BAB 41

4K 142 14
                                    

Beberapa anggota polis mula mengelilingi kawasan rumah Nayla. Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi tetapi tanda-tanda Nayla bakal dijumpai tiada lagi.

"Daniel, biar pihak polis yang selesaikan kes ni. Kalau kita cari pun, kemungkinan besar untuk jumpa Nayla tu tipis. Pihak polis dah block semua jalan. Sekarang, kita mampu berdoa supaya Nayla selamat je." terang Reza.

"Aku tak boleh lah duduk diam macam ni. Jomlah kita cari Nayla" ajak Daniel lagi.

Reza mengeluh perlahan. Dia bukan apa, cuma kesiankan pada Daniel. Dahlah peperiksaan besarnya itu bakal bermula dalam beberapa jam lagi. Lepastu ditambah dengan satu masalah lagi iaitu kes kehilangan Nayla.

~~~~~~

Aqil yang seperti biasa akan bangun seawal jam 5 pagi untuk mengulang kaji pelajaran mula kelihataan pelik dengan kawasan rumah Nayla yang dipenuhi pegawai polis. Dia segera keluar menuju ke rumah Nayla untuk melihat apa yang telah terjadi.

"Kenapa ni?" tanya Aqil sebaik sahaja dia melihat Daniel berada di situ.

"Nayla hilang" jawab Reza.

"macam mana boleh hilang?! Habis dia kat mana sekarang?!" Riak wajah Aqil mula bertukar.

"jangan tanya soalan bodoh boleh tak? kalau kitorang tahu dia kat mana sekarang, dah lama kitorang pergi tau?" Daniel menjeling ke arah Aqil.

"dahlah, sekarang ni bukan masa untuk kita gaduh.. kita sepatutnya fikirkan cara macam mana nak jumpa Nayla" Reza cuba meredakan perbalahan yang hampir berlaku sebentar tadi.

"telefon dia ada tak?" tanya Aqil.

"ada. Tulah yang kitorang risau sekarang ni. Kalau dia bawa sekali telefon ni, mungkin kita dah dapat jejak Nayla" kata Reza.

Mereka bertiga diam untuk beberapa minit. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menemukan Nayla. Tiba-tiba Aqil teringat akan rantai yang diberikan pada Nayla beberapa bulan yang lepas.

(IMBAS KEMBALI)

"ye, selamat datang. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Seorang gadis melayu dalam lingkungan 20-an menyambut kedatangan Aqil ke dalam kedai mereka.

"erm..ada tak rantai yang terkini?" tanya Aqil agak kekok. Ini kali pertama dia masuk ke kedai emas untuk membeli rantai.

"ada. Kami baru mengeluarkan stok-stok baru untuk semua rantai di sini. Encik nak rantai yang jenis macam mana?" tanya gadis itu mesra.

"rantai untuk perempuan dalam lingkungan 17 tahun macam tu.."

"Ouh untuk kekasih lah kiranya ni?" gadis itu memberikan senyuman manis.

"eh bukan.. ni untuk kawan saya" ujar Aqil. Satu senyuman kekok mula terlakar pada bibirnya.

"Ni beberapa jenis koleksi untuk gadis yang berumur agak muda. Saya cadangkan, encik ambil rantai yang ini kerana rantai ni sangat popular di kalangan remaja zaman sekarang. Memandangkan ia diperbuat daripada emas putih, jadi ia cukup untuk membuatkan para wanita menyukainya." terang gadis itu panjang.

"lagi satu, rantai ni glow in the dark encik. Dan, di dalam loket rantai ini juga terdapat sejenis cip kecil yang dapat mengesan di mana pemakai itu berada." terang gadis itu lagi.

Aqil mula berasa tertarik dengan penjelasan gadis itu. Sungguh terang dan lengkap.

"okay kalau macam tu, saya ambil yang ini." pinta Aqil tanpa banyak bicara.

" okay kalau macam tu kami akan memberikan kad warranty kepada encik. Kad ni dia bertahan sampai setahun sahaja. Selepas setahun, apa-apa terjadi pada rantai tersebut tidak akan berada di bawah tanggungan kami lagi. Dan, saya akan bagi nombor pin ni kepada encik.. kalau rantai ini hilang atau apa sahaja jadi, hubungi kami dan berikan nombor yang telah saya beri ini kepada pihak kami untuk memudahkan lagi urusan penjejakan rantai tersebut"

Aqil mengangguk tanda memahami. Gadis itu mula memberikan kertas warranty dan sekeping kertas kecil yang bernombor '1261'.

~~~~~~~

Aqil segera berlari menuju ke rumahnya. Daniel dan Reza mula kelihatan aneh akan tindakan Aqil itu. Laci kamarnya dibuka  lalu mengambil kertas warranty yang terdapat nombor kedai tersebut.

Tanpa berlengah, dia segera mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor kedai itu.

" Syarikat Emas B.H.D. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"

"Saya ada membeli satu rantai glow in the dark di kedai anda bulan lepas. Boleh tak anda jejak di mana rantai itu berada?" tanya Aqil. Nafasnya tercungap-cungap dek kerana penat berlari.

"Boleh. Encik cuma perlu memberitahu nombor pin rantai tersebut sahaja kepada kami dan kami akan memberikan lokasi rantai tersebut dalam masa 10 minit"

"1261!!" ujar Aqil dalam talian.

"Baiklah, dalam masa 10 minit kami akan menghantar lokasi rantai tersebut pada encik."

"Terima kasih!"

"Sama sama"

Sejurus itu, panggilan dimatikan. Dia segera berlari mendapatkan Daniel dan Reza di luar.

"Lagi 10 minit, kita akan tahu kat mana Nayla berada" ucapannya diselangi dengan hembusan nafas.

"Ha?" tanya Daniel kurang mengerti.

"Nayla.. Nayla ada pakai rantai yang aku belikan untuk dia. Dan dekat dalam loket rantai tu ada cip yang boleh jejak kat mana rantai tu berada" terah Aqil.

"Masalah sekarang, dia pakai ke rantai tu?" tanya Daniel lagi.

"Pakai! Aku tak pernah nampak dia tanggalkan rantai tu!"

"Baguslah kalau macam tu! sekurang-kurangnya kita ada harapan untuk jumpa Nayla!" ujar Reza gembira.

Aqil mengangguk laju. Lega sikit hatinya apabila dapat memberikan bantuan dalam kes pencarian Nayla.

Daniel memandang Aqil. Walaupun dia agak cemburu apabila Nayla memakai rantai itu dimana-mana namun, terselit perasaan lega di hati kerana rantai pemberian Aqil itu dapat menjadi sumber keberadaan Nayla.

_____________________________________

thank you for the support readers2 yang author sayang❤❤ sorrylah kalau tak dapat update panjang- panjang yang macam korang nakT_T . InsyaAllah malam ni author update lagi ya(─‿─) tengoklah kalau rajin(─‿─) ngahngah-,-

Isteriku Miss CinderellaWhere stories live. Discover now