BAB 24

3.9K 159 8
                                    

Damia bersembunyi di sebalik pintu seperti yang di rancang oleh Daniel. Mahu beri kejutan pada Reza. Damia menganggukkan tangannya tanda bersedia. Tangan kanannya membuat gaya menzip mulut. Daniel hanya tersenyum lalu naik ke tingkat atas untuk memanggil Reza.

Kamar Reza diketuknya berkali- kali. Masih tidur mungkin. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Dah pukul 12 tengahari. Tak kan masih membuta kot. Tombol kamar Reza dipulasnya. Lalu, dia mula melangkahkan kaki masuk. Tepat sekali sangkaannya. Si Reza tu memang sedang membuta.

"woi Reza. Bangunlahh" Daniel mengejutkannya berkali-kali namun matanya sedikit pun tidak terbuka

Daniel mendapat satu idea yang agak bijak untuk mengejutkan abangnya itu. Tangannya dibasahkan di bilik mandi Reza lalu direnjis- renjiskan ke muka Reza.

"bangunn! bangunn!" kata Daniel sambil merenjis -renjis menggunakan tangannya yang masih basah itu.

"bla lah" jawab Reza malas. Selimut ditariknya hingga menutupi wajah.

"takde, aku takkan keluar selagi kau tak bangun. Cepatlah gila! ada tetamu istimewa datang"

" siapa" katanya acuh tak acuh.

"Ada lah, rahsia"

"kacau betullah" Reza serta merta bangun dari katilnya. Tangannya mula mencapai tuala untuk mandi namun dihalang Daniel.

"tetamu kau dah lama tunggu. Tak payahlah mandi. Kau mandi dah lah satu jam" Daniel menarik lengan Reza. Reza hanya mengikut langkah Daniel perlahan. Masih mamai. Tangannya memosot matanya perlahan. Sesekali, dia menguap

"duduk sini jap" ujar Daniel.

Reza hanya akur. Damia yang berada di belakang pintu dipanggilnya melalui isyarat tangan. Damia menyorok di belakang Daniel sehinggalah dia sampai ke tempat yang Reza sedang duduk.

"REZAAAAAA" jerit Damia. Reza yang tadi hampir terlelap di sofa dengan serta merta terbangun.

"Damiaaa!!! " Dia mula ingin memeluk Damia namun serta merta badannya ditolak Damia perlahan.

"kau busuk doh. Jangan dekatttt" ujar Damia. Dia membelakangkan badannya selangkah demi selangkah.
Daniel gelak terbahak bahak melihat Damia.

"kauuuu! sampai hati kann!" Reza mencebik. Damia ketawa kecil.

" kau sekarang makin hensem siot. Mana lemak2 kau dulu weyh? Dah jadi abam sado sekarang!" ujar Damia sambil ketawa. Tangannya menumbuk perut Reza perlahan.

"aduhh"

"eleh, tumbuk sikit takkan dah sakit kot!" perli Damia.

"ehem, tak sakit pun. Saja je buat2 macam sakit" kata Reza berlagak sado. Kening kirinya diangkat. Tangannya disilangkan ke dada.

"amboiii berlagakkk. Ha takpe2, lepasni aku belasahhh kau. Kau kan SADO" ayat 'sado' sengaja dikuatkan. Reza hanya ketawa.

Nayla yang sedang menuruni anak tangga memandang mereka bertiga. Daniel mula memanggilnya kearah mereka. Nayla hanya tersenyum lalu mula bergerak kearah mereka.

Tangan Daniel mula merangkul bahu Damia agar terapat ke sisinya.

"Ni Damia. Kawan lamaaaaa akuu" kata Daniel sambil tersenyum.

" haii, saya Damia" dia membuat peace ke arah Nayla. Damia memang peramah dan periang.

" Nayla" kata Nayla sambil menundukkan sikit mukanya. Senyuman paksa diberikan. Agak kekok dengan orang baru.

~~~~~~~

Damia mengajak Reza dan Daniel ke karnival. Mahu meluangkan masa bersama mereka. Maklumlah, dah lama tidak berjumpa. Nayla juga diajaknya bersama. Pada awalnya, dia menolak. Namun, setelah Damia memujuknya berkali-kali. Akhirnya, dia akur jua.

Hampir satu jam mereka berempat bermain permainan yang terdapat di karnival itu. Sampai penat Nayla dibuatnya. Kadang-kadang Nayla tertinggal di belakang. Mereka pula tidak perasan yang Nayla berada di belakang kerana terlalu khusyuk bercerita. Haih, kesian Nayla.

" jom main roller coaster!" ajak Damia teruja. Reza dan Daniel bersetuju. Namun, tidak buat Nayla. Dia laju menggelengkan kepalanya.

"ala kenapaa? jomlah2" ajak Damia. Daniel dan Reza turut memujuknya. Lengan Nayla ditarik Damia perlahan. Nayla terpaksa akur.

Selepas menaiki roller coaster, Nayla mencangkung sebentar. Kepalanya terasa pening. Namun, dia cepat- cepat berdiri semula sebelum mereka bertiga perasan.

Mereka berempat mula membeli air di gerai yang terdapat di situ. Damia, Daniel dan Reza rancak bercerita tentang kenangan lama mereka saat kecil. Suara gelak tawa mereka tidak henti kedengaran.

"Aku masih ingat lagi doh masa Daniel taknak jadi pengantin kau. HAHAHAHAH siap merajuk lagi" Reza mengimbas semula kenangan lama mereka berdua. Hampir saja Damia tersembur air yang diminumnya tadi.

Daniel menepuk belakang Damia perlahan. Begitu juga dengan Reza. Ketawa Damia mula meletus apabila teringatkan kenangan itu.

"ha macam ni lah kalau minum tak baca doa! kan dah tersedak. Betul tak Nayla?" ujar Daniel sambil ketawa. Dia memandang ke sisi.

Tiada.

Nayla tiada disebelahnya.

"eh japp. Nayla mana?" Daniel mula panik. Langkahnya tadi terhenti. Begitu juga Damia dan Reza.

Mata mereka mula meliar mencari kelibat Nayla. Tadi semasa membeli air, dia masih berada di sebelah Daniel. Sudahlah Nayla tiada telefon bimbit. Bagaimana Daniel ingin menghubunginya?

Daniel mula panik. Mereka bertiga mula berpecah untuk mencari Nayla. Dengan keadaan yang sesak dengan pengunjung, misi pencarian Nayla agak terbatas.

Daniel mula sesal. Andai sahaja dia tidak mengabaikan Nayla sebentar tadi, pasti Nayla tidak hilang sebegini.

______________________________________

ayokk Nayla hilang! HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Isteriku Miss CinderellaWhere stories live. Discover now