minit.

Biasalah cikgu. Mana ada cikgu yang tak pernah membebel.

"cikgu sape markah paling tinggi?" ujar salah satu murid di dalam kelas itu.

"ha! lupa nak bagitahu. markah paling tinggi ialah Daniel iaitu 96%. Tahniah buat kamu Daniel. Lepasni cuba dapatkan 100 okay"

"wuuuuuu" semua kelas teruja dengan markah Daniel yang disebutkan oleh Puan Rozita tadi.

Daniel kelihatan agak bangga. Tapi itu perkara tidak asing baginya untuk mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas.

"Nice lah Daniel! lepasni boleh lah ajar aku plak enn ennn" Aiden menjongket jongket kening miliknya.

"eleh-,- kau dapat berapa?"

"tak mampu lah nak tinggi tinggi macam kau. 89% je" Dia memegang kemas kertas peperiksaannya.

"bengong! tinggi lah tu gila! " dia menepuk bahu Aiden perlahan.

"hahahaha mana ada. kau lagi tinggi! by the way, petang ni jadi kan main bola?"

"gila kau tak jadi. mestilah jadi!

"yesss!!" Aiden tersenyum gembira.

~~~~~~

Tepat pukul 12:00. Maka, bertukarlah sudah umur Nayla dari 15 ke 16.

"selamat hari jadi nayla" dia memberikan ucapan hari jadi untuk dirinya sendiri.

Sebak.

Di saat umurnya mencecah 16, tiada sesiapa pun yang memberikan ucapan 'selamat hari lahir' kepadanya. Kalaulah orang tuanya masih hidup, pasti kini dia sedang bergembira menyambut ulang tahunnya yang ke-16. Kek? sudah 7 tahun dia tidak merasa makanan itu. Kali terakhir dia menjamah makanan itu ketika berusia 9 tahun. Rindu akan rasa makanan itu.

Dia menangis keseorangan ditemani dengan angin lembut menghempas pipinya. Mana tak sedih, saat hari ulang tahunnya, tiada sesiapa pun yang menyambut. Bukan sekadar menyambut, memberi ucapan selamat hari lahir pun tiada!

Impiannya cuma satu, iaitu untuk keluar dari sarang neraka ini dan hidup bahagia bersama orang yang disayanginya.

Mampukah impiannya tercapai?

__________________________________

dah lama tak menulis cerita. hampir setahun i guess?🌝 tiba tiba idea cerita baru dtg🌚 stay tuned!

p.s: dont forget to comment and vote if u enjoyed

Isteriku Miss CinderellaWhere stories live. Discover now